fbpx

#NasihatAhyat (Episod 13) : Ingat 3 Soalan Legend Ni Bila Melabur Hartanah!

Alamak!

Nak jual? Nak simpan? Nak Beli lagi?

Kadang-kadang Ahyat shock bila lihat tindakan pelabur hartanah. Ada yang jual aset berharga kerana nak beli rumah baru.

BRADER KL NI HAMPIR LEPASKAN ANGSA TELUR EMAS UNTUK BELA RAKSAKSA PENYEDUT DUIT?

Tindakan ni sama seperti sembelih angsa bertelur emas untuk bela raksaksa penyedut duit!

Bukan apa, pelabur macam ni tak cukup ilmu. Tahniah kepada mereka yang tuntut ilmu. Macam brader KL ni. Alhamdulillah rasa syukur Ahyat dapat berikan nasihat kepadanya ni di dalam satu program kewangan dan hartanah baru-baru ni.

Dia tanya Ahyat, rumah mana yang dia patut jual kerana nak beli lagi. Masa tu brader KL ni tak kisah hartanah mana dia nak beli tu. Tajuk dramatik kat atas tu nak bagi korang faham sebab belum tentu rumah seterusnya tu nanti jadi aset atau raksaksa!

★ 3 SOALAN LEJEN PELABURAN HARTANAH

Dalam pelaburan hartanah ni ada 3 soalan lejen. Bila kita dah mula terlibat dalam pelaburan hartanah, confirm kita kena tanya soalan ni. Nak jual, nak simpan atau nak beli lagi.

Kalau nak jual, adakah berbaloi untuk jual sekarang?

Kalau nak simpan, adakah hartanah tu layak untuk disimpan?

Kalau nak beli, hartanah jenis apa yang nak dibeli yang sesuai untuk masterplan hartanah korang? Atau adakah rumah yang nak dibeli itu bakal jadi raksaksa penyedut duit?

★ MASTERPLAN HARTANAH

Inilah punchlinenya tuan-tuan dan puan-puan! Segala keputusan ni hanya boleh buat bila kita dah ada masterplan. Ahyat asyik ulang benda ni kerana 8 dalam 10 pelabur tak buat masterplan mereka kerana mereka tak tahu! Masterplan hartanah ni berbeza-beza dan tak sama untuk semua orang. Kita kena design masterplan sendiri.

★ KIRA-KIRA HARTANAH

Bila masterplan hartanah dah ada, kita kena faham bahawa semua keputusan yang kita buat mesti berdasarkan kira-kira hartanah dan bukan emosi. Nothing is wrong with emotion. Emosi boleh jadi pemacu kita untuk jadi lebih berjaya. Tapi dalam hartanah bahaya kalau kita buat keputusan guna emosi.

★ NASIHAT AHYAT

Untuk brader KL ni, dia tanya rumah mana satu nak jual supaya dia boleh beli rumah lagi. Setelah Ahyat buat kira-kira, Ahyat marah!

Marah kenapa? Drama lagi lah Ahyat ni kan!? Takdalah marah. Ahyat ‘tergezut’ je!

Ahyat tak bagi brader ni jual 3 rumah yang dia ada sekarang. Kenapa? Kerana 3 rumah ni sedang disewa cantik. Dan rental yield sangat tinggi. Lebih kurang 9%, 16% dan 17%. Fuhuh! Power gilerr babbas tu! Brader ni pun tergezut bila saya kata 3 bijik rumah dia ni ASET AJAIB yang MESTI DIPERTAHANKAN! Jangan jual!

★ KENA SOLVE PROBLEM YANG BETUL

Sebelum ambil tindakan dan buat keputusan dalam pelaburan hartanah, kena tarik nafas dan kaji balik masalah sebenar. Dalam contoh brader KL ni, 3 bijik rumah dia yang sebenarnya aset hebat bukanlah masalahnya. 3 bijik rumah tu begitu setia menjana pulangan pelaburan yang hebat. Kesian kalau mereka kena sembelih kalau tuannya sendiri tersilap buat keputusan.

★ MASALAH JADI CABARAN

Masalah sebenar ialah macam mana nak cari duit nak beli lagi. Kita ubahlah sikit ayat tu jadi CABARAN. So, cabarannya kita nak beli lagi. Sekarang stuck. Nak beli yang ketiga dan seterusnya kena downpayment tinggi 30% kerana loan hanya boleh dapat sampai 70% jer.

★ SOLUTION YANG KORANG TAK SUKA!

Untuk tangani cabaran ini, kita nak kena cari jalan penyelesaian yang terbaik. Dan jawapannya confirm engkorang tak suka! Mudah je. Kena tingkatkan pendapatan lah! Apa lagi?! Ahyat tak kisah. Suka ke tak suka ke. Yang penting, jangan sembelih rumah yang power tu. Yang elok-elok dah menjana pulangan awesome! Tapi sudah tentu ada teknik dan strategi yang membolehkan kita beli lagi dengan ilmu yang betul.

★ DOA AHYAT

Ahyat doakan agar para pembaca PejuangHartanah.com akan terus diberikan kegigihan untuk tuntut ilmu supaya lebih bijak dalam pelaburan hartanah. Semoga Allah terus berikan kita petunjuk dan hidayah agar dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga.

SELAMAT BERJUANG!

(Nasihat ini telah disampaikan pada 17 Oktober 2017)

Anda seorang usahawan dan minat terhadap hartanah?

Bisnes maju tapi stuck tak berkembang? Atau nak beli hartanah seterusnya pun stuck juga?

Nak tahu cara menggunakan hartanah untuk letupkan bisnes ke level lebih tinggi?

 Ahyat ingin memperkenalkan satu formula : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini?

Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan KEJAYAAN bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp