fbpx

KESELURUHAN PERMINTAAN BAGI KAWASAN DI JOHOR H1 2020

Radar hartanah minggu ini team akan kongsikan salah satu permintaan pasaran hartanah kediaman di selatan negeri iaitu johor. Ahyat minta team radar hartanah untuk membuat kajian dan mengenalpasti kawasan-kawasan ini mengikut data yang telah dikeluarkan pada tahun ini.

Untuk permintaan hartanah di Johor pula mendapati kejatuhan sebanyak -19.5% pada H1 2020 disebabkan angka penyenaraian yang lebih besar berbanding angka kunjungan pengguna. Walau bagaimanapun, median harga di Johor iaitu RM370,000 dengan peningkatan pertumbuhan modal sebanyak +1.71%. Secara ringkasnya di johor permintaan terhadap semua jenis hartanah berlaku penurunan yang banyak. Adakah ini berkaitan dengan masalah wabak covid 19 yang sedang melanda sekarang ini?

Bagi permintaan terhadap tiga jenis kediaman semuanya berlaku penurunan yang agak banyak terhadap permintaan. Hartanah jenis condominium menurun kepada-25.3% berbanding dengan Teres dan kediaman servis telah mengalami kejatuhan sebanyak -26.3% dan -27.8%.

Untuk pola harga median dan pertumbuhan modal ketiga-tiga jenis hartanah ini turut mengalami sedikit perubahan. Untuk rumah teres harga median agak rendah Rm360,00 nak dibandingkan dengan condo dan servis. Manakala pertumbuhan modal pula sedikit meningkat iaitu +4.97%% berbanding dengan kondominium mencatat -0.91% dan kediaman servis pula -5.97%.

Agak-agak koranglah kenapa permintaan di johor ni semuanya menurun? adakah mungkin faktor pelancong dari nagara jiran kita seperti singapura tidak dapat melancong ke negeri tersebut? kalau korang orang johor cuba korang kongsikan kenapa jadi begini? Negeri johor ni setahu saya agak membangun dan orang-orang johor juga aktif dalam hartanah?

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI TELEGRAM CHANNEL PREMIUM AHYAT ISHAK! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2020
2. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2019

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp