fbpx

Negeri Manakah Paling Banyak Transaksi Jual Beli Rumah Teres Di Malaysia?

Setiap tahun, pasaran hartanah negara akan meningkat atau menurun berdasarkan pelbagai faktor seperti misalnya keadaan ekonomi semasa, polisi terkini oleh pihak kerajaan dan pihak bank yang menyediakan pinjaman perumahan, serta jumlah kewujudan projek-projek baru oleh pihak pemaju.

Kerancakan pasaran hartanah juga berbeza-beza bagi setiap negeri di Malaysia dan sudah pasti ada negeri yang mencatatkan bilangan transaksi jual beli rumah yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain.

Secara perbandingan juga, anda mungkin menyangkakan harga rumah (mahal atau murah) mempengaruhi pasaran hartanah, namun bergantung juga kepada saiz dan lokasi negeri berkenaan dan aktiviti ekonominya juga memainkan peranan secara tidak langsung.

Di sini team Pejuang Hartanah, melalui segmen Radar Hartanah ingin menunjukkan senarai top 16 negeri-negeri di Malaysia (termasuk 3 Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) bagi rumah teres jenis intermediate dan berdasarkan bilangan transaksi jual beli.

Data yang diambil adalah bagi tempoh 1 tahun yang terkini. Turut dimasukkan dalam senarai ini ialah harga median rumah (harga tengah) dan harga median psf untuk rumah-rumah di negeri terbabit.

Jom kita lihat:

SENARAI KEDUDUKAN NEGERI DI MALAYSIA BAGI RUMAH TERES JENIS INTERMEDIATE BERDASARKAN JUMLAH BILANGAN TRANSAKSI

#16 PUTRAJAYA

Bilangan transaksi: 18
Harga median: RM750,000
Psf: RM439

#15 LABUAN

Bilangan transaksi: 37
Harga median: RM350,000
Psf: RM339

#14 PERLIS

Bilangan transaksi: 119
Harga median: RM165,000
Psf: RM189

#13 KELANTAN

Bilangan transaksi: 403
Harga median: RM150,000
Psf: RM197

#12 TERENGGANU

Bilangan transaksi: 495
Harga median: RM185,000
Psf: RM214

#11 SABAH

Bilangan transaksi: 807
Harga median: RM330,000
Psf: RM313

#10 KUALA LUMPUR

Bilangan transaksi: 853
Harga median: RM700,000
Psf: RM541

#9 PAHANG

Bilangan transaksi: 1,148
Harga median: RM200,000
Psf: RM218

#8 MELAKA

Bilangan transaksi: 1,285
Harga median: RM180,000
Psf: RM208

#7 SARAWAK

Bilangan transaksi: 1,373
Harga median: RM287,366
Psf: RM270

#6 PULAU PINANG

Bilangan transaksi: 1,514
Harga median: RM350,000
Psf: RM289

#5 NEGERI SEMBILAN

Bilangan transaksi: 2,098
Harga median: RM198,000
Psf: RM212

#4 KEDAH

Bilangan transaksi: 2,228
Harga median: RM150,000
Psf: RM194

#3 PERAK

Bilangan transaksi: 3,630
Harga median: RM168,000
Psf: RM187

#2 JOHOR

Bilangan transaksi: 6,983
Harga median: RM360,000
Psf: RM315

#1 SELANGOR

Bilangan transaksi: 7,649
Harga median: RM450,000
Psf: RM371

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (27 Februari 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Setiap negeri.
3.3. Jenis: Teres.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: All prices.
3.6. Tempoh: 1 year.
4. Sumber gambar : Wikipedia.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp