fbpx

Minta Maaf Bro. Takde Pilihan Tapi Nak Kena Sambung Kerja Balik


Satu yang Ahyat selalu bersyukur bila dapat coaching hartanah dengan pelbagai jenis orang. Dalam sesi 121 coaching ni Ahyat dapat satu kes yang menarik. Semoga dapat jadi manfaat untuk kita bersama.

1. Setiap kali Ahyat coaching, Ahyat akan ambil masa yang agak lama untuk kenali student Ahyat. Bila nak cerita hartanah, kena cerita pasal duit. Bila nak cerita pasal duit memang kena cerita pasal family. Sama lah jugak dengan bro ni.

2. Ahyat dapat kenalpasti 5 nilai2 hidup yg paling penting untuk bro ni. Yang paling penting bagi dua ialah family. Dan itu lah antara sebab yang dia berhenti daripada kerja dia baru2 ni. Kerana kerja dengan syarikat luar negara, gaji dia besar sangat besar. Memang 5 angka yang sangat solid. Cumanye kerja nye menyebabkan dia terpaksa selalu tinggalkan family.

3. Bila dah berhenti kerja tu, dia sekarang ada lebih masa dgn keluarga: wife n anak2. Sekarang dia buat investment saham sahaja secara full time. Tapi pendapatannye berkurang jadi 1 per 3 sahaja. Tapi masih bercadang nak beli rumahnye yang ke3.

4. Memang Ahyat explain memang sukar nak bina profail kewangan dengan pendapatan saham walaupun kencang macam mana pun. Bank susah nak terima income tu. Walaupun boleh diusahakan kalau melalui banker dan bank yang memahami. Tapi memang sukar. Pelabur saham tegar selalunye akhirnye akan beli rumah guna cash je. Kerana sukar nak sapat pembiayaan. Ada advantage dan disadvantage kat situ.

5. Ahyat memang cadangkan bro ni nak bekerja balik. Kenapa? Kerana opportunity loss dia daripada tak bekerja tu adalah hampir rm8juta dari umur 35 sampai 55 tahun. Dia kata ada je offer kerja yang dapat keseimbangan masa dan income yg lebih baik untuk keluarga dia. Bila tunjukkan angka ini baru bro ni rasa membantu dalam nak buat keputusan naka atau tidak bekerja balik. Semua orang perlu belajar kira2 opportunity loss ni.

6. Dari segi matematik hartanahnye, layak lebih kurang rm200k mampu rm0 selamat rm-600k dan petikemarau pun belum cukup. So memang keadaan bahaya dan berisiko tinggi. Buat masa sekarang, kalaulah Ahyat dalam kedudukan bro ni, memang sangat bahaya untuk beli hartanah. Ahyat senaraikan 12 actionplan untuk bantu dia perbaiki situasi sekarang untuk lebih selamat.

7. Apa yang best ialah bro ni masih banyak masa untuk ubah nasib diri dia dan keluarga dia. Dia dah kerja 11 tahun. Ada 11 tahun lagi untuk tempoh G4X: Gigih Gagah Gilerr Gilerr. Untuk menghadapi tempoh KBK: Kemuncak Beban Kewangan. Ini semua Ahyat terangkan dalam masterplanhartanah khas untuk beliau. Semua alumni yang coaching dengan Ahyat akan dapat customised masterplan dan cadangan action plan.

8. Semua ini bermula dengan ilmu kurakurahartanah. Eh silap pulak. kirakirahartanah la! Sebelum beli rumah, kita nak kena tahu kedudukan kewangan kita yang sebenar.kalau tak tahu kita mula kat mana, macam mana nak sampai ke destinasi kita.

9. Bro ni hadir PPK: Program Persiapan Kombat 2 bulan lepas. Program ni sttle group coaching dan bengkel. Ahyat n team akan bantu step by step untuk siapkan kira kira hartanah setiap peserta dan kemudian akan bantu perbetulkan jika perlu bantuan tambahan.

10. PPK batch bulan ni pada Sabtu 26 Oktober di Fraser Business Park dekat Jalan Chan Sow Lin KL. Program 1 hari ni akan bantu anda betul2 tahu kedudukan kewangan anda untuk beli rumah dan bersedia untuk pembelian rumah seterusnye.

11. Satu yang best ialah Ahyat n team akan bantu anda kira berapa gunungduit yang anda perlu cipta untuk bersara dengan pendapatan pasif yang mencukupi. Bro ni Ahyat bantu susun strategi kura kura untuk bina rm3juta tak termasuk hartanah yangg ada yang boleh cecah rm2kuta lagi masa bersara nanti. Boleh jana hampir 30k sebulan secara pasif kalau betul gayanye.

12. Siapa2 yang nak bersiap sedia untuk kombat hartanah dan nak hadir Sabtu ni, boleh komen: NAK KOMBAT. Ahyat akan mintak team contact anda.

Okt 21,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: