Kaji Kewangan Untuk Miliki Hartanah Lelong

Banyak hartanah yang telah dibariskan untuk LELONGAN, telah ditangguhkan ke suatu tarikh baru yang akan diumumkan kelak. Bagi yang berhasrat untuk membida, boleh mengkaji kembali kedudukan kewangan samada mampu atau layak untuk meminjam bank selepas Lockdown ini.Harap2 pendapatan atau gaji tak terjejas.

Bagi pemilik yang hartanahnya tersenarai dalam lelongan, mungkin ada peluang untuk berunding semula dengan pihak bank untuk menyelamatkan hartanah tersebut. Kerajaan menyeru rakyat untuk duduk dalam rumah. Kalau rumah tiada akibat dilelong dan tiada bajet untuk pindah atau sewa rumah lain?

Jangan cakap lah tentang internet, wifi, mbps dan sebagainya, tempat berlindung pun tergugat.
Manakala bagi pemilik yang memang sudah ada masalah dan tiada lagi daya membayar, hutangnya akan bertambah kerana faedah dan penalti lewat bayar atau “default interest’ terus dikenakan.
Setiap hari ada kos yang dikenakan.Lagi lama tangguh , hutang lagi bertambah. Lagi banyak kali masuk lelong, lagi jumlah hutang bertambah.

Maka kadang2 kena rela lepaskan hartanah ini. Jika hartanah ini telah lama dibeli, ada harapan untuk pemilik merasai lebihan hasil lelongan setelah ditolak kos kos lain dan baki jumlah terhutang.
Termasuklah kos guaman, jurunilai, pelelong, Bagaimanapun ini adalah hak bank untuk caj, seperti yang kita persetujui bila kita tandatangan “loan agreement” semasa meminjam.

Tapi jika dibanding dengan “hutang jahat” (seperti yang digelar oleh sebahagian orang), faedah itu masih rendah jika dibanding dengan personal loan atau kad kredit, kerana pembiayaan hartanah ini ada cagaran.Ada buffer kalau default. Hartanah itulah cagarannya.
Loan yang 2 jenis tadi cagarannya adalah diri peminjam tadi dan seolah-olah kita “mencagarkan” diri kita.

Nasib baik laku pada mata bank. Dan tidak dilelong macam Ismet Ulam Raja & Kasim Pantalon bila tak bayar.

15 Jun 2021

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: