fbpx

Jom Berkenalan Dengan Ahyat Ishak Yang Sebenar

Ramai orang lihat Ahyat yang mereka kenal hari ini. Mereka kenal Ahyat yg keluar selalu keluar media. Ahyat yg selalu masuk suratkhabar, majalah. Ahyat yg selalu diundang TV, dan ada program TV sendiri. Mereka kenal Ahyat dari event2 dalam n luar negara. Mereka kenal Ahyat dari pentas MPH: Mega Pejuang Hartanah dgn 1000 peserta. Tapi tak ramai yg kenal Ahyat masa dulu2. Nukilan yg panjang. Selamat membaca..

1. ASALNYE BUKAN ORANG HARTANAH
Ahyat ni bukanlah orang hartanah. Ahyat ni usahawan biasa. Ada bisnes jenis services, trading, technology dan lain2. Ahyat mula berniaga sejak universiti lagi. Masa tu 1999. Tolong2 mak berniaga kedai makan kat Puchong. Kini dah masuk tahun ke 18 berniaga.

2. CINTA PERTAMA DGN HARTANAH
Kisah percintaan hartanah saya bermula sejak 2002 lagi tapi akhirnye cinta pertama berputik pada tahun 2003. Ahyat jatuh cinta dengan dunia hartanah setelah beli rumah pertama di Cheras. Sebuah service apartment yg hingga hari ini masih disewakan. Dah masuk tahun ke 18 dah. Syukur Alhamdulillah unit tu kini terletak di antara 2 stesen MRT.

3. EH BERAPA UMUR AHYAT NI?
Kalau tengok gaya #kanakkanakriang macam mana pulak dah beli rumah pertama sejak 18 tahun yg lepas? Nampak macam umur 28 je. Takkan beli dulu masa umur 11 tahun kot? Syukur Alhamdulillah, Ahyat berumur 42 tahun, lahir tahun 1979. Dah pakcik dah rupe2nye! Huhu!

4. ORANG KENAL KERANA HARTANAH
Hari ini, Ahyat memang tak lari daripada branding hartanah. Dah asyik2 keluar media cerita pasal hartanah je. Konfem la orang hartanah kan? Sebenarnye Ahyat ni seorang usahawan yg sangat minat hartanah. Ye la kan. Beli rumah pertama sejak 18 tahun yg dulu dan kini dah memiliki lebih berpuluh hartanah dgn gunakan #teknik5naga.
5. MACAM MANA TERJEBAK JADI CIKGU?

Saya naik pentas pertama pada Nov 2011. Masa tu sifu cina paksa jadi ahli panel dalam satu forum hartanah di Midvalley. Tajuknye saya masih ingat: Property Outlook 2012. Saya dipaksa bincangkan apa pendapat saya tentang Bajet 2012 yg baru dibentangkan di hujung 2011. Selepas itu, sifu yg sama paksa saya naik pentas lagi dan lagi. Dan berikan saya peluang masuk media: suratkhabar dan tv. Maka jadilah Ahyat yg anda mungkin kenal hari ini.

6. SEBELUM ITU ADA LAGI CERITANYE..Tapi sebelum moment naik pentas pertama tu, Ahyat sebenarnye seorang yg sangat ganas cari ilmu. Selepas beli rumah pertama tu, Ahyat terlalu dahagakan ilmu hartanah. Masa tu semua program dalam bahasa Inggeris. Most of sifu2 dulu orang Cina. Asalkan ada seminar percuma kat expo2 atau event2 pemaju, Ahyat akan sampai paling awal, balik paling lewat dan duduk paling depan, ready dengan buku nota.

7. ORANG DAH MULA PERASAN
Ye la. Masa tu orang Melayu kurang. So bila ada budak Melayu kurus keding ni asyik2 datang program2 hartanah ni, kira pelik la sikit. Dah la tercegat datang paling awal, tercegat balik paling lewat. So sifu2 dan event2 organisers ni mula perasan. Lama2 jadilah kawan.

8. DARAH CIKGU MENGALIR
Memang nampak cantek je Allah dah dorongkan Ahyat jadi cikgu hartanah ni. Tapi rupe2nye kisah nak jadi cikgu ni taklah bermula dari awal 2000an tu. Sebenarnye darah cikgu tu dah memang mengalir dalam jiwa raga Ahyat kerana mak seorang cikgu. Mak mengajar ekonomi tingkatan 6. Kita pulak tak pernah bayangkan nak jadi cikgu masa kecik2 dulu. Tak sangka Allah dah aturkan Ahyat jadi seorang cikgu hartanah.

9. AHYAT MULA RISAU
Setelah lama folo sifu2 Cina ni, awal2 dulu Ahyat dapati orang Melayu kurang. Bukan sangat soal bayaran nak join kelas2 ni, kerana ada je yg percuma. Tapi soal bahasa. Masa tu tak ramai sifu2 hartanah berbahasa Melayu. Ahyat mula risau. Kurang sangat orang kita datang belajar hartanah. Orang Cina ni tak perlu diajak2 kalau pasal hartanah. Diorang ni macam semut cari gula. Sebut je event hartanah, konfem diorang ada. Tapi mana orang kita?

10. LAHIRLAH PEJUANG HARTANAH
So akhirnye, Ahyat buat keputusan utk lahirkan satu komuniti baru: Pejuang Hartanah. Mula dari tahun 2013. Tapi hanya aktif 2014. Komuniti ini memperjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu. Tak perlu isi borang. Tak perlu daftar keahlian. Asalkan datang event2 Ahyat atau folo Ahyat, dan asalkan dah tercetus semangat nak berjuang dalam dunia hartanah, anda sudah tergolong dalam komuniti ni.

11. APA YG AHYAT SA-ORANG BOLEH BUAT?
Ahyat ingat lagi, ada sahabat tegur: “Ahyat, dah berapa perdana menteri melayu dah gagal nak sedarkan orang Melayu pasal hartanah, Ahyat ingat Ahyat ni siapa?” Pergh. Sentap. Memang betul Ahyat takde bajet juta2 billion2 dan Ahyat takde jentera2 ejensi2 kjaan, tapi Ahyat yakin seorang manusia itu mampu lakukan perubahan, walau sekecil mana pun. Bukankah manusia itu khalifah Allah yg tugasnye beri manfaat kpd orang lain?

12. BEBAN SEORANG CIKGU HARTANAH
Tapi memang benar, tanggungjawab nak jadi cikgu hartanah ni berat. Makin ramai followers Ahyat makin rasa bebannye. Ahyat ingat lagi seorang sahabat yg warning: “Are u willing to take this responsibility?” Dia tanya Ahyat sanggup tak nak ngajar orang kita ni? Kerana kalau dah mula dah tak boleh henti. Kena buat terus. Bertahun2 lepas mendengar kata2 itu, Ahyat mula rasa bebannye nak jadi cikgu hartanah. Mungkin ada yg lihat Ahyat di media tu nampak hepi je. Tapi tak tentu ramai yg sanggup tanggung tanggungjawab..

13. ORANG HARTANAH SELALU DIKECAM?
Macam2 nama dah dilemparkan kat Ahyat. Orang hartanah ni golongan kapitalis. Menganiaya orang. Golongan ber-ada yg menzalimi golongan ti-ada. Golongan gila harta dunia. Macam2 la. Betapa serong nye pemikiran orang ni.

14. TAK PERLU PERJUANGKAN HARTANAH?
Tidakkah diorang tahu hartanah ni boleh jadi saham akhirat kita bila digunakan balik ke jalan Allah? Tidakkah diorang ni tahu sebab pergolakkan di Gaza tu berpunca daripada perebutan tanah? Nak tunggu jadi macam tu ke? Tak mustahil berlaku kalau kita tak kuasai tanah di tanahair sendiri.

15. AHYAT PERNAH NAK GIVE UP
Ahyat ni manusia biasa. Ada kekuatan dan sudah tentu ada kelemahan. Ni kisah Nov tahun lepas. Sebelum anjurkan MPH yg terakhir 2017, Ahyat rasa macam ada gangguan emosi. Rasa down. Rasa nak stop je mengajar hartanah. Rasa berat sangat beban tanggungjawab ni. Sampai pernah terlintas: Kenapa Allah pilih saya yg nak didik orang Melayu pasal hartanah? Ramai je orang lain. Kenapa saya yg kena rasa tanggungjawab jadi tanggungjawab saya???

16. SYUKUR ADA JEMAAH
Salah satu kunci kejayaan dalam perjuangan hartanah, malah kunci kejayaan dalam hidup adalah jemaah kita. Penasihat2 kita. Ahyat pernah share di pentas MPH, wajib kita ada Ustaz Ustazah atau insan2 yg kuat ilmu agama dalam jemaah kita. Dan ofkos sapot n doa dari keluarga tu sangat penting. Setelah berjumpa dengan family, setelah nasihat Ustaz, Ahyat ingat semula kenapa Ahyat mula jadi cikgu hartanah. Ahyat tahu perjuangan tu pasti ada halangan dan cabaran. Namanye pun Pejuang Hartanah!

17. SEGALA2NYE DEMI KEBERKATAN ALLAH
Ahyat just nak fokus utk cari keredhaan Allah SWT. Tiada yg lebih penting drpd keberkatan Allah SWT. Segala2 yg Ahyat lakukan adalah kerana Allah SWT. Setelah ikhtiar dan usaha yg gigih dan gagah, Ahyat berserah segala jiwa raga kepada Allah SWT, pencipta langit dan bumi dan segala isinya.

18. AHYAT NAK FOKUS..
Tahun ni Ahyat nak fokus kepada orang yg nak belajar je. Tak yah nak fikirkan haters. Tak yah nak fikirkan orang yg tak nak belajar. Realitinye, ramai sangat yg macam Ahyat dulu. Dahagakan ilmu hartanah. Yg mahu cari mentor hartanah yg ada nilai2 baik. Yg mahu belajar cara yg #bijak #selamat #bertanggungjawab dalam dunia hartanah. Ahyat nak fokus kat mereka ni. Dan syukur Alhamdulillah, komuniti ni ramai yg sapot. Ramai yg doakan yg baik2 sebenarnye. Cuma bila kita down tu kita terlupa bahawa selain drpd haters tu ramai je yg sapot n doakan kita!

19. SIAPA YANG MAHU BELAJAR
Ahyat nak ajak, sahabat2 FB Ahyat yg benar2 nak belajar, supaya folo page Ahyat Ishak ni. Kita gunakan social media utk sampaikan dakwah hartanah dan dakwah ilmu supaya kita dapat ganjaran terhebat iaitu syurga Allah. Jangan kita jadi lalai dan leka dengan social media. Tapi kita gunakan sebagai plaform kita dapatkan ilmu. Supaya kita boleh jadi pejuang yg terhebat!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp