fbpx

Penjawat Awam Boleh Shopping Hartanah!


Pasangan bukan penjawat awam pun boleh join?

1. LPPSA target nak keluarkan pembiayaan sebanyak rm12 billion tahun ni. Dilaporkan setakat ni dah keluarkan rm6 billion kepada 20,000 penjawat awam. Lebih kurang rm300k seorang. (Rujukan 1)

2. Dilaporkan bahawa setiap tahun, LPPSA akan luluskan lebih kurang 40,000 permohonan. So target rm12 billion tu memang on track lah. LPPSA ada total 800,000 pemilik akaun yang aktif sengan jumlah pembiayaan sebanyak rm70 billion. (Rujukan 2). Hampir 50% penjawat awam sudah ambil pembiayaan dgn LPPSA. Total penjawat awam 1.7 juta. (Rujukan 3)

3. Yang buat Ahyat tertarik ni kerana kali ini LPPSA ada buat kolaborasi dgn BSN dan Bank Islam. Skim ini akan benarkan pasangan yang bukan penjawat awam untuk menampung baki yang tak mencukupi untuk beli rumah mampu milik.

4. Sebagai contoh, rumah yang nak di beli memerlukan pembiayaan rm500k. Kelayakan si suami yang penjawat awam hanya rm300k. So isteri boleh dapatkan pembiayaan rm200k untuk menampung keseluruhan nilai rumah tu. (Rujukan 1)

5. So bagus la kan penjawat penjawat awam dapat pembiayaan khas daripada LPPSA ni. So yeay! Jom kita shopping hartanah! Tapi tunggu dulu! Pembiayaan dah ready tu bagus la. Kita ni yang nak menanggungnye dah ready ke belum! Jangan seronok sangat nak buat hutang ye. Hutang ni boleh bantu kita beli rumah idaman kita. Tapi hutang jugak boleh buat hidup merana! So kena buat kira kira hartanah dulu. Kena kira berapa layak berapa mampu berapa selamat dulu!

6. Bila dah buat kira kira elok elok tu belum selesai lagi tugas kita. Kena pilih rumah yang betul untuk kita. Jangan main bedal je apa apa rumah. Nak pilih rumah yang paling sesuai untuk kita ni kena cari ilmunye dulu. Silap silap nanti, beli rumah tapi bukannye jadi lebih happy tapi jadi lagi horror! Tersilap beli rumah ni tak kelakar. Sekali beli ikat mati 30 tahun wo!

7. Kalau anda ada kenal sahabat sahabat yang kerja sebagai penjawat awam, share kan posting Ahyat ni kat diorang. Dan mintak diorang baca poin 5 dan 6 tu. Ahyat nak bantu diorang. Tapi tak mampu nak buat 1to1. So Ahyat akan bantu diorang ramai ramai serentak di MPH: Mega Pejuang Hartanah pada Sabtu 24 Ogos ni. Modal nye kecik je banding dengan ratus ratus ribu yang boleh rugi kalau tersilap beli rumah tu. Setuju tak!

Kalau ada yang nak Ahyat bimbing untuk buat keputusan yang betul dalam hartanah, Ahyat bagi link untuk program MPH kepada yang komen: SAYA NAK!

Ogos 8,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp