fbpx
Monday , October 22 2018
Home / Kewangan / Teknik ‘killer’ langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

Teknik ‘killer’ langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 26 JUN 2018 (NUR SHARIEZA ISMAIL)

SECARA umumnya, kebanyakan pembeli rumah khususnya kepada mereka yang pertama kali pertama akan membuat perjanjian dengan pihak bank untuk melunaskan bayaran ansuran selama 30 tahun.

Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan selama 30 tahun itu, jika difikirkan kembali memang memakan masa yang lama.

Contoh, jika kita di usia 30 tahun membeli rumah, pada usia 60 tahun barulah bayaran balik pinjaman perumahan kepada pihak bank langsai.

Bagaimanapun, tempoh bayaran balik pinjaman perumahan 30 tahun itu sebenarnya boleh dipendekkan sekiranya pembeli tahu dan faham cara-caranya.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan pada tahun-tahun permulaan mereka membayar hutang, mereka hanya membayar nilai faedahnya sahaja.

Selepas nilai faedahnya habis dibayar, barulah nilai pokoknya mula dibayar.

Inilah salah satu mitos dan salah faham kebanyakan orang yang berhutang rumah dengan bank.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada nilai hutang dan nilai bayaran balik hutang kita kepada bank ini?

Pengasas Hartanahguru merangkap Pengasas Bersama celikhartanah.com, Abdul Aziz Ahmad berkongsi ilmu dan teknik ‘killer’ yang boleh melangsaikan hutang rumah dalam masa 10 tahun sahaja.

Kena paham konsep pinjaman

Berminat untuk hadir ke kelas Langsai Hutang Rumah, sila klik di sini:

Senario yang berlaku pada hari ini, ramai bimbang pembayaran balik pinjaman perumahan tidak dapat dilangsaikan mengikut tempoh yang diberikan oleh pihak bank meskipun dalam perjanjian pihak bank menetapkan bayaran ansuran selama 30 tahun.

Bagaimanapun, tempoh yang diberi itu tidak semestinya kekal 30 tahun, kita mesti langsaikan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Kita boleh menyelesaikan lebih awal, asalkan jangan lebih dari jangka masa 30 tahun itu.

Katanya, bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan mereka perlu tahu, terdapat dua komponen utama iaitu nilai pokok dan nilai faedah.

“Apabila kita mula membayar balik hutang kepada bank setiap bulan, jumlah tersebut digunakan untuk membuat bayaran balik sejumlah nilai pokok dan sejumlah nilai faedah.

“Nilai faedah dikira daripada baki nilai pokok atau baki hutang kita. Sebagai contoh, Hutang rumah kita RM200,000 dan setiap bulan kita bayar RM1,000. Daripada RM1,000 yang kita bayar untuk bulan pertama, RM200 akan dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM800 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi baki hutang kita sudah kurang RM200 menjadi RM199,800.

“Bulan kedua, RM210 dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM790 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi hutang kita RM199,800 sudah berkurang RM210 menjadi RM199,590. Begitulah seterusnya. Sebab itu pada peringkat permulaannya kita nampak baki hutang kita lambat kurangnya.

“Jadi konsep pinjaman perumahan ini perlu dipahami oleh semua agar pembeli tidak tertanya-tanya mengapa bayaran ansuran rumah tidak langsai ‘ontime’,” katanya.

Siap sedia apabila OPR naik

Menurut Abdul Aziz, kita perlu bersiap sedia dari segi pembayaran balik sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan baharu OPR atau Overnight Policy Rate atau ‘Kadar Faedah Semalaman’.

“Apabila berlakunya kenaikan OPR, sudah tentu kita terpaksa membayar jumlah bayaran sepertimana yang diarahkan oleh pihak bank.

“Jika gagal mematuhi arahan pembayaran ansuran yang ditetapkan, sudah tentu akan menjadi masalah kepada diri kita sendiri kerana pembayaran balik bayaran ansuran rumah akan menjadi lebih panjang.

“Jadi formulanya, apabila kenaikan baru OPR, kita kena mengubah jumlah bayaran bulanan daripada kadar sepatutnya ke jumlah tertentu. Ikut kepada arahan yang diberi oleh pihak bank, bagi atasi masalah di kemudian hari,” katanya.

beliau berkata, sebagai peminjam perumahan, kita perlu sentiasa mengambil tahu dan peka akan setiap perubahan yang berlaku pada kadar OPR.

Berminat untuk hadir ke kelas Langsai Hutang Rumah, sila klik di sini:

Cara memendekkan tempoh bayaran

Langkah untuk memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman bagi pembeli rumah boleh dilakukan menerusi kaedah pembayaran prinsipal secara pukal.

Menurut Abdul Aziz, apabila kita membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kita membayar dua perkara iaitu bayaran prinsipal atau pokok dan keduanya, bayaran faedah (interest) yang dikenakan ke atas pembeli oleh pihak bank.

“Jadi, untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan kepada 10 tahun, setiap enam bulan sekali, kita boleh mengambil langkah dengan membayar secara pukal pinjaman prinsipal sepenuhnya kepada bank.

“Dengan cara beginilah kita dapat pendekkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun kepada 10 tahun, berbanding lazimnya,” katanya.

Boleh keluarkan wang caruman KWSP

Selain itu, katanya, pembeli juga boleh mengeluarkan wang caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun dua, jika tidak mempunyai jumlah amaun yang mencukupi sebagai altenatif bayaran.

“Pengeluaran daripada akaun dua KWSP boleh dibuat berdasarkan tiga perkara. Pertama, untuk membuat bayaran pembelian rumah kali pertama.

“Sebab kedua, pengeluaran yang dipanggil‘holiday payment’ iaitu jika kita mempunyai masalah hutang, kita mahu melangsaikan hutang-hutang, kita boleh buat pengeluaran menerusi kaedah kedua ini.

“Dan kaedah ketiga bagi mengurangkan nilai prinsipal atau ‘principal reduction’,” jelasnya.

Katanya, daripada ketiga-tiga kaedah itu, bolehlah digunakan untuk membuat pembayaran prinsipal secara pukal.

“Bagaimanapun, berapa jumlah bayaran untuk pengurangan prinsipal mesti dirujuk kepada surat perjanjian di antara pembeli dan bank.

“Sebagai contoh, sekiranya jumlah pinjaman bank yang dibuat oleh pembeli rumah ialah RM200,000 maka bayaran prinsipal setiap enam bulan sekali adalah RM5,000.

“Dengan pencerahan yang diberikan ini saya berharap dapat membantu pembeli-pembeli rumah di luar sana untuk memendekkan tempoh bayaran balik bank,” katanya.

Berminat untuk hadir ke kelas Langsai Hutang Rumah, sila klik di sini:


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Aziz Ahmad

Check Also

Tips Duit Dan Hartanah Bagi Yang Ada Anak

Tips ini khas untuk pasangan yang ada anak. Ahyat telah dijemput sebagai #cikguhartanah dalam shooting video untuk …