fbpx

Lockdown Dan Kesan Masa Pada S&P

1. Sekali lagi isu ini mula berlegar dalam minda Peguam dan Pembeli. Penjual kurang risau kalau jadi lambat sebab ada klausa penalti atas kelewatan.
2. Tapi saya rasa ramai dah belajar dari PKP 1.0. Lockdown. Isu ini telah dibincangkan banyak kali oleh pakar dan pengamal Undang2 semasa dan selepas itu.
3. Saya percaya ramai Peguam dah alter/amend dan fine tune klausa force majeure atau memasukkan klausa berkenaan kelewatan disebabkan PKP.
4. Jika ada klausa ini, Pembeli boleh bersandar atasnya untuk mendapat lanjutan otomatik tanpa penalti.
5. Ada juga klausa2 lain yang boleh digunakan untuk dapat lanjuatan masa tanpa penalti. Contohnya : Penjual perlu dapatkan dan serah pada Peguam Pembeli, penyata penebusan dari bank Penjual, dalam masa 14 hari atau 14 hari bekerja (bergantung pada Agreement masing2), ia diminta secara rasmi oleh Pembeli.
6. Dalam contoh 5, bila lewat, dan Penjual tanpa Peguam, mulalah ia dijadikan isu perbalahan. Tak tahu lah. Tak aware lah. Dah kenapa tak pakai Peguam.
7. Buat masa ini (yelah baru je nak start Lockdown kan, belum juga ada Undang2 berkaitan masa dalam Perjanjian Undercon). So tunggulah dulu. Tengok apa perancangan KPKT dalam hal ini.
8. Jadi cek balik S&P subsale anda, ada tak hal ini.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp