fbpx

Nak Kaya? Nak Beli Rumah?? Ikut 8 Tips Asas Untuk Save Duit Ni…

Kalau kita nak beli rumah, kita kenalah ada tahap kewangan yang stabil dan kukuh. Untuk mencapai tahap kewangan yang stabil, kita kenalah tahu urus duit kita.

Setiap kali dapat gaji tu, mesti korang ada pasang niat nak simpan duit. Tapi mesti setiap kali tu jugalah, kecundang akibat gagal menyimpan.

Jangan risau kalau rasa liat dan gagal nak menyimpan. Jom kita sama-sama belajar dan latih diri save duit hasil penat lelah bekerja tu dengan ikuti step by step dalam 8 tips asas ni…

1. REKOD

First step ni nampak je leceh tapi penting tau. Cuba korang rekodkan setiap transaksi – duit masuk dan duit keluar.

Kira duit yang kita belanja. Simpanlah resit misalnya. Barulah kita ada data tentang perbelanjaan kita. Bila dah ada data tu, asingkan pula ikut kategori seperti perbelanjaan harian ke, loan kereta ke dan sebagainya.

Tak perlu pun buat detail seperti rekod seorang akauntan. Buat file yang simple supaya senang korang faham. Sekarang pun banyak apps dalam smartphone untuk bantu rekodkan kewangan contohnya MoneyManager dan sebagainya. Cubalah download.

2. BAJET

Haaa.. bila dah ada rekod tadi, mesti korang dah ada idea dan rasa jelas tentang perbelanjaan korang. Barulah korang boleh cipta dan draf bajet, supaya tahu limit diri dan tak pecah bajet (overspending).

Pastikan juga dalam bajet tu korang masukkan perbelanjaan luar jangka seperti bajet untuk kemalangan, bajet untuk servis repair kereta dan lain-lain.

3. RANCANG

Bila dah draf bajet tadi, barulah start merancang. Korang mungkin boleh asingkan 10 hingga ke 15 percent dari pendapatan korang sebagai simpanan.

Kalau dalam bajet tadi perbelanjaan terlampau tinggi sampai nak save duit tinggal ciput je, inilah masanya korang potong potong potong sebarang perbelanjaan yang tak penting macam hiburan, makan kat restoran mahal, beli kasut branded limited edition dan lain-lain.

Rancang sebaik mungkin ya.

4. TARGET

Kalau dah cantik merancang tu… takkan takda target pulak kan?? Korang menyimpan untuk apa?

Nak beli rumah? Nak tambah lagi satu rumah?
Nak pergi umrah? Nak kahwin lagi satu? Eh! Hehehe.

Tetapkan target kepada dua target asas:
a) Short term targets.  
b) Long term targets.

Contoh short term targets : simpan dalam dana kecemasan (tampung kos hidup 6-9 bulan), duit deposit kereta, langsai hutang PTPTN dan lain-lain.

Contoh long term targets : downpayment rumah, duit tabung untuk anak-anak, duit untuk persaraan.

Nampak makin jelas tak sekarang tujuan kita menyimpan duit, bila kita tetapkan target? 🙂

5. UTAMAKAN

Tips kelima ni berkaitan dengan tips keempat tadi.

Tetapkan target korang ikut keutamaan dan keperluan. Bukan kehendak!

Kalau ikut kehendak, memang akan hancur nanti rancangan nak save duit sebab kehendak tu semua nafsu. Dan semua tu mengeluarkan duit dan akhirnya kita sendiri yang rugi di kemudian hari.

Kita susun ikut keutamaan dari sudut masa. Fikirkan apa yang mustahak dahulu.

6. PILIH

Nak pilih apa?

Pilih mana nak parkingkan duit anda tu. Ada banyak pilihan nak letak dan laburkan duit saving korang tu. Biarkan duit membiak, bukan duit tu menyusut.

Ada yang pilih ASB, ASBF, Tabung Haji.
Ada juga yang pilih beli rumah, beli emas, letak fixed deposit.

Boleh je letak dalam akaun simpanan bank yang biasa. Tapi kalau lepas 5 tahun, korang tengok member korang simpan jumlah yang sama dalam salah satu instrumen di atas tu dan dapat duit lebih, jangan sentap pulak!

Sebab tu kena pilih dengan baik.

Pergi seminar atau kelas. Dengar nasihat pakar kewangan dan hartanah. Bacalah artikel macam saya tulis ni misalnya. Hehehe. Boleh jugak join website PejuangHartanah.com.. 🙂 🙂 🙂

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

7. AUTOMATIK

Salah satu benda penting yang boleh bantu korang disiplin untuk save duit ialah dengan automatikkan segala jenis simpanan.

Hampir semua bank pada masa kini menyediakan khidmat pemotongan dan transaksi automatik. Korang boleh pilih masa, berapa jumlah dan ke mana hendak transfer tu.

So, korang bolehlah buat akaun bank berasingan daripada akaun bank gaji (pendapatan) korang, dan automatikkan segala transaksi ke dalam akaun tu. Dan buatlah akaun online juga supaya korang boleh pantau semua rekod simpanan lebih pantas.

Kan senang gunakan kemudahan teknologi? Semua di hujung jari je!

8. REVIEW

Bila dah ada data rekod simpanan secara online tu, korang bolehlah review simpanan korang tu secara konsisten setiap bulan. Review ni periksa semula.

So, korang boleh tengoklah duit simpanan tu berkembang.

Tujuan review ni bukan je nak buat korang excited tengok jumlah simpanan berkembang dari semasa ke semasa, tetapi juga untuk korang kenal pasti sebarang masalah dalam perkara yang boleh ganggu simpanan korang serta bantu korang fikirkan lagi cara nak tambah simpanan.

Adakah 8 tips di atas ni memberi idea dan inspirasi kepada korang dalam memulakan langkah untuk menyimpan duit?

Semoga artikel ini bermanfaat untuk korang.
Jangan lupa like, komen dan share!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp