fbpx

Lebih Baik Over Prepared Daripada Under Prepared


Please dengar nasihat hero negara ini

Semua orang ada pendapat masing2 tentang keadaan krisis yg dibawan pandemik COVID19 ni. Ada yang kata tak lama akan berakhir. Ada yang kata krisis ni akan lama. Kita raikan pendapat semua pihak. Tapi tak kiralah sebelah mana yg anda setuju, please la dengar nasihat brader ni.

SIAPA DIA NI?
Ramai anggap dia sebagai hero negara. Kenapa? Kerana dia tenang dan hebat dalam memimpin team medikal seluruh negara. Nama dia Dato Noor Hisham Abdullah. Ketua Pengarah Kesihatan Msia.

SAYA BUKAN HERO
Bila wartawan tanya dia ada rakyat yg gelarkan diri dia hero negara. Dia dgn tenang dan rendah diri jawab: “Saya bukan hero. Ramai yg terlibat. Yg penting seluruh rakyat kena sama2 lawan COVID19”. Lebih kurang macam tulah.

Beginilah jawapan seorang pemimpin yg humble. Dan hakikatnye sangar benar, terlalu ramai yg sedang berjuang seluruh jiwa raga mereka utk mempertahankan negara dalam perang ini. Terlalu ramai frontliners yg bermatian berjuang supaya kita tidak bermati2an!


APA YG MEREKA DOK PREPARE TU?
Lihatlah apa yg mereka sedang prepare. Mereka dah sediakan pusat2 luar drpd Hospital2 utk menampung kemungkinan bakal berlakunye jangkitan yg lebih besar. 2 dewan di MAEPS sudah dipersiapkan utk menampung menampung pesakit low risk. Dewan 1 sudah siap 600 katil, dewan 2 ada 400. (Rujukan 1)


KENAPA NAK PREPARE MACAM TU SEKALI?
Kalau setiap hari ada 100 lebih jangkitan, hospital2 kita masih boleh tampung. Kalau ada 1000 jangkitan sehari, dah kena ada backup plan. Dan mereka menjangkakan akan berlaku kemuncak jangkitan pada pertengahan April! (Rujukan 2)


IT IS BETTER TO BE OVER PREPARED
THAN TO BE UNDER PREPARED
BECAUSE BEING UNDER PREPARED
MEANS THAT YOU ARE NOT PREPARED!

Ini kata2 yg sangat amazing bagi Ahyat. Dengarlah apa yg mereka sedang lakukan dalam peperangan menentang COVID19 ini. Lihatlah apa yg mereka sedang lakukan.

KITA PULA BAGAIMANA?
Itu persiapan pihak kjaan. Dah rakyat takyah prepare apa2 ke? Ahyat bukan nak suruh semua panik. Tapi Ahyat rasa tak betul caranye kalau rakyat hanya nak mengharapkan kjaan je. Nak harapkan ketua pengarah je. Nak harapkan petugas2 yg bertungkus lumus berjuang. Kasihani frontliners. Selagi ada rakyat kita yg tak turuti perintah, mereka semakin terbeban.

PREPARE MINDSET!
Kalau mereka sedang bersiap sedia, kita pun kena bersiap sedia. Nak prepare apa? Kena prepare mindset yg benda ni boleh jadi lama. Prepare duit kita utk tempoh lama ni. Apa2 bayaran yg kita dapat tangguh tu kita simpan sebagai petikemarau.

Prepare apa yg patut utk diri kita, fanily kita and bisnes kita.

SEMUA ORANG BOLEH JADI HERO!
KITA MAMPU MENANG PERANG INI!

Dan please turuti perintah kawalan pergerakan. Duduk di rumah. Jaga diri dan keluarga. Percayalah kita mampu menang dalam peperangan ini. Yes ini perang. Kita sekarang bukan dalam tempoh cuti2. Kita dalam perang dgn pandemik COVID19. Dan kalau kita benar2 bersatu sebagai rakyat Malaysia, kita mampu menang!

BUKAN FRONTLINERS JE JADI HERO
KITA PUN BOLEH JADI HERO

PLEASE DUDUK DI RUMAH
PLEASE PATUH PKP
AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL
AMALKAN KEBERSIHAN DIRI

HENTIKAN RANTAIAN JANGKITAN
KITA PERANG MENENTANG COVID19
COVID19 ADALAH MUSUH
KITA MESTI MENANG

SELAMAT BERJUANG!

Mac 31,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Rujukan:
1. Bernama.com Sabtu 28 Mac 2020
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1826159
2. The Edge Markets 28 Mac 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/moh-prepared-worst-—-possible-surge-new-covid19-cases-midapril?type=malaysia
Sumber Gambar:
1: Bernama
2-4: FB KKM

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp