fbpx

Perfection 2.0 Kepada Pembeli Hartanah

Kepada pembeli pembeli hartanah yang beli dari Pemaju beberapa tahun dulu, jika mendapat makluman bahawa hakmilik individu/strata sudah dikeluarkan, sila uruskan dengan segera.

Pemaju dan Peguam yang uruskan jualbeli dan Peguam loan bank dahulu, akan hubungi anda. Surat akan dikeluarkan. Kalau tak dapat dapat surat, kemungkinan anda yang sudah berpindah dan tiada makluman kepada Pemaju atau Peguam. Salah satu sebabnya ialah anda dah berpindah ke rumah baru tapi alamat yang dinyatakan atau dimaklumkan pada mereka semasa anda membeli, ialah alamat yang anda duduk semasa itu.

Kenapa perlu buat perfection:

1. Pendaftaran dalam suratan hakmilik adalah ultimate;

2. Kalau buat carian tanah, nama anda tak ada. Yang ada nama Pemaju;

3. Kalau Pemaju besar, ia mungkin kekal lama. Kalau Pemaju “one off”, mungkin akan tutup dan nanti ada terkapai2 mencari Pemajunya. Ada kes yang Pemaju nak tutup kerana masalah bisnes atau kerana Pengarah nak bersara, nanti siapa nak sign Borang Pindahmilik.

4. Isu perwarisan, urusan turunmilik
Jadi lama kerana nak lalui steps bicara kuasa dan proses pindahmilik

5. Mudah sikit urusan jualbeli. Kalau dah ada geran tapi tak masuk nama, lepas tu nak jual, kena lalui 2 kali proses pindahmilik, melainkan Pemaju setuju buat direct transfer. Ia bukan otomotik direct transfer. Ada Pemaju berpendirian”kenapa aku perlu ada kena mengena dengan Pembeli baru. Kontrak penjualan aku hanya dengan Penjual tu”.

6. Mempercepatkan urusan kalau nak refinance.

7. Kalau Pemaju setuju untuk direct transfer pun, kalau hartanah ada sekatan kena minta consent, Pemaju kena buat permohonan BATAL GANTI untuk batalkan nama Penjual dalam BLANKET CONSENT dan mohon pada state untuk masukkan nama Pembeli. Ini bukan boleh siap seminggu.

8. Takut takut geran hilang atau tak jumpa. Semasa ada, baik uruskan segera. Nak mohon ganti geran hilang bukan kerja seminggu.

9. Peguam jemu nak simpan geran yang diserah Pemaju lama. Nanti kalau caj storage fee jadi isu. Pemaju pun tak nak simpan lama lama. Baik anda yang simpan kalau beli cash atau bank yang simpan kalau anda ambil loan.

Untuk buat perfection memang ada legal kos dan bayar duti setem untuk pindahmilik.

Tarikh: Julai 4, 2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp