fbpx

Kenapa Kita Melabur?

Saya bukan penasihat kewangan. Kadang-kadang ada masa masa nya kewangan sendiri pun tak berapa sihat.

Tapi ini adalah lontaran perkara yang bermain di minda dan berdasarkan pengalaman “lebih dulu makan garam”, buat panduan untuk anak muda yang ada kelebihan iaitu “masa”.

KENAPA KITA NAK MELABUR?

Sebab nak duit lebih. Sebab nak “beranak” kan duit. Jadi kalau nak “beranak” kan duit, kena “bersama” dengan duit. Kalau jarang “bersama”, lambat sikit nak “beranak”. Kena faham bagaimana ia boleh berganda dan PALING PENTING kena faham sifat dan punca REZEKI. ALLAH yang maha memberi.

Pernah tak hari ini kita dapat duit dari suatu punca, esoknya ia keluar ikut pintu
lain? Rupanya sebab ada rezeki orang lain pada duit yang kita dapat.

KENAPA KITA NAK DUIT LEBIH?

Pada saya ada 2 sebab utama.

1. Kerana kita ada matlamat yang hendak kita capai. Ada barang yang kita nak beli misalnya. Hartanah, kereta, nak kahwin, nak taja anak yatim, nak bina ruamh kebajikan dan seumpamanya.

2. Sebab kita nak suatu “LIFESTYLE” yang kita idam dan kita nak maintain lifestyle camtu. Melancung, barang branded, makan sedap.

CARANYA?

Kita mula mencari kaedah pelaburan yang mendatangkan pulangan maksimum.

4% tak cukup, 7% ASB tak cukup. Nak cari yang 10% atau 50% atau 100-200% pulangan.

Ya .. pengelola ganda wang anda faham kehendak ini dan leverage atas kelemahan kita. Kita mungkin kata nak try sikit. Tapi kalau RM 1000 x 10,000 orang yang masuk? Operator ya dah collect RM 10 juta dek.

APA TINDAKAN KITA ?

1. Pujuk hati bahawa average pulangan sebanyak 7% setahun adalah munasabah dan achievable. Lebih dari itu adalah bonus atau jackpot;

2. Diversify pelaburan anda. Ada yang high risk dan ada yang low risk. Ada yang boleh burnt duit terus.Yang betul betul diversify sebenarnya ialah Unit Trust sebab ia masuk dalam banyak kaunter dan bursa. Ia mengdiversify kan pulak duit anda yang anda nak diversify kan.

3. Pelaburan yang baik pada pendapat saya ialah perniagaan yang berstruktur dan bersistem atau gaji kita. Its all about numbers. Perniagaan atau pekerjaan pula menghasilkan pendapatan. Pendapatan itu pula di labur ke hartanah ke saham atau instrumen pelaburan yang lain atau buka cawangan perniagaan lagi. Kita cuba gandakan pendapatan kita. Appreciate your employers.

4. Elak “SKIM GANDA WANG ANDA”. Ia hanya menggandakan WANG si PENGELOLA nya. Jangan gelojoh buat Multiple Submission. We are submitting ourselves to Multiple Debt.

5. Labur dalam benda yang anda tahu dan faham. Kalau tak faham, bagi faham dulu.

6. Ambik TAKAFUL masa muda lagi. Lagi tua lagi banyak peel syarikat TAKAFUL nak luluskan. Perlindungan TAKAFUL boleh jadi akan jadi pelaburan yang paling berbaloi dalam hidup. Saya dah start kena rejek dgn syarikat TAKAFUL. JANGAN JADI MACAM SAYA. Kalau anda ada cash RM 100,000, anda boleh ambil perlindungan untuk RM 100,000 dan cash yang ada tu boleh pula dilaburkan dengan lebih tenang sebab ada “bekap”.

7. Dapatkan nasihat dari orang yang ikhlas nak beri nasihat sebelum anda “berpisah sementara” dengan wang anda yang “pergi berkerja”. Mereka tahu. Dapatkan juga 2nd or 3rd opinion. Better. Anda buat keputusan selepas itu.

Ogos 30,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp