fbpx

Ramai Tak Tahu Berapa Dia Mampu!


4 perkara yang anda kena tahu tentang mampu..

Ni antara punchline yang mengejutkan semua yang hadir sesi Ahyat dalam program MyRumah di Aeon Mall Melaka semalam..

1. Tak tahu kedudukan kewangan mereka

8 dalam 10 orang Malaysia sebenarnye tak tahu kedudukan kewangan mereka. Ramai tak tahu berapa income dan expenses mereka. Ramai tak tahu berapa aset dan liabilities mereka. Macam mana nak cerita pasal hartanah kalau tak tahu 4 perkara ni?

 

2. Bahaya tak tahu apa mampu

Ramai beli rumah yang dia layak. Tapi dia tak mampu! Kebanyakan orang yang sedang hadapi masalah dalam hartanah kerana mereka tak buat kira kira hartanah yang betul. Rupa rupenye rumah yang diorang layak tu sebenarnye diorang tak mampu.

 

3. Belanja lebih daripada pendapatan

Memang pelik dan ajaib.. tapi inilah realitinye sekarang. Ramai yang belanja daripada pendapatannye. Tapi tak logik la kan. Mana mungkin boleh belanja lebih daripada pendapatan. Ramai yang gunakan hutang kad kredit atau personal loan untuk biaya gaya hidup berlebihan. Kumpulan inilah yang paling bahaya!

 

4. Aset tak cukup nak tutup hutang

Kumpulan yang paling tidak selamat ialah yang banyak hutang tapi sikit je aset. Keadaan nilah yang paling bahaya. Kalau apa apa jadi, aset aset yang dia ada tak cukup nak kaver hutang hutang dia yang berlebihan tu. Keadaan selamat ialah apabila aset melebihi hutang. Apa apa jadi kalau pendapatan kita terhenti kerana kena buang kerja atau bisnes drop, atau sakit atau accident.. aset aset kita cukup untuk kaver hutang hutang kita.

Begitulah perkongsian Ahyat dan banyak lagi dalam sesi Ahyat di MyRumah semalam. Terima kasih NSTP kerana sudi jemput Ahyat n sahabat sahabat. Sampai keluar gaya gaya kekuda bersilat saya di Melaka. Terima kasih kepada yang ramai hadir belajar dan sapot semalam.

Ahyat dan team sedia bantu anda semua untuk buat kira kira hartanah dengan betul supaya dapat tahu berapa sebenarnye yang layak, mampu dan selamat!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp