fbpx

#NasihatAhyat (Episod 15) : Amaran Keras! Ikut 20 Pesanan Ni Sebelum Beli Hartanah!

Berani tanpa bijak sangat bahaya!

Pagi ni Ahyat dapat berita daripada seorang sahabat. Kawan dia pernah hadir program hartanah Ahyat. Bila dia sangat eksaited, dia terus beli. Bukan beli 1. Tapi beli 2 terus. Bayaran bulanan RM7k sebulan. Sekarang tak mampu nak tanggung. Dan terdesak nak jual. Please please please dengar pesanan saya dahulu sebelum beli rumah..

AMARAN KERAS: JANGAN BELI HARTANAH SEBELUM BACA 20 PESANAN INI! AWAS PANJANG..

1. AHYAT LEBIH BANYAK KATA JANGAN

Ada seorang student Ahyat yang pernah bagi komen ni: Kalau belajar dengan Ahyat, dia ni cikgu yang lebih banyak cakap jangan daripada cakap beli! Walaupun Ahyat nak lihat lebih ramai orang Islam beli hartanah di tanah air sendiri, tapi Ahyat tak nak orang kita merana kerana hartanah bila tersilap beli.

2. HARTANAH BOLEH BUAT KITA MERANA!

Kalau ada sesiapa yang pernah hadir mana-mana program Ahyat, akan tahu Ahyat akan beri amaran dulu. Ye, memang boleh jadi kaya kerana hartanah. Tapi boleh jugak jadi merana, sengsara, terbeban dan terseksa! Gelanggang hartanah ni banyak bahaya walaupun ada rewards nya.

2. GELANGGANG HARTANAH SANGAT BRUTAL!

Siapa-siapa nak masuk gelanggang hartanah ni kena tahu, it is vey brutal! Apa maksudnya? Siapa masuk gelanggang tak cukup ilmu memang akan cedera parah. Ada yang boleh mati kewangan. Gelanggang ni tiada belas kasihan kepada orang yang buat keputusan yang silap.

3. TER-UJA BUAT ORANG TER-BELI?

Ahyat selalu sebut. Ni bukan kasut RM300 yang kita beli. Ni hartanah RM300k atau RM3juta. Bila masuk ratus-ratus ribu atau juta-juta ni, bahaya dia lain. Tambah lagi kena ikat bank 30 tahun. Kalau silap beli kasut boleh tukar, boleh hadiahkan kat orang. Kalau silap beli rumah, merana 30 tahun. Nak jual? Kalau takda orang nak beli kenalah tanggung sampai dapat jual.

4. BELI SENANG BELA SUSAH

Siapa-siapa boleh beli je rumah. Asalkan ada duit deposit dan lepas loan, siapa-siapa boleh beli! Nak beli tu senang. Nak bela tu susah. Macam ni la, nak buat anak tu memang best. Tapi nak bela anak tu dari kecil sampai besar tu bukan hal yang senang-senang je.

5. BELI RUMAH LAGI LAMA DARI KAHWIN!

Sekali beli rumah ni, pembiayaan sampai puluh-puluh tahun. Boleh maksima 35 tahun ikat dengan bank. Ada orang kahwin pun tak lama macam tu. Beli rumah ni ikat mati tau. Benda long term macam ni tak boleh main ikut-ikut orang atau main ter-beli atau main redah je. Nak cari rumah ni kena lagi serius daripada nak cari jodoh tau. Eh?!

6. HARTANAH KAN KONFEM WIN!

Haa. Betapa ramainya yang masih berfikiran macam ni. Takde maknanya yang apa-apa jenis aset akan konfem win. Ada 1 ni yang Ahyat paling takut nak dengar. Harga hartanah konfem naik! Malangnya, inilah mitos paling horror. Dia ada naik dan ada turun. Yang nampaknya trending naik ni kalau dilihat dalam jangka masa sederhana dan panjang je.

7. FLIP NI BOLEH UNTUNG CEPAT

Sampai ke hari ini, masih ramai ya amat, masuk gelanggang hartanah nak main FLIP short term. NI MEMANG ORANG GILER! So sorry Ahyat kena cakap direct je macam tu. Semua yang masuk gelanggang nak main game short term akan cedera parah. Siapa pernah pergi program-program Ahyat tahu fefeeling Ahyat sebenar tentang FLIP ni. The 4 letter word in property that starts with the letter F!

8. GELANGGANG SEKARANG BAHAYA

Ahyat selalu keluar kenyataan ni: lebih ramai orang akan cedera parah kalau masuk gelanggang hartanah sekarang kalau tak cukup ilmu jika dibanding ketika masa tahun-tahun super boom pada 2010-2014. Masa tu siapa sentuh hartanah memang jadi emas. Sekarang ni bahaya wo! Yang cukup ilmu je dapat survive. Belum tentu untung pun.

9. TAK FAHAM MARKET

Sekarang market kita sedang mengalami down trend 6 tahun berturut-turut sejak lepas peak 2011 dari segi transaksi sampai tahun 2017. Dari segi nilai peak dia tahun 2014. Masuk tahun 2018, market growth flat. Tak turun dan tak naik. Masih ada tekanan market akan turun. Tapi ramai pakar kata dah stop turun dan bottom out sebelum nak swing balik semua. Wallahualam. Hanya Allah yang tahu.

10. TAPI KAN INI SEMUA KITARAN

Apa yang naik tak boleh naik selama-lamanya. Pasti akan turun. Apa yang turun tak boleh turun selama-lamanya. Pasti akan naik kembali. Kita dah lalui fasa boom dan peak dalam hartanah. Selalunya daripada kajian Barat, fasa yang menyusul adalah fasa kejatuhan. Sebelum fasa recovery selepas itu.

11. KRISIS ITU BAHAYA DAN PELUANG

Pasaran hartanah hari ini dalam keadaan krisis. Ahyat akan sebut KRISIS ni dalam setiap program hartanah. Tak kiralah program tu dianjur pemaju ke, ekspo hartanah ke, program orang ke, program Ahyat sendiri konfem lah. Dalam krisis, tugas pertama ialah jaga diri sendiri daripada bahaya. Barulah layak nak rebut peluang!

12. ADA KE PELUANG?

Banyak je peluang yang best-best sekarang. Tapi peluang ni hanya layak diterima oleh orang yang jaga diri daripada bahaya dan buat persiapan perang. Apakah persiapan perang?

13. ILMU DAN JEMAAH

Bekalan senjata yang wajib ada untuk semua Pejuang Hartanah yang berani nak masuk medan hartanah ialah: Ilmu dan Jemaah. Hanya bila ada 2 bekalan ini kita boleh selamat. Mesti ada ilmu duit dan ilmu hartanah. Dan mesti ada jemaah yang menasihati kita dalam segala sudut hartanah.

14. TAK SANGGUP BELAJAR TAPI SANGGUP TANGGUNG MERANA

Ahyat ada anjur kelas-kelas advance. InsyaAllah alumni akan dapat elak diri daripada bahaya. Dan banyak peluang-peluang keemasan mereka dapat rebut. Nak buat keputusan nak beli 1 hartanah tu bukan main perit. Banyak step yang nak kena buat. Ada kata tak sanggup bayar. Ada kata tak sanggup luangkan masa belajar. 8 hari dalam tempoh 3 bulan. Dan 1 hari setiap bulan. So, kalau tak sanggup belajar habis-habisan, adakah kita sanggup tanggung beban merana sengsara berpuluh tahun dan juga beratus ribu? Ini pilihan masing-masing. Ahyat pun tak boleh berhenti belajar. Kena sentiasa upgrade ilmu.

15. PLEASE SPEND MASA SIKIT BUAT MATEMATIK HARTANAH

Kalau tak nak belajar advance sangat pun, please buat Matematik Hartanah. Betul-betul faham apa yang kita layak dan apa yang kita mampu. Lepas tu kita betul-betul tahu apa yang selamat untuk kita. Buatlah kira-kira hartanah untuk tahu kedudukan aset dan liabiliti kita. Barulah tahu sebenar-sebenarnya holding power kita. Sekejap je nak buat benda-benda ni tapi tak semua orang buat.

16. LAYAK KE? MAMPU KE?

Bila dah kira elok-elok, barulah boleh tahu apa yang kita betul-betul layak dan mampu. Pembiayaan yang kita layak tu tak semestinya pembiayaan yang kita mampu beb. Kat sini bahayanyaa. Jangan rempit terus maksima pembiayaan kita tu. Kira dulu please.

17. PETI PERANG = HOLDING POWER

Orang beli hartanah ni kena ada peti perang. Amende ni? Peti perang ni ialah HP: Holding Power kita iaitu kuasa pegang hartanah ni. HP ni kena kira betul-betul sebelum beli rumah. HP masa ada penyewa dan takda penyewa. HP masa ada kerja dan takda kerja.. atau bisnes. HP masa sihat dan masa sakit. Nak selamat mesti ada at least 36 bulan HP. Lebih selamat 48 bulan. Takda holding power, jangan beli hartanah la. Serius!

18. AKHIRNYA SEMUA SALAH CIKGU KAN?

So, akhirnya, senang.. cikgu juga akan dipersalahkan. Sedih pun ada. Risau pun ada. Geram pun ada. Ahyat dah certain dengan apa yang Ahyat ajar. 16 tahun pengalaman daripada beli rumah pertama. 8 tahun mengajar hartanah secara terbuka. Dah susun rapi dah modul untuk pastikan orang beli cara paling selamat. Tapi penerimaan student ni berbeza-beza. Yang saya ajar A boleh jadi dia faham B. Yang saya ajar 10, yang dia betul-betul hadam mungkin 1 sahaja.

19. PERJUANGAN AHYAT

Ahyat memperjuangkan pemilikan hartanah di kalangan orang Islam. Ahyat nak lihat orang Islam kuasai hartanah di tanah air sendiri. Tapi Ahyat tak nak orang Islam merana kerana hartanah. Ahyat naikkan semangat orang Islam kita kerana nak mereka bangkit berjuang di medan hartanah. Tapi kena ikut caranya. Kalau nak beramal mesti berilmu. Bila Ahyat dapat letuskan semangat juang yang tinggi, ramai jadi berani. Tapi berani tanpa bijak sangat bahaya..

20. BIJAK SELAMAT BERTANGGUNGJAWAB

Kalau tak nak ikut 3 ramuan ni, jangan ikut Ahyat belajar ilmu duit dan ilmu hartanah. Ahyat ajar orang beli hartanah dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab. Kalau nak ikut cara lain, takpa. Tapi jangan cakap belajar hartanah dengan Ahyat.

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

Begitulah kisahnya di pagi 9 Ramadhan ni. 20 pesanan untuk sahabat-sahabat yang nak beli hartanah. Terlalu banyak lagi yang Ahyat nak sebut dan share. Tapi kena ambil masa. So, terima kasih sekalung budi buat semua yang setia dan istiqomah follow Ahyat. Doakan Ahyat untuk terus diberikan kekuatan dan dilorongkan ruang untuk terus menyampaikan ilmu.

DOA BUAT SAHABAT-SAHABAT

Ahyat doakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memewahkan rezeki buat anda dan keluarga anda semua. Semoga kita sentiasa dilindungi dalam rahmat Allah dan layak mendapat ganjaran kejayaan dunia dan akhirat.

SELAMAT BELAJAR!
SELAMAT BERJUANG!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp