fbpx

Kisah Ekstrem Aweks Jepun Ni Bersara Pada Umur 34 Tahun Dengan 3 Bijik Rumah

Adakah anda sanggup nak ikut cara dia???

1. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Viral sejak beberapa hari ni, dilaporkan kisah aweks Jepun bernama Saki. Dia mula menabung selama 16 tahun sejak umur 18 tahun, dan setelah berumur 34 tahun, dia sekarang dah bersara dgn 3 hartanahnye.

2. Aweks ni ekstrem. Dia hanya belanja ¥153 atau rm6 sehari. Spend hanya ¥25 – ¥50 atau rm1-2 untuk makan malam udon n sayur. Dia cakap dia makan asalkan tak lapar. So tak kisah la apa yang penuhkan perut dia! Dan dia tak pernah beli baju. Dia hanya akan pakai baju yang orang lain dah taknak pakai je. 


3. Sekarang dia dah beli 3 rumah bernilai ¥55 juta atau lebih kurang rm2.17 juta. Dia dah bersara daripada kutipan sewa sebanyak ¥300,000 atau rm11,800. Ahyat kira2 ni ROi rentalyield dia lebih kurang 6.55%. 

4. Rumah pertama dia beli masa umur 27 tahun iaitu 9 tahun selepas mula menabung. Sebuah rumah berharga ¥10 juta atau rm395,000. 2 tahun kemudian pada umur 29 tahun dia beli 1 lagi rumah pada harga ¥18 juta atau rm711,000. Dan pada umur 34 pada tahun ini, dia beli rumah ketiga pada harga ¥37 juta atau rm1.4 juta.

5. Apa yang lagi ekstrem dia kata dia potong rambut sendiri dan jual rambut dia untuk duit tepi tambahan. Lain macam kat Jepun boleh jual rambut! Selain daripada tu dia pun ada buat bisnes Kafe Kucing yang akan bela kucing kucing terbiar lepas dia beli rumah ketiga tu.

6. Kisah viral ni tak dedahkan fakta fakta penting lain seperti berapa gaji dia, kat mana di Jepun, adakah dia tinggal dengan mak ayah, takde bil bil lain ke dia kena bayar, adakah dia berkahwin dan ada suami yang bayarkan yang lain lain. Tapi kisah ni menunjukkan bahawa tindakan ekstrem dia akhirnye berjaya beli rumah dan bersara daripadanye. Inilah maksud bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian! Siapa nak cuba try test kat Malaysia?

7. Bagi mereka yang nak beli rumah, Ahyat rasa tak perlu sampai macam ni. Just nak bijak susun kewangan kita dengan bijak. Lagi awal susun lagi bagus. Ada student Ahyat beli rumah pertamanye pada umur 24 tahun. Itu tahun lepas. N sekarang dia nak beli 2 rumah lagi tahun ni.

8. Ilmu ni dan banyak lagi akan Ahyat dedahkan di MPH: Mega Pejuang Hartanah pada Sabtu 24 Ogos tak lama lagi. Masih boleh dapatkan tiket pada harga rm60 (harga tiket rm100) di link berikut:
.
Https://pejuanghartanah.com/mph-newbies-2019

KITA SUSUN MASTERPLAN SUPAYA TAK PERLU LA SAMPAI MAKAN MEE SAYUR TIAP TIAP MALAM SELAMA 16 TAHUN!

JUMPA ANDA DI MPH NEWBIES SABTU DEPAN YA!

Ogos 12,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!


Rujukan
1. The Star Online 9 Ogos 2019
https://www.thestar.com.my/…/woman-retires-at-34-after-livi…
2. Says.com 9 Ogos 2019
https://www.facebook.com/217391881631388/posts/2429487437088477/

Penghargaan khas buat pak mertua Abdul Karim kerana sharing link asal ni. Yeay!

Gambar:
Says.com

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp