fbpx

#NasihatAhyat (Episod 7) : Ramai Suami Isteri Tak Sedar Bila Buat Kesilapan Ini!

Baru-baru ni Ahyat dapat bantu pasangan suami isteri yang berumur lewat 20-an. Mereka hebat kerana nak berjuang bersama untuk keluarga. Tapi, tak semua pasangan suami isteri macam ni. Semoga kisah sesi coaching ni boleh beri manfaat kepada anda yang sudah berkahwin.

Sebelum tu, Ahyat nak cakap, jangan marah dgn poin no. 6 & 7 tu! Huhu!

RAMAI PASANGAN SUAMI ISTERI BUAT KESILAPAN NI! CARA BETUL NAK SUSUN MASTERPLAN HARTANAH ADALAH…

1. ADA BERAN???

Tak ramai suami berani bawak isteri jumpa saya sekali. Dan tak ramai isteri berani bawak suami jumpa saya sekali. Ahyat boleh katakan, 7 dalam 10 yang belajar dengan Ahyat secara single, mereka takkan bawak pasangan walaupun Ahyat offer nak bantu sekali. So, Ahyat salute dengan brader ni. Dia bawak isteri bersama. Barulah senang nak cerita sekali dan planning terus.

2. BILA DAH BERKAHWIN… DAH LAIN?

Yessa! Ahyat selalu sangat cakapkan benda ni. Kalau bujang, lain nasihatnya. Kalau dah berkahwin, dah lain strateginya. Nasihat untuk orang bujang lain daripada nasihat yang Ahyat bagi kepada orang dah berkahwin. Problem akan timbul bila orang tu tak adjust strategi yang dia dah plan masa bujang, masa dia dah berkahwin.

3. KESILAPAN PERTAMA: TAK GABUNG

Kesilapan pertama yang dibuat pasangan suami isteri ialah suami buat masterplan sendiri, isteri buat masterplan sendiri. So jadinya, ada 2 masterplan. Sepatutnya ada 1 je masterplan. Dah lah income kita ni tak besar sangat, bila tak difokuskan kepada satu arah, hasilnya jadi setengah masak!

4. KESILAPAN KEDUA: TAK SEIMBANG

Kesilapan kedua ialah pembahagian tanggungan keluarga tak seimbang. 9 dalam 10 kes yang Ahyat dapati, sorang yang akan tanggung majoriti kos dan belanja keluarga itu. Sepatutnya tak boleh macam tu. Ni akan jadi berat kat dia dan ringan kat pasangan.

5. MACAM MANA NAK SEIMBANGKAN?

Sepatutnya kita senaraikan semua kos dan perbelanjaan dalam sebulan. Kemudian, suami dan isteri kena declare berapa pendapatan mereka dan buatkan ratio. Sebagai contoh, pendapatan suami RM3k dan isteri RM2k. So, semua perbelanjaan keluarga sepatutnya kena seimbangkan 60% ditanggung suami dan 40% ditanggung isteri.

6. TAK IKUT BUDAYA KITA?

Tapi kan, budaya Malaysia dan maybe kat Asia ni, tak macam tu? Kat Malaysia ni suami lah yang patut tanggung semuanya? Belanja bulanan, education anak-anak, beli property dan lain-lain. Kalau ada pun, isteri hanya topup dan tolong sikit-sikit bab barang dapur ke, baju anak-anak ke gitu. Kalau ada duit extra, isteri yang ok akan tolong kat family, isteri yang tak berapa ok akan ke Lazada! Oops!! Hehe. Tapi Ahyat kenal je ramai orang perempuan yang memang pejuang luar biasa yang menanggung keluarga dan mak ayah juga. Semoga lebih ramai yang macam tu, InsyaAllah.

7. ISTERI TAK KISAH PASAL PROPERTY

Apa yang Ahyat nampak sejak 15 tahun terlibat invest hartanah? Orang Melayu dah makin sedar pasal pentingnya pemilikan hartanah. Tapi, apa yang Ahyat bimbang, orang perempuan masih kurang sedar dan kurang tindakan. Kerana ada ayah atau suami yang akan selesaikan benda ni. Ahyat dah jumpa ramai orang perempuan. Sesetengah akan setuju pasal benda ni. Sesetengah akan jadi lebih marah. Tapi tindakan masih kurang dalam kalangan orang perempuan.

8. KUASA AJAIB SUAMI ISTERI

Kuasa ajaib ajaib yang pertama yang kita nak kena belajar gunakan ialah kuasa ajaib suami isteri. Memang banyak keajaiban boleh berlaku bila suami dan isteri bersatu. Ajaib pertama yang Allah kurniakan ialah zuriat. Ajaib kedua ialah pahala yang berlipat kali ganda bila suami isteri beribadat bersama. Dan kalaulah suami dan isteri dapat bersatu hati susun masterplan kewangan dan masterplan hartanah bersama-sama, keajaiban yang luar biasa bakal tercipta!

9. TAPI BUKAN SENANG!

Memang betul, itu bukan perkara yang senang. Suami tak nak reveal kewangan kepada isteri dan juga sebaliknya. Sedangkan nak pilih kedai makan pun boleh jadi gaduh. Nak pilih warna baju raya tahun depan pun boleh tension. Nak pilih next destinasi holiday pun boleh stress. Ni kan pula pasal duit. Isu kewangan lah jadi sebab utama pergaduhan dan perceraian suami isteri di Malaysia, malah di dunia!

10. DOA AHYAT

Ahyat berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan dan melimpahkan rezeki buat pasangan ini yang telah beri inspirasi kepada Ahyat untuk sharing ilmu ni pada pagi Isnin ni. Mereka adalah pasangan yang benar-benar luar biasa yang tekad mahu susun semula kewangan dan gigih berjuang untuk capai matlamat kewangan dan matlamat hartanah demi keluarga yang tercinta.

Doa Ahyat ini juga buat para pembaca PejuangHartanah.com yang lain. Semoga anda semua beroleh pasangan hidup yang sehati sejiwa untuk mencapai kejayaan keluarga di dunia dan akhirat!

SELAMAT BERJUANG!

Nak belajar ilmu hartanah dan kewangan secara online? Daftar dan ikuti update di PejuangHartanah.com! KLIK DI SINI!!

7 Mei 2018

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp