fbpx

Lelaki Botak Ni Bagi US 100 Juta Untuk Bantuan Makanan Di Amerika Dalam Krisis Covid19 Dan Rakyat Mereka Kata Itu Tak Cukup!

Ahyat rasa tertarik dengan kisah ni kat Amerika. Ada sorang lelaki ni dia boleh bagi $100 Juta. Nilainye tu hampir setengah billion ringgit tu! Itu pun ada netizen mereka yang kecam bahawa lelaki ni patut boleh bagi lebih. Dasyat. (Rujukan 1)

Lelaki ni namanye Jeff Bezos. Dia adalah founder n CEO Amazon.com. Bergantung pada tarikh artikel yang anda baca, lelaki ni pernah ranking paling kaya di dunia. Kekayaan dia lebih US$100 billion iaitu hampir setengah trillion ringgit. (Rujukan 2)

So kita faham la kenapa netizen kata Jeff ni kedekut walaupun dah bagi banyak duitnye tu. Yang dia bagi tu tak sampai 0.1% daripada kekayaan dia! Fuyoh!

Di Amerika, ramai rakyat mereka yang tak dapat makanan. Banyak gereja-gereja mereka selalu bagi makanan-makanan kepada orang susah. Tapi kerana krisis COVID19 di sana, ramai tak dapat bantuan makanan2 tu seperti biasa.

Orang kaya macam dia ni memang suka donate macam. Sebelum ni dia nak isytihar nak bagi US$10 billion untuk climate change dan US$2 billion untuk bina sekolah-sekolah di kawasan orang miskin. (Rujukan 3)

Seronok kita dengar kisah orang-orang kaya macam ni. Kita tak perlu tunggu jadi kaya macam ni untuk bantu orang kan. Tapi bila kita kaya, lebih ramai orang yang kita boleh bantu. Kan?

BAGI KITA YANG TAKDE US$100 JUTA NI, BAGAIMANA PULA CARA KITA BOLEH MEMBANTU DALAM KRISIS COVID19 NI?


Apr 7,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!


Rujukan:
1. CNN 3 April 2020
https://www.google.com/…/jeff-bezos-food-bank-do…/index.html
2. Forbes 17 Januari 2020
https://www.google.com/…/jeff-bezos-is-no-longer-the-r…/amp/
3. CBS News 2 April 2020
https://www.google.com/…/jeff-bezos-amazon-feeding-america…/
.
Sumber Gambar:
Entrepreneur.com

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp