fbpx

#NasihatAhyat (Episod 10) : Brader Ni Tak Dibenarkan Beli Rumah Kecuali…

Ahyat belum benarkan beli rumah lagi?!
Boleh tapi bersyarat. Kena setelkan benda tu dulu.

Haa! Jangan terkejut kalau Ahyat bagi action plan macam ni masa sesi PCPH: Personal Coaching Pejuang Hartanah.

Kenapa macam tu sekali? Meh Ahyat cerita…

1. SEBELUM SEMBANG HARTANAH…

Ada 1 perkara wajib yang kena sembang dulu sebelum nak sembang hartanah? Cer teka? Of course lah kena sembang kewangan dulu! So, Azim dari TAI : Team Ahyat Ishak akan bantu compile data kewangan. Nak tengok 4 perkara: 1.Mahu, 2.Layak, 3.Mampu dan 4.Perlu.

2. BRADER NI LAYAKNYA TINGGI

Selalu sangat bila Ahyat tengok, kalau pergi kat bank memang InsyaAllah layak. Tapi bila dah buat kira-kira tu sebenarnya tak mampu! Ramai orang yang tersilap beli tu kerana beli ikut yang diorang layak tapi tak mampu! Aduhs.. sakit ku disini! Apa jadi kalau beli rumah yang kita tak mampu? Bahayalah! Macam brader ni syukur. Dia nak semak dulu. Kalau ikutkan kelayakan memang lebih sejuta. Tapi setelah disemak dulu matematik hartanah dia, Ahyat tak bagi beli rumah. Kecuali…

3. SEMAKAN EXPENSES BULANAN

So, terjumpalah beberapa item dalam belanja bulanannya yang mungkin boleh dikurangkan atau dibuang sama sekali. Nak tahu tak apa? Tak eloklah nak share kisah rumahtangga orang secara terbuka. Ahyat tak macam tu. Semuanya rahasia! Huhuhu!

4. LEPAS DIRAWAT BOLEH BELI KE?

Dalam 3 muka surat action plan yang Ahyat fokuskan untuk brader ni, kalau boleh ikut, InsyaAllah boleh beli at least rumah RM500k. Boleh lebih lagi, tapi bergantung kepada sejauh mana nak take action. Ahyat sekadar share nasihat peribadi berdasarkan pengalaman Ahyat melabur hartanah selama 15 tahun.

5. KENAPA JADI MACAM NI?

Untuk kes brader ni, bukan disebabkan banyak ‘kerak kewangan’ atau ‘kudis kewangan’ yang tak elok. Maklumlah, ada 4 orang anak. Dan orang yang menasihatkan produk-produk kewangan sebelum ni mungkin tidak selaraskan dengan matlamat kewangan beliau. Bukan sangat kes nasihat-nasihat yang menganiaya. Just that tak maksimakan produktiviti setiap sen beliau.

6. MASTERPLAN HARTANAH PERSONAL

Setiap kali Ahyat lukiskan terperinci masterplan hartanah untuk semua klien, mereka akan terkejut. Memang Ahyat ada ajar asas-asasnya di program MPH : Mega Pejuang Hartanah atau ajar dalam kelas 2 hari PHK : Pejuang Hartanah Komando. Tapi itu general. Kita kena rancang suatu plan yang unik yang bersesuaian untuk kita. Yang personal untuk kita dan bukan untuk orang lain!

7. PERTAHANKAN KESUCIAN KEWANGAN

Brader ni satu yang saya respek. Dia suka saving. Dia siapkan hampir 15% daripada income dia yang agak besar tu untuk mak dan ayah. Dan yang paling penting, ‘kesucian kewangan’ beliau tidak dinodai! Maksudnya, dia takda masalah kad kredit dan personal loan. ZERO MASALAH! So, orang macam ni lebih cepat nak bertindak!

8. KALAU ADA MASALAH KEWANGAN?

Bagi orang yang ada masalah kewangan, tidaklah bermaksud tiada harapan lagi. Masih banyak peluang. Cumanya, kena lebih pengorbanan dan kena sabar lebih sikit ye. Macam kena ambil 1 langkah ke belakang supaya dapat serang 2 langkah ke depan nanti.

9. TGH: TEMPOH GIGIH N GAGAH

TGG : Tempoh Gigih n Gagah ni sangat penting untuk kita kenalpasti dalam setiap masterplan kewangan. Inilah tempoh yang kita kena lakukan yang luarbiasa supaya layak dapat hasil luarbiasa! Ada orang yang TGG nya lebih 10 tahun, ada yang kurang. At least kita dah nampak dan boleh fokus seluruh jiwa raga kita untuk capai matlamat kewangan yang kita nak capai.

10. FREEDOM NUMBER

Azim ada ajar dalam kelas PFP : Pejuang Foundation Program tentang ilmu FN: Freedom Number ni. So, brader ni dah identify FN beliau dan bila kita letakkan dalam masterplan kita ni, semua jadi lebih jelas. Dan kekadang, ada orang yang sampai nak melompat terus nak berjuang luar biasa! Dengan masterplan kewangan dan masterplan hartanah yang betul, kita pasti boleh mencapai FN ini!

Anda seorang usahawan dan ingin mengembangkan empayar bisnes anda?

Terokai rahsia dan formula bagi meluaskan, mengembangkan dan menggandakan empayar bisnes anda melalui pelaburan hartanah!

Apakah formula itu?!

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp