fbpx

Kisah Bukit Beruang, Melaka


Pelabur mesti bijak mencari penyewa..

Petang tadi Ahyat bersama sahabat dari Melaka. Mereka pasangan suami isteri REN di Melaka dan menceritakan kisah di Bukit Bruang yang Ahyat nak share kepada anda semua. Kisah yang perlu jadi pengajaran bagi pelabur pelabur yang target institusi pengajian.

1. ZAMAN KEGEMILANGAN

Masa zaman kegemilangan di Bukit Beruang, sewa boleh cecah rm1500, sewa teres 1 tingkat, yang harga rumah pada masa tu kurang rm200k! Dahsyat sungguh ROI untuk sewa nye, boleh cecah 9% rental yield dan ke atas! Cashflow pun boleh cecah lebih rm500 sebulan.

2. SEWA KEPADA SIAPA?

Pada masa tu, ramai beli rumah kat sana untuk sewakan kepada students students. Of kos yang paling dekat ialah MMU Melaka dan yang jauh sikit UTEM. Ramai students yang menyewa kat situ. Bekalan pulak tak banyak untuk tampung permintaan. Oleh itu, dari segi konsep ekonomi, bila permintaan tinggi dan bekalan rendah, harga akan naik semulajadi. Begitulah yang berlaku di Bukit Bruang.

3. APARTMEN SEBELAH MMU

Ada apartmen baru tepi MMU. Dan mereka ni memang tahu ada permintaan daripada students. Malah kerana apartment apartment ni ada facilities yang lebih stylo daripada rumah rumah teres, mereka lebih suka. Ini berlaku 2 tahun sudah dan apartmen ni menggangu permintaan sewa kepada rumah rumah teres.

4. HOSTEL PELAJAR 5 BLOK TEPI UTEM

Dikatakan UTEM ada bina 5 blok highrise untuk tampung permintaan 5000 pelajar. Bayangkan bila UTEM pun bina kemudahan macam tu. Student student tak perlu cari rumah kat open market. Just nyewa bilik kecil yg disediakan uni. So apa jadi kat pemilik pemilik rumah2 pelaburan yang asal?

5. RISIKO YG PERLU DIJANGKA

Ahyat selalu pesan untuk study risiko dahulu. So kalau kita beli utk sewakan kepada satu satu sumber penyewa, elok kita study. Apa yang mungkin boleh berlaku. Adakah institusi institusi pendidikan tu boleh bina penginapan sendiri untuk student student mereka. Adakah pemaju pemaju lain boleh bina lebih banyak rumah yang akan tambahkan bekalan rumah sewa?

6. BOOSTER YANG SELAMAT

Booster memang mainkan peranan penting dalam pemilihan satu satu lokasi. Lebih banyak booster, lebih selamat. Jangan beli hanya kerana 1 booster sahaja. Bahaya. Dalam kes ini, sudah tentu ada booster booster lain selain institusi institusi pendidikan.

7. PEMILIK MESTI KREATIF

Pemilik rumah sewa ni nak kena kreatif dan bijak adjust strategi bila permintaan sewa berubah. Bagi pemilik yang selesa sewakan kepada market students dan tetiba ada perubahan macam ni akan terkena. Bukan sahaja berlaku di sini tapi banyak tempat lain. Seperti Shah Alam juga. Ramai yang masih boleh mendapat ROI yang baik di Bukit Beruang kerana sudah bijak adjust n fokus kepada segmen penyewa yang baru.

8. BERSIAP SEDIA UTK KEMARAU

Tiada apa apa yang kekal selain Allah SWT. Satu satu lokasi tu mungkin akan alami satu permintaan sewa yang luarbiasa. ROI pun sangat amazing disebabkan booster hartanah tertentu. Ada antara kita akan jadi selesa dan terlupa seketika bahawa keadaan macam ini mungkin tidak akan kekal. Sehingga tidak bersedia untuk mencari sumber sumber sewa lain kalau ada berlaku perubahan nanti. Benda ni pun dah diajar oleh Nabi Yusof yg bersedia untuk 7 tahun kemarau setelah 7 tahun yang hasil luarbiasa!

DOA AHYAT

Ahyat berdoa agar semua pejuang pejuang hartanah di Melaka, akan terus diberikan ilmu untuk buat keputusan yang bijak dan berani. Ahyat juga mendoakan agar pemilik pemilik rumah di sana dapat exit dengan segera dan dibebaskan beban kewangan. Dan doa khas buat Zainuddin dan Nida yang sudi bertemu saya di Pejabat Cheras saya untuk sembang sembang hartanah sebelum hendak pulang ke Melaka.

Tarikh: February 26, 2018

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp