fbpx

Saya Sangkut Nak Beli Rumah Ketiga


Sebelum nak strategi ajaib, baca poin 9 tu dulu!

Lepas sesi Ahyat di Ekspo Myrumah di Kuantan Sabtu lepas, ada sorang abang ni datang jumpa Ahyat. Dia mintak nasihat. Dia nak beli rumah yang ketiga. Tapi sangkut kerana syarat bank kena siapkan 30% deposit untuk rumah ketiga.

1. Rumah pertama dan kedua masih boleh dapat pembiayaan 90%. Rumah ketiga hanya dapat 70%. Maknanye kena siapkan deposit 30%. Kalau rumah rm500k, deposit tu 150k! Belum masuk kos-kos transaksi yang lain!

2. Sebelum nak belajar teknik-teknik ajaib untuk elak beban ni, kena faham dulu kenapa syarat ni diperkenalkan. Kerajaan pada satu ketika, melihat pasaran hartanah semakin hangit dan mahu reda kan aktiviti-aktiviti spekulasi. Adakah polisi ini berjaya untuk perlahakan pasaran hartanah? Jawapannye: YA! Memang ramai la yang sangkut kat rumah ketiga.

3. Memang ada caranye nak elakkan terkena halangan ni. Untuk kes abang ni, dia explain bahawa dia ada 2 rumah. Rumah pertama joint nama bersama isteri dan pembiayaan pun join nama. Rumah kedua nama dia sorang dan pembiayaan dia sorang. Kalau nak beli rumah yang seterusnye tu memang maksima dapat 70% je pembiayaan. So kenalah siapkan 30% deposit.

4. Cadangannye dia boleh pindah nama rumah pertama atas kasih sayang kepada isteri dan isteri kena ambil pembiayaan baru. So rumah yang suaminye nak beli tu akan dianggap sebagai rumah kedua atas nama suami.

5. Kalau nak buat macam ni, kena tengok 2 perkara. Yang pertama, adakah isteri boleh tanggung beban komitmen bank bulanan secara seorang diri. Abang ni diam je tak jawap Ahyat. So Ahyat tak pasti la kalau boleh.

6. Dan yang kedua, kalau pun isteri boleh tanggung loan tu sepenuhnye, siapa kata bank akan pasti bagi pembiayaan 90% kepada si suami tu tadi walaupun dianggap rumah kedua. Kalau kewangan kita tak chanteks, silap-silap bank memang offer je 80% atau lagi rendah kepada si suami. Susah je nak refinance kat isteri kan.

7. Borak punye borak, saya tanya abang ni kerja apa. Dia kata dia penjawat awam. Kat sini lah untungnye abang ni. Dan dia kata dia tak pernah ambil loan LPPSA lagi. So Ahyat nasihatkan ambil je loan LPPSA utk rumah ketiga kerana boleh dapat 100%. Inilah strategi yang hanya boleh digunapakai penjawat awam. Itu pun kena double check dgn team LPPSA untuk maklumat lanjut.

8. Satu amaran dalam bab pembiayaan rumah ni, kena hati-hati ye. Syarat-syarat dan polisi-polisi ni selalu berubah. Dan berbeza ikut bank berbeza. So apa-apa planning pun kena reconfirm dengan banker.

9. Tapikan, sebelum nak sembang pasal pembiayaan bank, sebelum nak guna teknik-teknik ajaib, Ahyat nak kena tanya dulu 1 soalan penting. Dah buat kira0kira hartanah ke belum? Dah kira-kira diri sendiri? Dah kira-kira untuk isteri? Dah kira-kira berapa layak berapa mampu berapa selamat? Kalau belum tahu kira-kira tu semua, jangan letakkan diri dalam bahaya hanya kerana nak beli rumah ketiga tu.

10. Lepas dah kira2 diri sendiri, Ahyat nak kena tanya lagi. Dah kira2 rumah yang kita nak beli tu? Berapa mv market value? Berapa bmv below market value. Kalau tak bmv zaman sekarang ni takyah beli kot. Banyak lagi choice kat luar sana tu. Berapa roi?

11. Kalau semua ni dah kira, barulah boleh sembang nak beli guna pembiayaan mana. Kalau kira-kira ni tak lepas, jangan cerita lagi pasal nak beli hartanah. Bahaya wo!

12. Tapikan, ada 1 solution lagi untuk selesaikan sangkut beli rumah ketiga ni. Pastikan pendapatan kita banyak. Pastikan duit simpanan kita banyak. Sampai tahap yang nak bayar 30% deposit tu dah tak jadi masalah. Ni la penyelesaian paling pawer! Setuju ke sangat setuju! Huhu!

Sept 23,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp