fbpx

Macam Mana Nak Uruskan 3 Rumah Saya? Apa Patut Saya Buat? Refinance?

 

Ni lagi sorang aweks ni. Dia coaching dgn Ahyat sebelum PKP: Perintah Kawalan Pergerakan hari tu. Best kisahnye tapi get ready ye: panjang sikit. Chekidaut.

1. Satu yang Ahyat risau, makin ramai aweks2 yang dah minat hartanah dan dah mula menyerang. Macam aweks ni, dia dah ada 3 bijik rumah. Tapi masih bujang dan duduk dgn parents lagi. Bayangkan jejaka yang beran nak masuk meminang? Bergegar jugak tulang rusuk nak masuk line. Huhu!

2. Aweks ni belajar dgn Ahyat dan ambil pakej penuh. Ahyat hanya mampu private coaching dengan yang dah belajar habis supaya mudah. Cara berfikir dan bahasa dah selaras. Kalau tidak penat nak mengajar dan banyak benda nanti sukar difahami.

3. So aweks ni dah beli 3 rumah. Ketiga2 dia beli BMV: Below Market Value. Walaupun dia baru beli, dia masih dapat positive cashflow. Rahsianye pada harga entry tu. Kalau dapat masuk harga BMV, barulah cerah masa depan tu. Tapi ada sebijik yg negatif cashflow.

4. Yang positive cashflow tu jenis apartmen dan yang negative cashflow tu landed. Memang itulah tabiat jenis-jenis hartanah berbeza secara lazimnye. Tapi itupun tak tentu zaman sekarang. Yang highrise pun tak tentu dapat postivie cashflow

5. So kat sini Ahyat sharekan ilmu porfolio. Bila kita dah ada lebih daripada 2 hartanah, dah kena buat portfolio management. Bahasa mudahnye, kita dah tak melihat pada 1 aset tu sahaja. Tapi kita kena lihat pada kesemua aset2 yang ada.

6. Dalam kes aweks ni, kalau digabungkan tu, tambaha tolak, portfolio dia positive cashflow rm269 sebulan. Bagus la ni. Maklumlah, kadang-kadang tak semua hartanah kita tu untung. Ada yang rugi. Tapi bila digabungkan semua tu kalau kesemuanye masih untung itulah matlamat kita.

7. Macam beli kaunter2 saham. Orang yang betul2 faham akan tahu bahawa takkan semuanye untung setiap masa. Mesti ada yang untung mesti ada yang rugi. Tapi bila dicampurkan untung rugi tu, hasilnye mesti untung la yang kita nak. Portfolio hartanah pun sama.

8. Banyaklah tips dan idea yang Ahyat share untuk uruskan penyewa-penyewa dia. Penyewa perlu diuruskan dengan professional dan bersistem.tapi itu bukan point yang Ahyat nak fokus kali ni.

9. Aweks ni tanya dia cadang nak refinance salah 1 rumah yang ada telaga duit yang banyak. Sebelum dia nak tanya lanjut Ahyat dah tanya dia balik: duit lepas refinance tu nanti nak buat apa?

10. Ahyat selalunye tak benarkan orang buat refinance kalau plan untuk duit tu jelas sejelasnye. Ahyat dah coaching beratus orang dan training beribu orang. Ahyat boleh tahu dari perkataan dan gerak badan kalau orang tu akan jawab dgn betul. Selalunye soalan ni susah nak jawab. So jawapannye tidaklah Ahyat benarkan.

11. Untuk aweks ni dia baru nak plan. Sekali tengok, memang boleh refinance. Boleh cedok rm200k – rm300k drpd telaga duit dia. Macam2 boleh buat tu. Kalau dah ada rancangan yg jelas sejelasnye kan!

12. Cara nak buat refinance tu senang je. Ahyat kenalkan dgn Bella Leana sahabat Ahyat tu nanti, kejap je setel. Yang paling oenting ialah investment plannye.

13. Katakan rumah keempat tu tak untung tak rugi. So apakah yg akan jadi pada cashflow dia? Adakah semakin terbeban atau ok je. So utk kes aweks ni, dia masih ada positive cashflow rm269 daripada portfolio dia sekarang.

14. Tapi dia perlu refinance kerana nak modalkan untuk beli rumah next dia. So kira-kira dia nampak macam dia boleh chedok lebih kurang rm50k je. Dengan modal ni boleh la lepas rumah rm250k ke rm300k. Dan kalau dia beli rumah pada harga tu, dia akan break even je. Mengandaikan rumah ke4 tu tak untung n tak rugi.

15. Dan yang paling penting, rancangan ni memang dah sesuai dgn matematik hartanah yang dia dah buat dengan team Ahyat: layak rm370k mampu rm520k selamat rm345k petikemarau 3 bulan: perlu cukupkan 6 bulan. Kenapa mampu dia lebih daripada layak dia tu kena kupas dalam sharing lain, ni dah panjang sangat dah ni!

16. Nasihat Ahyat ialah pastikan semua keputusan kita dalam hartanah tu berbalik kepada fakta dan nombor. Kira-kira tu penting. Kita taknak letakkan kewangan diri kita dalam beban tambahan bila nak beli lagi.

17. Semoga sharing ni bermanfaat. Memang panjang sikit kan. Dah jalan ceritanye penting so kena cerita semua. Tapi berbalik pada komen Ahyat yg pertama tu, bila sentuh bab perkahwinan tu, sensitif sikit. Bukanlah harta tu jadi ukuran semata-mata. Tak bermaksud lelaki yang nak masuk meminang tu pun kena ada rumah sama banyak dgn aweks ni. Yang penting agama mesti jaga. Yang konfem: untungla kan bro yang dapat isteri yang dah ada 3 bijik rumah. Ke pressure? Huhu!

Mac 30,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Nota:
Nasihat nak refinance rumah dalam keadaan PKP COVID19 ni dah perlu pertimbangan lain. Situasi di atas utk situasi sebelum berlakunye PKP. Itu kena sharing salam posting lain.
Gambar:
Semua sesi coaching dilakukan antara coachee dan seorang facilitator drpd TAI: Team Ahyat Ishak yg akan ditugaskan utk bantu dan follow through ssbarang keperluan coachee

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp