fbpx

#NasihatAhyat (Episod 9) : Akak Ni Tak Jadi Bersara Awal Lepas Jumpa Ahyat?

Macam-macam reaksi bila Ahyat susun masterplan.

Selesai satu lagi sesi 121 dengan alumni Kelas Advance Pejuang Hartanah. Syukur dapat design dan review masterplan beliau. Semoga bermanfaat buat anda semua.

TAK JADILAH NAK BERSARA AWAL!

1. BILA BELAJAR LAIN, 121 COACHING LAIN

So inilah biasanye reaksi students Ahyat. Dah belajar ilmu2 power tapi bila jumpa 121 coaching, feel dia lain. Bila 121 coaching ni dah jadi betul2 personal. Dah tak cerita pasal strategi dan formula dah. Kita terus zoom indivual masterplan.

2. ILMU MASTERPLAN AHYAT POWER!

Memang Ahyat paling suka tengok reaksi students2 bila diorang dapat lihat Ahyat lukiskan masterplan hartanah mereka. Masterplan ni tak pernah sama. Memang unik ikut orang tersebut. Kali ni, Ahyat suka body language student Ahyat bila dah lukiskan masterplan dia. Macam2 emosi yg terkeluar!

3. TAK JADILAH NAK BERSARA AWAL?

Student Ahyat ni dah ada beberapa rumah yg disewakan. Bila dilukiskan dalam masterplan, kita boleh lihat game sebenar. Kita dulu ada angan2 bila nak stop kerja, nak retire awal. Tapi bila dah nampak keperluan kewangan terus boleh faham apa beban yg kena tanggung di hari tua nanti. Kalau pembiayaan rumah2 kita tu dah sampai kita umur 63 dan 65 tahun, macam mana nak bersara umur 50! Bahaya tu kalau tak rancang dari sekarang!

4. 121 HANYA UTK ALUMNI

Salah satu sebab Ahyat hanya buat 121 utk students kelas advance ialah kerana coaching jadi lebih mudah dengan mereka bila ilmu2 fundamental dah ada. Dan lebih mudah nak explain kerana bahasa dan mindset sama. Kalau nak buat coaching dgn orang yg belum hadir kelas memang berat sikit.

5. TELAGA DUIT

Tak semua students Ahyat yg ada peluang utk guna strategi ni. Hanya bagi mereka yg dah ada memiliki hartanah sebelum ini. Bagi mereka yg dah ada rumah yg dibeli sebelum ni, kita boleh buat kira-kira hartanah yg terperinci. Dalam kes ni, beliau boleh cedok lebih kurang rm100k-200k drpd telaga duit mengikut keperluan.

6. TAPI TAK BOLEH MAIN CEDOK JE

Kes ni sama je dgn semua kes yg serupa. Ramai lupa bahawa bila kita nak cedok telaga duit kita tu, beban bulanan akan bertambah. Memangla syok je bila boleh keluarkan duit ajaib drpd rumah kita pada kadar yg jauh lebih rendah sumber kredit yg lain, tapi jangan lupa tangungjawab nak membela pembiayaan baru tu. Dalam majoriti kes, ROI dan cashflow boleh bertukar jadi negatif drpd dah elok2 positif sebelum ni.

7. TELAGA PUN ADA HAD UTK DICEDOK

Kalau kita dah bina pun telaga bernilai jutaan ringgit, kalau badan kita tak cukup kuat utk tanggung pun tak jadi jugak. Semuanye pasti berbalik kepada kekuatan dan kemampuan kewangan kita. Pihak bank tetap akan sandarkan kepada keupayaan kita utk bayar semula. Kalau dah tak mampu, telaga berjuta ringgit pun tiada makna sesen pun!

8. MAKSIMAKAN SETIAP RINGGIT

Ini selalu jadi nasihat Ahyat utk semua sesi 121. Kita nak kena maksimakan apa yg kita ada. Setiap ringgit tu kena pastikan dimaksimakan. Kadang2 kita tak perasan apa lagi yg boleh dimaksimakan. Adakah rumah yg kita ada tu boleh dicedok telaga duitnye. Adakah rumah yg dimiliki tu dah dimaksimakan sewanye. Adakah duit yg kita ada tu dah invest yg terbaeks utk kita. Adakah perbelanjaan utk MRTT MLTT kita itu berbaloi. Adakah ada apa2 selain hartanah yg jua tidak sempurna yg boleh kita maksimakan. Rugi kalau tak boleh maksimakan!

9. JANGAN LANGGAR FINANCIAL RULES

Ramai orang hartanah akan hanya cerita tentang hartanah. Tapi realitinye segala keputusan hartanah adalah keputusan kewangan. Dan ramai yg langgar financial rules. Sebagai contoh kita ni buat hutang banyak2 nak beli rumah tapi tak jaga risiko kepada diri kita n family. Tak fikirkan apa akan jadi kpd harta itu kalau apa2 jadi kat kita. Tak fikir risk sebelum nak kejar ganjaran.

10. RADAR HARTANAH KE NI?

Ahyat cadangkan fokus radarhartanah kepada kawasan northwest GKL: Greater KL. Kenapa? Kerana dah study COG1 dan COG2 student Ahyat ni. So boleh zoom dan focus betul2 kat western corridor GKL yg sekarang ni memang sedang nak menggelegak. Dalam planning tu terjumpa pulak satu lagi COG3 di Utara KL. Pun boleh consider. Yg penting, COG ni hanya dapat bantu dari segi focus kita. Tapi akhirnye kena semak entry dan jugak exit plan.

11. BILA DAH ADA TARGET SENANG

So dalam action plan yg Ahyat sediakan, lebih mudah kita nak plan apa nak buat dan apa nak target. Kita pun dah tahu apa yg mampu dengan selamat. Dan tak akan bebankan dan buatkan hidup terseksa. Inilah yg paling penting. Tak guna nak kejar ganjaran yg belum tentu dapat dan pada masa sama letakkan diri dalam bahaya.

12. STUDENT YG TAHU APA YG DIA NAK

Student memang luarbiasa. Dia tahu apa yg dia nak. Dan dia agresif. Tak pedulikan apa cakap orang. Sanggup sewa rumah tapi dah memiliki 3 rumah sewa. Tak ramai aweks macam ni. Memang Ahyat salute! Kewangan pun ok. Sekarang ni Ahyat cabar utk perkemaskan lagi dalam beberapa action plan yg diberi.

JOM BELAJAR!

Ramai nak 121 dgn Ahyat tapi hanya terbuka kepada students2 advance Ahyat. Ramai yg dah belajar ilmu2 fundamental dalam program2 seperti Mega Pejuang Hartanah (MPH). Tapi masih perlu dapatkan ilmu2 lanjut dalam kelas2 advance. Kalau ada yg ready nak upkan game anda dan belajar lagi ilmu hartanah yg lebih power boleh komen: SAYA NAK!

SELAMAT BERJUANG!

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp