fbpx

Orang Melaka Tahu Tak Ni?

Apa tu Rumah Peduli & Rumah Berkat?

Nampaknye kerajaan negeri Melaka betul2 serius bantu merumahkan rakyatnye. Ada 2 skim menarik khas utk orang miskin tegar dan anak2 muda di sana. Benda yg bagus ni nak kena sampai2kan. Mana lah tahu ada yg tak tahu..
.
Rumah Peduli

1. Rumah Peduli ni khas utk orang miskin tegar yg ada tanah sendiri. Pemilihan permohonan diselia oleh LPM: Lembaga Perumahan Melaka

2. Dilaporkan bahawa kerajaan negeri Melaka rancang bina 60 buah rumah peduli di seluruh negeri Melaka. Disediakan peruntukkan rm3juta utk bina rumah2 ni pada kos rm30k.

3. Saiz rumah ni lebih kurang 750 kaki persegi. Menurut poster rasmi mereka dalam artikel bertarikh 9 Mac ada 2 spesifikasi: 1. Rumah 3 bilik tidur 2 bilik air pada harga rm37,500 dan 2. Rumah 2 bilik tidur 2 bilik air pada kos rm30,000 yg dibiaya 100% oleh kerajaan negeri Melaka.

4. Semalam 10 June dah ada penyerahan Rumah Peduli di Lipat Kajang Melaka. Rumah2 tu dibina pada kos rm40k. Berbeza drpd laporan akhbar sebelum ni. Tapi still considered murah la kan.

Rumah Berkat

1. Belia baru berkahwin bawah 35 tahun boleh mohon utk Rumah Berkat di Melaka.

2. Dalam artikel berita rujukan 1 bertarikh 21 Februari dikatakan Kerajaan Negeri Melaka menerima 40 permohonan dan pembinaan utk 30 unit di Pokok Mangga sepatutnye bermula April lepas.

3. Kadar sewa pada rm150 sebulan dan tempoh maksima sewaan adalah 3 tahun. So belia baru berkahwin ada ruang utk mengumpul kekuatan kewangan mereka dalam tempoh ini supaya mampu cari rumah sendiri nanti.

BAGUSLA KERAJAAN MELAKA NAK TOLONG.. TAPI JANGAN BERGANTUNG SEMATA2 KEPADA PERTOLONGAN ITU..

So bagus la kan bila kerajaan nak bantu rakyat. Itu kan tugas kerajaan. Tapi kan, tugas kita macam mana? Tugas kita mesti bantu diri sendiri kan. Bagi mereka yg ada kemampuan utk berjuang gigih dan gagah apa kata kita bantu diri sendiri dan beri peluang mereka yg benar2 susah dibantu kerajaan.

Ahyat doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan dan memberikan kekuatan bagi kita berjuang meningkatkan kekuatan ekonomi diri kita n keluarga!

SELAMAT BERJUANG!

Rujukan:
1. Harian Metro 21 Feb
https://www.google.com/…/s/www.hmetro.com.my/node/425758/amp
2. Melaka Kini 9 Mac
https://www.google.com/…/rumah-dibiayai-100-daripada-k…/amp/
3. The Edge Markets 10 Jun
http://www.theedgemarkets.com/…/emulate-melaka-building-rum…—-pm?type=malaysia

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp