fbpx

#NasihatAhyat (Episod 6) : 1 Perkataan Mesti Dihormati Dalam Pelaburan Hartanah

Di dalam suatu seminar baru-baru ni ada student Ahyat bertanya.

Patutkah dia beli sekarang atau patut dia tunggu?

Ahyat jawab, tunggu untuk apa?

Selalunya, kalau tanya soalan macam tu, nak tunggu untuk harga turun lagilah, kan?!

Apa jadi bila “tunggu”?
Ada 2 case study daripada pengalaman Ahyat mengenai isu tunggu.

1. PERKATAAN YANG PERLU DIHORMATI: TUNGGU

Selama 16 tahun Ahyat dah invest property, Ahyat dah belajar cara untuk hormat perkataan TUNGGU.
Realitinya, kalau tunggu boleh jadi lebih baik. Kalau tunggu boleh jadi tak baik.
Takda siapa pun yang boleh menilik masa depan. Hanya Allah yang tahu.

2. CASE STUDY

★ [CASE STUDY A]
RUGI RM100K KERANA TAK TUNGGU

Ada satu kes dulu. Ahyat jual rumah teres di Klang. Masa tu jual RM500k++. Tapi ada sahabat yang tunggu 1 tahun je lagi, dia jual RM600k++. Banyak beza tu, kan? Naik RM100k! Of course, mana-mana pelabur hartanah akan rasa terkilan. Keluarlah lirik: “Patut aku tunggu!”

★ [CASE STUDY B]
UNTUNG RM100K KERANA TAK TUNGGU

Ada lagi satu kes ni. Ahyat jual kondo kat Mutiara Damansara. Masa tu jual RM1.1 juta. Tapi ada sahabat yang tunggu 1 tahun kemudian. Beza harga jual dia pun RM100k. Tapi dalam kes ni bukannya naik RM100k tapi turun RM100k! Dia pulak yang akan keluar lirik: “Patut aku tak tunggu!”

3. ALLAH DAH TENTUKAN REZEKI KITA

Berapa untung rugi kita ni, tak boleh nak terlalu berkira. Allah dah tentukan. Ada yang kita untung lebih sikit, ada yang kita untung kurang sikit, dan ada yang kita rugi. Itulah rezeki kita. Kita takkan tahu apa akan jadi bila TUNGGU. Of course, kita kena plan, kena usaha. Maksud Ahyat kita kena redha dengan ketentuan Allah.

Allah je lebih tahu apa yang sesuai untuk kita. Kalau untung lebih nanti, ada kemungkinan kita boros atau lalai dengan duit lebih tu. Kita pun tak tahu. Apa yang kita dapat tu lah yang dah terbaik utk kita. Berserah 100% dan redha dengan ketentuan Allah.

4. JANGAN TUNGGU. TAPI…

Nasihat Ahyat ialah jangan tunggu tapi bertindak. Bertindak ni bukan bermaksud terus beli. Bertindak ialah cari ilmu dahulu. Bila ilmu dah ada, kita boleh buat pertimbangan yang terbaik. Buatlah keputusan yang terbaik untuk masa itu. Jangan fikir sangat apa akan jadi kalau aku tunggu. Kalau kira-kira dah betul, bertindak je. Beli atau jual. Kalau dah nampak sesuai, beli atau jual je. Kalau tak sesuai, jangan beli dulu atau jangan jual dulu.

5. LENGKAPKAN SENJATA ILMU

Lengkapkan diri dengan ilmu kewangan dan hartanah. Bila dah cukup bekalan senjata ilmu, barulah selamat bila turun ke medan perang. Boleh elakkan kecederaan yang teruk dan boleh menang perang!

6. TAHUN 2019: PELUANG DAN PERANGKAP?

Cepat-cepatlah kutip ilmu kewangan hartanah ni, kerana tahun 2019 ni adalah tahun yang akan jadi lebih brutal tetapi menyimpan 1001 peluang rahsia! Lebih ramai orang akan kena hentam teruk tahun ini kalau tak cukup ilmu. Tapi mereka yang cukup ilmu akan berjaya merebut segala peluang-peluang hebat!

SELAMAT BERJUANG!

So, nak belajar tentang kewangan dan hartanah sebagai persediaan senjata ilmu korang?

KLIK DI SINI!!!

14 Disember 2017

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp