fbpx

Perancangan Cukai – Beli Kereta Atas Nama Syarikat

PERNIAGAAN korank dah SDN BHD ? ke masih ENTERPRISE ? ?

Dah ada AUDIT REPORT 2 tahun ? jika ada means syarikat korang mesti dah 3 tahun !

Dah layak buat pinjaman nihh ….ahaaa

Apa yang MJ share nih hanya applied kepada Syarikat SDN BHD ya, untuk ENTERPRISE tak boleh dapat PELEPASAN

 

– INITIAL ALLOWANCE & CAPITAL ALLOWANCE –

Bab kereta nih memang menjadi keperluan kepada syarikat utk kegunaan STAFF atau PENGARAH…

Kalau kita tengok usahawan-usahawan banyak yang berkereta mewah tu actually boleh dapat pelepasan cukai part Elaun Permulaan dan Elaun Modal tu…

Tapi jangan pulak ingat boleh dapat semua jumlah harga kereta yang di beli !

ELAUN PERMULAAN & ELAUN MODAL ni tak layak untuk pembelian kereta di bawah kapasiti INDIVIDU.

PELEPASAN ini terhad kepada RM50,000 & RM100,000 mengikut 5 keadaan sama ada pembelian

1- Kereta BARU RM100,000 ke bawah
Pelepasan RM100,000 atau sama

2- Kereta BARU RM100,000 – RM150,000
Pelepasan RM100,000

3- Kereta BARU RM150,000 ke atas
Pelepasan RM50,000

4- Kereta 2nd HAND RM50,000 ke bawah
Pelepasan mengikut harga kereta max RM50,000

5- Kereta 2nd HAND RM50,000 ke atas
Pelepasan RM50,000

Haaa jadi kalau nak senang nampak maksima kereta untuk pelepasan RM100,000 adalah maksima boleh beli kereta Camry/Honda Civic… Kalau RM150,000 ke atas hanya dapat pelepasan RM50,000….

So Usahawan pandai-pandai lah pikir nak beli kereta apa supaya manfaat kan RM50,000 & RM100,000 pelepasan tuh…

MJ dapat lah selit bagi Mak Honda City..eheee…

Staff pun dapat pakai kereta syarikat kan…Staff suka lah dapat kereta kan.. Bagi mereka happy dengan kita pun dapat buat Taxes Planning

Tapi tuntutan pelepasan kena ikut tahun ya..

Tahun pertama – Initial Allowance 20% + Capital Allowance 20%

Tahun kedua – Capital Allowance 20%

Tahun ketiga – Capital Allowance 20%

Tahun keempat – Capital Allowance 20%

So, selamat berfikir lah ya !

Sept 29,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp