fbpx
Tuesday , July 7 2020
Home / #NasihatAhyat / [NASIHAT AHYAT] Saya Baru Bercerai. Saya Nak Mulakan Hidup Baru, Saya Tak Nak Duduk Rumah Saya Kat Bangi Tu..

[NASIHAT AHYAT] Saya Baru Bercerai. Saya Nak Mulakan Hidup Baru, Saya Tak Nak Duduk Rumah Saya Kat Bangi Tu..

SAYA BARU BERCERAI. SAYA NAK MULAKAN HIDUP BARU. SAYA DAH TAKNAK DUDUK RUMAH SAYA KAT BANGI TU..

Ahyat pun kerap dapat soalan2 hartanah yg melibatkan kes pasangan yg bercerai. Banyak benda yg mak kena diatur semula. Ofkos la kan. Memang banyak benda nak adjust semula. Ni nasihat Ahyat kepada sorang bro ni. Chekidaut.

1. So bro ni baru je bercerai. Dia ada sebijik rumah kat Bangi. Rumah tu dia beli sebelum dia kahwin. Isteri pun dah keluar dari rumah tu. Pasangan ni belum ada anak.

2. Bro ni tanya nasihat Ahyat. Dia kerja KL. So dia dah tak rasa syok nak stay kat rumah tu lagi. Banyak memory. So dia cadang nak cari rumah dekat dgn tempat kerja di KL.

3. Ahyat nasihatkan dia utk bertenang dan jangan terlalu cepat buat keputusan dalam keadaan jiwa n emosi begini. Ahyat setuju je dia nak tinggal dekat dgn tempat kerja. Tapi Ahyat nasihatkan dia jangan beli rumah dulu. Ambil dulu tempoh bertenang.

4. Ahyat nak dia sewa dulu. Malah, Ahyat tanya kalau bro ni ok tak kalau nak sewa bilik dulu. Jangan beli. Bukanlah buat selama2nye. Letakkan satu tempoh dulu: Ahyat cadangkan 12 bulan. Dalam tempoh tu boleh terbuka utk idea dan perkembangan2 baru dalam kehidupan dia.

5. Kenapa nasihat macam ni? Kerana emosi adalah musuh bila nak buat keputusan gerutama dalam perkara2 berharga macam rumah. Kebarangkalian utk buat keputusan yg tersilap tu menjadi lebih tinggi dalam keadaan emosi. Dalam marah, sedih, takut, risau, balas dendam, etc.

6. Ahyat nak brother ni bertenang dan buat perancangan yg lebih kemas. Mulakan dgn pengiraan matematik hartanah dgn terperinci. Kenalpasti berapa sebenarnye #layak #mampu #selamat #bertanggungjawab. Dah tahu 4 perkara ni baru lepas tu senang hati Ahyat nak nasihatkan langkah seterusnye utk beli hartanah yg paling sesuai.

7. Inilah yg Ahyat dan team tekankan dalam #PPK : Program Persiapan Kombat. Persiapan kewangan sebelum nak beli rumah. Syukur Alhamdulillah, Ahyat boleh jamin peserta2 akan lebih yakin utk ambil langkah berikutnye utk beli rumah bila dah tahu 4 perkara2 tu. Sila komen: KOMBAT kalau anda berminat nak join sesi April nanti. PPK ni group coaching so dalam 10 ke 20 orang sahaja pada satu2 masa. Saringan kesihatan dimestikan sebelum masuk sesi coaching ni.

8. Bagi kes bro ni, dia cadang nak sewakan rumah dia tu bila dia dah pindah ke KL tu nanti. Teres 2 tingkat. Fully furnished. Renovated chanteks. Dia siap tunjukkan foto. Memang lawa. Tapi dia tanya Ahyat macam mana dia nak pindahkan perabot2 n hiasan2 rumah dia bila nak sewakan nanti.

9. Ahyat bagitahu dia susah kalau macam tu. Satu hal nak sewa setor utk simpan barang2 tu semua. Memang elok sewakan rumah fully furnished. Malah ada setengah2 tempat yg boleh dapat kadar sewa yg lebih tinggi kalau sewakan rumah yg dah lawa macam tu.

10. Malah kalau nak jual pun boleh dapat rege yg jauh lebih tinggi drpd harga pasaran walaupun dlm keadaan pasaran macam ni sekarang. Ni kerana orang sanggup bayar mahal sedikit drpd susah payah nak renovate sendiri. Dan renovasi yg dia buat tu nampak contemporary dan akan mudah utk kena taste ramai orang. Kat sinilah pulak peranan design rumah kita tu. Jangan design ikut suka hati kita. Kena design ikut suka hati majoriti. Ni saya belajar drpd sifu ID saya #aminyussoff #eaalamrek.

11. Dia rasa tak sanggup kerana takut penyewa tu nanti akan rosakkan perabot n barang2 tu semua. Saya mintak dia terima je hakikat bahawa penyewa akan rosakkan. Memang itulah lumrah nye. Tak boleh expect penyewa akan perfek dan langsung tak rosakkan perabot n barang2 dalam rumah kita.

12. Ahyat mintak dia buat kira2 lanjut. Semak dulu berapa kadar sewa kat situ. Dan berapa pula rental rumah atau bilik di KL. Hanya setelah dua2 kira2 ni dah dibuat: kira2 diri sendiri dan kira2 hartanah.. barulah kita boleh buat keputusan yg bijak.

13. Itu sebabnye Ahyat nasihatkan bro ni jangan tergopoh gapah nak buat keputusan kehidupannye pada masa ini. Dalam keadaan emosi seperti ini, hanya fakta dan nombor sahaja yg dapat bantu kita dalam buat keputusan. Memang sebagai #cikguhartanah, Ahyat tak dapat nak elakkan nak handle isu2 rumahtangga macam ni. Keputusan #hartanah adalah keputusan#kehidupan..

14. Semoga sahabat2 semua sentiasa dilindungi Allah dalam keselamatan dan kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa berikan kita petunjuk dan hidayah utk buat keputusan yg terbaik dalam hidup kita.

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Ahyat Ishak

Ahyat Ishak

Check Also

Macam Mana Nak Uruskan 3 Rumah Saya? Apa Patut Saya Buat? Refinance?

Ni lagi sorang aweks ni. Dia coaching dgn Ahyat sebelum PKP: Perintah Kawalan Pergerakan hari …