fbpx

Sebelum Apply Loan Rumah, Baca 6 Tips Asas Ni Dulu!

Sebelum nak beli rumah dengan menggunakan kemudahan loan oleh pihak bank, apa kata korang hadamkan tips di bawah ni dulu.

Untuk yang tak tahu, boleh belajar tips-tips asas ni.

Untuk yang dah tahu, bolehlah refresh balik dalam ingatan.

6 TIPS ASAS LOAN RUMAH.

Tips #1 : JENIS LOAN.

Sebelum nak pilih loan tu, baik pastikan apakah jenis loan yang bakal terikat dengan diri korang tu.

Ada 3 jenis loan iaitu:
a) Term Loan.
b) Semi Flexi Loan. 
c) Full flexi Loan.

Seeloknya dicadangkan korang ambil semi flexi loan atau full flexi loan, berbanding term loan.

Term loan ni ada kelemahannya. Perbezaan ketara term loan berbanding dua lagi jenis loan ni adalah term loan bermaksud jadual pembayaran kekal (bayaran bulanan yang sama setiap bulan).

So, kalau korang ambil term loan ni, bayar advance pun takda makna sebab tak akan mengurang caj faedah loan korang tu, tak seperti semi flexi loan dan full flexi loan.

Manakala, bagi semi flexi atau full flexi loan, dengan advance payment tu bolehlah korang kurangkan bayaran principal, lalu kurangkan faedah loan tersebut.

Tips #2 : KADAR FAEDAH.

Secara logiknya, mestilah nak kena cari interest rate yang rendah serendah-rendahnya.

Sebagai contoh, ada Bank A offer rate 4.5% manakala bank B offer rate 4.3%.
Mesti korang fikir, hek eleh, 0.2% je.. cincai je lah.

Tapi awas! Bila melibatkan jumlah loan yang besar seperti loan rumah, 0.2% pada harga rumah bernilai RM500ribu misalnya, dah bawa perbezaan sebanyak RM1000. Kalau dalam setahun, dah RM12,000!

Tips #3 : KADAR TETAP VS KADAR TERAPUNG.

Okay, tips ketiga berkaitan dengan tips kedua tadi.

Apa maksud dan perbezaan kadar tetap dan kadar terapung ni?

Secara kasarnya, untuk korang senang faham, kadar tetap ialah kadar yang tetap sama sepanjang tempoh loan korang tu. Disebabkan ini, bayaran bulanan adalah tetap sama walaupun ada sebarang pertukaran polisi atau situasi ekonomi.

Kadar terapung pulak ialah kadar yang berubah-ubah ke atas kadar asas loan atau loan base rate (BR) tu.
(BR ni maksudnya, tak boleh pergi lebih kurang dari rate tu. Bahasa mudah: rate paling asas).

Antara yang mempengaruhi kadar terapung ni ialah OPR, margin keuntungan bank dan lain-lain.

Baik buruk bagi kadar tetap vs kadar terapung ni?

Kadar tetap biasanya lebih mahal (tinggi) daripada kadar terapung sebab bank kena ambil kira untung mereka pada masa depan jugak. So, kadar terapung biasanya murah daripada kadar tetap.

Tapi kadar tetap ni senang dikira dan beri korang ketenangan sebab jumlah perlu dibayar sama je setiap bulan.

So, tepuk dada tanya selera sendiri, okay?

Tips #4 : TEMPOH LOAN.

Kalau nak buat loan rumah dan berhasrat nak beli lagi rumah kedua, ketiga dan seterusnya, dicadangkan eloklah ambil tempoh loan yang paling maksimum.

Kenapa?

Selain bayaran bulanan lebih rendah, korang dapat jaga debt service ratio (DSR) dalam rekod kewangan korang. Kalau DSR masih dalam kawalan, bolehlah ‘selit’ untuk beli rumah kedua. Jadi, ini sangat sesuai untuk mereka yang nak buat pelaburan hartanah.

Tapi jangan lupa, semakin panjang tempoh loan, sebenarnya lebih besar jumlah loan yang korang perlu bayar!

Kalau nak bayaran bulanan yang sikit, ambil loan dengan tempoh panjang.
Kalau nak jumlah bayaran keseluruhan yang sikit, ambil loan dengan tempoh pendek.

So, pilih ikut kesesuaian kewangan korang. Rancang dahulu sebelum membeli.

Tips #5 : LOCK IN PERIOD.

Lock in period ni dalam bahasa ringkasnya ialah tempoh di mana korang tak dibenarkan untuk membuat full settlement (pembayaran penuh) ke atas loan tu. Kalau buat jugak, korang kena caj penalti lah gamaknya.

Ikut dengan bank, setiap bank ada syarat lock in period berlainan. Ada yang 2 tahun dan ada yang 5 tahun.

Caj penalti yang dikenakan pun berbeza-beza antara 2% ke 3%.

Pastikan dahulu apakah syarat lock in period loan korang tu dengan pegawai bank berkenaan.

Tips #6 : MARGIN OF FINANCING.

Margin of Financing (MOF) ni bermaksud jumlah peratus untuk loan yang bank bagi kat korang daripada harga rumah tu.

Untuk rumah pertama dan kedua, kebiasaannya bank akan bagi MOF sebanyak 80%-90%.

Contoh mudahnya, kalau harga rumah korang Rm100ribu, dan bank pulak luluskan MOF sebanyak 90%.
Maka, korang akan dapat loan dari bank sebanyak RM90,000 lah.
Yang baki RM10,000 tu lah kira sebagai deposit rumah korang.

So, berlainan daripada kadar faedah (tips 2) tadi yang mana kita kena cari yang rendah, untuk MOF kita kena cari yang paling tinggi. Kalau tak, mana nak cekau cari duit cash untuk bayar deposit, betul tak?

Faktor MOF yang bank bagi ni bergantung kepada umur pemohon, pendapatan pemohon, rekod-rekod pinjaman pemohon (sama ada terdapat pinjaman sebelumnya atau tiada) serta bergantung juga kepada faktor rumah tu jugak seperti jenis rumah dan lokasi rumah.

Ada juga yang tanya, boleh ke dapat 100% MOF ni?
Jawapannya ADA! Macam mana?

Kami pernah terbitkan artikel pasal ni.
Korang boleh klik artikel MOF 100% DI SINI.

So, apa macam?
Suka dengan 5 tips asas loan rumah ni?
Lepas baca ni ada pencerahan tak dalam diri korang tentang loan rumah?

Mungkin sebelum ni ada rasa was-was atau kabur tentang perkara melibatkan loan rumah.
Tapi dengan adanya tips-tips asas di atas ni, diharap dapat membantu korang untuk lebih faham.

Ada banyak lagi perkara sebenarnya tentang loan rumah ni untuk dikupas.

InsyaAllah, saya akan kupas lebih lanjut di dalam artikel lain pada masa hadapan.

Sebab tu korang kena follow dan register kat website Pejuang Hartanah ni untuk dapatkan lebih banyak ilmu kewangan dan hartanah!

JOM KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp