Perlu Beli Atau Sewa?

Kita memang perlu memiliki rumah di tanah air sendiri, tetapi kita kena kaji persoalan ini “Perlukah Kita Beli atau Sewa Sahaja?”
Ini kerana tidak ada SALAH dengan SEWA!
Baik terus menyewa dari terbeli yang SALAH! Baik terus menyewa dari terbeli RAKSASA PENYEDUT DUIT!
Kadang² kita menyewa ni nak kumpul kekuatan kewangan sebelum kita betul² mampu nak beli. Mungkin juga kita baru meniaga, masih muda dan nak ambil satu langkah kebelakang terlebih dahulu sebelum maju dengan 2 langkah ke depan.
Dan kalau beli, kita nak beli aset. Kita mesti ingat, hartanah tidak sentiasa berkelakuan seperti aset! Boleh jadi berkelakuan as liabiliti.
Dah beli, tapi cashflow pula negatif. “Tak apa Ahyat, kawasan ni ada LRT nak naik!”
Persoalannya sekarang perlu ke sampai cashflow negatif? Sanggup?
Jelas ya, Ahyat tak kata salah. Ahyat ulang perlu atau tak?
Nak beli pun kena faham betul² booster tu.
Faham ke faham sangat tu?
Jun 21,2021

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: