fbpx

Patut Tak Saya jual Rumah Saya? Saya Ada Personal Loan RM100K

1. Baru baru ni ada seorang akak ni jumpa Ahyat. Dia mintak nasihat. Dia kerja gomen. Umur dah 40an. Ada lebih kurang 15 tahun lagi nak bersara.

2. Soalannye jelas. Dia nak tanya, patut tak dia jual rumah dia? Jawapan saya mudah: kita nak jual rumah ni bila ada keperluan. Kadang2 nak kira kira ROI ni dah tak boleh gunapakai bila nak buat keputusan nak jual rumah. Kadang kadang memang nak kena jual kalau anak nak naik universiti, nak kenduri, nak modal bisnes, nak bayar kos perubatan, etc.

3. Akak ni kata dia nak jual kerana ada hutang personal loan rm100k. Ahyat tak terkejut. Dah biasa jumpa orang kerja gomen kalau dah umur 40an, memang dah boleh expect diorang dah ada 1 atau lebih personal loan lebih rm100k.

4. Nak pendekkan cerita, rumah tu kalau jual dapatlah cash rm120k. Kalau setel hutang personal loan rm100k. Dan rm20k tu utk beli rumah baru.

5. So akak ni ada 2 bijik rumah. Satu rumah yg dah disewakan dan satu lagi yg dia duduk. Rumah yang dia sewakan tu pulak ROI rentalyield dia tinggi hampir 13%. Sebagai perbandingan, ROI tahunan untuk ASB lebih kurang 7-8%. Bagi Ahyat, rumah sewa tu adalah aset berharga bagi akak ni. Bukan senang nak dapat ROI dua digit zaman sekarang dan positive cashflow. Ini pun kerana dia beli dah lama.

6. Bila dengar macam tu, akak ni jadi dilema pulak. Tak nak jual. Rasa sayang nak jual. Dalam keadaan emosi, fakta dan nombor jadi faktor yg berkesan untuk bantu dalam buat keputusan. Itu sebabnye nasihat Ahyat dari awal: kita jual rumah bila ada keperluan. Kalau takde keperluan tak perlu jual. Kalau ada keperluan, jual je. Dah tak boleh kira ROI kadang2. Kerana hanya kita yang tahu apalah keperluan yang memerlukan itu.

7. Ahyat pun cerita bahawa tak perlu jual pun rumah tu untuk kita dapat kan duit yang diperlukan. Ada je teknik rrrambo. Ada 3 r tu kerana ada 3 teknik tu. Dengan cara ni lah boleh chedok telaga duit untuk kegunaan kita. Itu pun kalau dah buat kira kira hartanah elok elok. Adakah profail kewangan kita cukup untuk tanggung beban komitmen baru bulanan atau adakah cash flow rumah sewa tu jugak akan terganggu.

8. Satu lagi yang kena semak ialah kadar faedah untuk personal loan tu. Kalau kita gunakan hutang rumah untuk cover hutang personal loan, kena pastikan ada keuntungan dari segi kadar faedah tu.

9. Setakat itu sahaja yang Ahyat dapat bantu kerana tak dapat maklumat lengkap. Lagipun ni pertanyaan lepas event raya di Twinpalms baru2 ni. So tak dapat banyak masa. Kalau students students n alumni program pejuang hartanah advance akan dapat lebih banyak masa dan bertemu beberapa kali so lebih banyak yang boleh dibincang dan disemak betul betul. Bahaya bila nak bagi nasihat kalau tak cukup maklumat atau maklumat tak lengkap kan.

Semoga sahabat sahabat sekalian sentiasa dilindungi Allah supaya tidak tersepit dalam keadaan yang memaksa kita jual aset berharga. Tapi kalau dah keadaan memerlukan, tak perlu lagi lah nak mengira ROI kerana sudah tiba masanye untuk kita lepaskan aset itu supaya kita dapat lepaskan diri daripada satu satu masalah hidup. Tapu hanya lakukan sekiranye sudah study semua opsyen2 lain dan buat kira kira yang terperinci.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp