#PagiPower (Episod 9) : Wajib Buang 3 Benda Ni Sempena Tahun Baru 2019.

Seiring dengan perjalanan masa, kita telah meninggalkan tahun 2018 dan melangkah ke dalam tahun 2019.

Setiap kali tahun baharu, itulah titik permulaan untuk kita membuka babak baharu di dalam hidup.

Bayangkan, ada 365 hari dalam setahun, maka ada 365 lembaran yang bakal kita lakarkan sepanjang tahun.

Pasti korang ingin melakarkan lembaran-lembaran ini dengan perkara-perkara yang indah dan positif.

Jika kita isi tahun 2019 dengan lembaran yang baik, ianya akan menjadi pemacu untuk kita lebih laju dalam menuju kejayaan dan sudah pasti apabila kita melangkah lagi pada tahun-tahun baharu yang akan datang, ia akan menjadi momentum yang bakal menjadi motivasi untuk diri sendiri.

Jadi macam mana nak lakarkan lembaran baharu pada tahun baharu?

Sebelum kita mula, kita kena buang 3 benda sempena tahun 2019.

Buangkan 3 benda negatif ini jauh-jauh di belakang daripada hidup korang:

1. Objek-objek yang tak berguna dan sampah di sekeliling.
2. Memori yang menghalang kejayaan.
3. Kesilapan dan kegagalan masa lampau.

Sila lihat video siri #PagiPower episode 9 ni. Jom!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: