fbpx

Robot Kacau Pasaran Hartanah? Serius Tak Pernah Terfikir!

1. Ramai terkejut satu repot baru baru ni yang melaporkan bahawa 1 dalam 5 pekerjaan di seluruh dunia akan diambil alih oleh robot dalam masa 5 tahun. Ini hasil daripada CIO Survey oleh KPMG. (Rujukan 1)

2. Ramai lihat kesannye kepada pekerjaan. Kerja kerja repititive dan dianggap low skilled akan digantikan dengan robot yang lebih cekap dan kuat. Ancaman besar kepada segmen populasi negara kita dan bila robot robot menakluki seluruh dunia nanti.

3. Apa kesannye kepada hartanah? Salah satu booster yang Ahyat suka ialah booster pekerjaan. Boleh datang daripada pejabat pejabat atau kilang kilang. Permintaan sewa daripada pekerja pekerja kilang ni antara booster yang kuat sekarang. Kerana mereka ramai dan selalunye nak duduk dekat dekat je. Tapi apa yang akan berlaku bila mereka diganti dengan robot?

4. Pada pendapat Ahyat, revolusi robot ni maybe ye betul akan berlaku di seluruh dunia, tapi akan ambil masa di Malaysia. Namun, geng geng hartanah nak kena fikir fikirkan perkara ni supaya bersedia dalam jangka masa menengah dan panjang.

5. Apa pulak peluang peluang nye? Memang kerja kerja buruh ni akan dirampas oleh robot. Tapi kerja kerja baru akan berleluasa. Malah sekarang ni ada beberapa bidang kerja yang dalam keadaan kronik tak cukup tenaga kerja! 3 bidang ni memang paling berharga zaman sekarang menuju ke future: (Rujukan 2)
5.1 AI: Artificial Intelligence
5.2 Cybersecurity
5.3 Data Analytics

6. Hanya 16% syarikat syarikat diseluruh dunia sudah aplikasikan AI dalam sekurang2nye 1 proses perniagaan merek. Keperluan bidang2 ni terlalu tinggi dan tidak mencukupi. Malah ini dianggap penghalang untuk dunia terus moden dan semakin maju.

7. Bagi Ahyat ini lah peluang terbesar nanti dari segi hartanah. Nak menyediakan rumah rumah untuk memenuhi keperluan pekerja pekerja dalam bidang high tech ni berbeza dengan nak sediakan rumah untuk pekerja pekerja kilang.

8. Dan bagi ibubapa, bagaimanakah anda akan bantu anak anak anda untuk bersedia untuk revolusi robot ni?

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp