fbpx

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Ramai yang masih keliru dengan pengecualian daripada dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah apabila seseorang menjual hartanah nya.

Punca kuasa untuk LHDN mengenakan cukai datang dari Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Yang fleksibel DAN boleh berubah ubah ialah KADAR Cukai yang dikenakan. Biasanya ia bergantung kepada keadaan pasaran hartanah semasa atau keadaan ekonomi negara.

Kadar yang tekini selepas 5 tahun pegangan, tetap di kenakan cukai atas keuntungan sebanyak 5%.

Penjual dibenarkan untuk menolak kos kos yang dibenarkan seperti duti setem, kos guaman dan kos baikpulih yang “genuine “ dan ada resit bayaran( tetapi untuk kos baikpulih ini, hak menerima pakai kos itu masih dalam bidangkuasa LHDN)

Dalam ertikata lain, keuntungan yang dikenakan cukai ialah “untung bersih” menurut pemahaman LHDN (bukan menurut pemahaman anda).

PENGECUALIAN :

Ramai juga yang keliru dan bertanya apakah Penjual boleh memohon pengecualian CKHT sekali seumur hidup itu bila menjual tanah lot banglo atau tanah pertanian atau kilang atau kedai…

JAWAPANNYA:

HANYA pelupusan KEDIAMAN PERSENDIRIAN yang boleh dipohon.

Individu warganegara atau permastautin BOLEH memohon pengecualian CKHT di bawah Seksyen 8 AKTA CKHT atas keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan KEDIAMAN PERSENDIRIAN nya.

KEDIAMAN PERSENDIRIAN adalah bangunan atau sebahagian dari bangunan di Malaysia yang di miliki oleh INDIVIDU dan diduduki atau disahkan LAYAK UNTUK DIDUDUKI sebagai tempat kediaman.

PENGECUALIAN tidak diberi untuk pelupusan (penjualan) kediaman persendirian seterusnya jika hak ini telah dimohon dan diluluskan oleh Unit CKHT LHDN.

RINGKASNYA, ia mestilah :

1. Rumah kediaman persendirian
2. Pemilikan individu
3. Bangunan
4. Perlu di MOHON secara bertulis
5. Warganegara atau permastautin tetap
6. Hanya sekali sahaja seumur hidup

Maklumat tambahan, LHDN juga minta pelupus kemukakan dan lampirkan bil elektrik dan air rumah berkenaan semasa permohonan di hantar.

Nov 28,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp