fbpx

#NasihatAhyat (Episod 2) : Kisah 2 Beradik Tak Putus Asa Berjuang Demi Hartanah!

Pada siri segmen #NasihatAhyat untuk episod 2 ini, Ahyat telah menjalankan sesi coaching 1 on 1 dengan pasangan adik-beradik yang boleh dikategorikan sebagai pertengahan usia (middle age).

Tapi kalau korang nak tahu, semangat juang adik-beradik ini dalam memiliki portfolio hartanah sangat kuat. Mereka berniat untuk mantapkan profil kewangan mereka juga.

Kalau mereka pun boleh gigih dan masih dahagakan ilmu, kenapa korang yang muda yang masih banyak tenaga dan masa tu tak mahu ikuti mereka berdua ni?

Mereka sendiri berkata pada Ahyat : KENAPA LAH AKAK TAK TAHU ILMU NI MASA MUDA-MUDA DULU!!!

Haa, sentap tak?

Beginilah kisah Ahyat coaching 1 on 1 dengan dua adik-beradik ni. Mereka ni Ahyat anggap luar biasa kerana pada usia mereka ini, mereka masih tidak give up dan semangat nak berjuang. Beginilah kisahnya:

1. CYCLE 1 ATAU 6 PUN AHYAT BANTU.

Ada macam-macam orang yang Ahyat dah bantu. Dari cycle 1 pun ada. Yang dah lanjut cycle 5 atau 6 pun ada. Ni merujuk kepada ‘Masterplan Hartanah’ ya! Orang yang dah hadir kelas Pejuang Hartanah Komando dan kelas Pejuang Hartanah Advance akan faham apa itu konsep cycle ni. Basically, setiap cycle tu bersamaan dengan 5 tahun dan bermula dari umur 20 tahun.

2. LAGI AWAL TENTUNYA LEBIH BAGUS.

Cumanya, orang yang cycle 1 tu lebih banyak benda yang boleh buat berbanding orang di cycle 5. Tapi jangan give up. Ada je strategi yang kita boleh gunakan. Strategi berbeza untuk cycle yang berbeza.

3. KALAU DAH TERLAMBAT?

Tak ada istilah terlambat! Kalau pun terlambat, don’t give up! Ada je strategi yang boleh diguna pakai. Especially, ‘Teknik Telaga Duit’. Ini pun bergantung kepada kekuatan kewangan kita untuk menanggung beban baru ini pada tempoh yang lebih pendek berbanding orang yang dah mula cycle awal. Yang penting, Ahyat nak ulang sekali lagi, don’t give up!

4. LIBATKAN ANAK-ANAK DALAM PLANNING.

Haa! Nilah yang paling penting. Bagi mereka yang dah lanjut dalam ‘Masterplan Pelaburan’ ni, kita nak kena cepat-cepat libatkan anak-anak. Apa maksudnya? Tak semestinya anak tu dah nak kena melabur dengan kita. Tapi dah mula kena sembang-sembang dengan anak-anak tentang planning diri kita supaya tersentak secara semulajadi untuk mereka design masterplan untuk diri mereka sendiri!

5. ILMU AHYAT ADALAH HADIAH.

Ilmu Ahyat sedikit ni adalah milik Allah SWT. Tuhan pencipta sekalian langit dan bumi, dan segala yang terkandung di dalamnya! Allah titiskan sedikit ilmu ni kepada Ahyat, dan Ahyat jadi perantara menyampaikannya kepada semua student Ahyat. Ilmu ni dah jadi milik bagi sesiapa yang ada kemahuan nak belajar. Dan yang paling best, siapa yang dapat ilmu ni boleh ajar pula anak-anak sendiri dan orang-orang lain yang mereka kasihi!

6. PENYESALAN DI HUJUNG HIDUP.

Ada kajian yang telah survey ke atas orang-orang tua. Mereka tanya: “Do you have any regrets?” Jawapan mereka: “I regret of not doing enough, not investing enough and not loving enough”. Basically, mereka kata mereka menyesal sebab takut dan kerana takutlah mereka tidak buat apa yang patut semasa hidup. Jangan kita ada penyesalan ini. Dan bagi kita orang Islam yang melihat hidup ni sebagai ladang akhirat, jangan pula kita menyesal di akhirat nanti!

7. DIDIK ANAK UNTUK BUAT APA YG PERLU.

Salah satu kekuatan ‘Masterplan Pelaburan’ Ahyat ialah untuk bantu kita fokus buat apa yg perlu, bukan apa yg senang dan apa yg kita suka. Bila dah kenal pasti destinasi kewangan dalam masterplan tu, kita dah nampak dah apa yang kita perlu buat. Dan itulah selalunya perkara-perkara yang susah dan tak best! Tapi, diri kita di masa depan akan ucapkan terima kasih kepada diri kita sekarang! Inilah yang kita kena didik pada anak-anak kita.

8. JANGAN BEBANKAN HIDUP DENGAN HUTANG.

Bila dah kat cycle 5 ke atas ni kita dah kena hati-hati dengan beban hutang. Time ni kita dah nak fokus untuk kurangkan beban hutang kita. Yes, hutang tu membebankan bro! Masa kita cycle 1 sampai 4 ni nampak hutang tu macam best. Tapi bila dah hujung-hujung sikit tu, kita dah akan rasa bebannya! So, benda ni nak kena rancang di dalam masterplan kita, ya!

9. CASH KENA PROTECT! KUNGFU KENA LAIN!!

Ahyat selalu lihat geng-geng yang dah berusia ni, akan ada cash reserves yang kuat. Itupun bagi yang rajin saving la. Ada je yang RM10,000 pun takda masa umur 50 tahun! Ada yang ada RM3juta atau RM5juta! Yang ada cash tu kena pertahankan seluruh jiwa raga. Cash tu untuk kita survive di hari tua. Kalau nak main game hartanah pun Ahyat boleh suggest secara saluran lelong, flip, fix and flip dan lain-lain. Kungfu dah kena guna yang lain dah.

10. KENA REVIEW BALIK RISIKO.

Satu lagi yang Ahyat akan bantu ialah untuk review balik semua risiko dalam pelaburan hartanah bagi geng-geng yang dah lanjut cycle ni. Kita tak nak buat mistakes lagi. So, masalah credit card dan personal loan dah kena elak sejauh-jauhnya! Kemudian, nak tengok loan untuk rumah-rumah lama yang ada. Ni penting kerana ada macam-macam jenis pembiayaan dulu-dulu tu. Kena tengok kalau MRTT tu cover secukupnya dan kena tengok kalau MLTT tu tidak keterlaluan. Ingat ya, protection hanya untuk protection. Investment adalah untuk investment!

11. DOA AHYAT.

Ahyat berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan dan melimpahkan rezeki buat 2 adik-beradik ni. Begitu juga semua sahabat-sahabat pembaca Pejuang Hartanah.com yang dah masuk cycle 4 dan seterusnya, umur atas 40an dan 50an. Ahyat doakan juga sahabat-sahabat Ahyat yang berumur 20an dan 30an supaya diberikan kekuatan untuk buat apa yang perlu supaya layak dapat hasil yang luarbiasa nanti di hujung usia. Dan yang paling penting, agar kita semua jadi insan yang layak mendapat syurga Allah SWT yang kekal abadi!

SELAMAT BERJUANG!
(13 Mac 2018)

Nak belajar ilmu hartanah dan kewangan secara online? Daftar dan ikuti update di PejuangHartanah.com! KLIK DI SINI!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp