fbpx

Tengok Apa Jadi Bila Bank Negara Turunkan OPR Dan Kadar Faedah Turun


Apa pendapat engkorang utk poin no 4..

1. Mungkin ramai tak sedar, bahawa kemampuan kita memiliki aset aset besar dalam hidup kita ni berkait rapat dgn kadar faedah.

2. Ada ramai yang tak perasan bahawa BNM: Bank Negara Malaysia telah turunkan kadar OPR sebanyak 0.25% pada 7 Mei 2019, 2 bulan lepas. (Rujukan 1)

3. Ini menyebabkan kadar faedah bank juga turun. Bila kadar faedah bank turun, bayaran bulanan pun turun. Mungkin rasanye tak banyak tapi secara kolektif dalam ekonomi amnye, penurunan ini adalah signifikan.

4. Kerana penurunan ini, kelulusan pembiayaan bagi bilan Mei 2019 menongkat 13% daripada bulan sebelumnye. Jualan motorsikal meningkat 7.8% dan kenderaan penumpang naik 23.3%! (Rujukan 2)

5. Bagaimana pulak peningkatan pembelian rumah? Tidak pula dilaporkan secara spesifik. Penurunan 0.25% untuk pembiayaan rm1juta untuk rumah tak sampai rm100 ringgit sebulan. Tapi ia tetap ada kesan kepada kelulusan sesetengah pemohon yang kes sipi!

6. So semalam BNM ada mesyuarat sekali lagi untuk buat keputusan nak ubah OPR sekali lagi. Kali ini mereka kekalkan OPR pada 3.0% untuk stabilkan market. Segala kadar faedah yang telah diubah bank sejak Mei baru2 ni akan kekal tanpa sebarang perubahan. (Rujukan 3)

7. Semoga risiko2 luaran seperti perang ekonomi US China, pertumbuhan ekonomi global n lain lain risiko dunia tidak menjadi krisis dan beri kesan kepada ekonomi negara. Semoga kadar faedah kekal stabil n rendah salam tahun tahunmendatang. Kerana ia sangat berkait rapat dengan kemampuan rakyat memiliki aset.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp