fbpx

Nak Pendekkan Tempoh Dan Jimat Interest Loan Rumah? Ikut Tips Ini!

Menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 7 Mei 2019 mengenai penurunan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR), maka secara langsungnya kesan penurunan ini turut melibatkan Based Lending Rate (BLR), Based Financing Rate (BFR),BR – Based Rate (BR) dan juga Islamic Based Rate (IBR) di dalam pinjaman perumahan anda.

Apabila kadar bagi keempat-empat di dalam perkara ini menurun, maka kadar faedah (interest) di dalam pinjaman perumahan juga akan menurun.

Disebabkan perkara ini juga, monthly instalment (bayaran ansuran bulanan) juga seharusnya menurun seiring berdasarkan kadar-kadar yang dinyatakan di atas.

Namun persoalan yang sering berlegar ialah adakah patut kita terus menyambung pembayaran mengikut jumlah ansuran yang sebelumnya?
Atau adakah kita perlu mengikut jumlah ansuran baru yang lebih rendah ini?

Adakah terdapat sebarang perubahan atau kesan ke atas pinjaman sekiranya kita melakukan pembayaran yang ‘lebih’ ini?

Melalui laman Facebook, Ieza Yusof telah menyatakan tips dan pendapat beliau mengenai perkara ini :

Sekarang mari kita semua tengok contoh pengiraan menggunakan aplikasi financial calculator ke atas loan RM1,000,000 dengan kadar faedah 4.3%  bagi tempoh pinjaman selama 35 tahun.

Jika anda buat lebihan bayaran sebanyak RM150, inilah hasil pengiraannya seperti gambar di bawah.

Jelas terbukti bahawa sekiranya anda melakukan pembayaran ansuran bagi pinjaman perumahan dengan jumlah yang sama seperti sedia ada, maka hasil bayaran ‘lebih’ ini boleh menjimatkan tempoh masa untuk melangsaikan pinjaman tersebut selama 29 bulan lebih awal!

Malah, anda juga jimat hampir RM76,000 ke atas faedah pinjaman tersebut! Menarik, bukan?

Bagi rujukan anda, boleh lihat senarai jadual yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai kadar BR/BLR untuk setiap bank-bank di Malaysia seperti di bawah.

Semoga bermanfaat.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber:
1) www.bnm.gov.my

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp