fbpx
Sunday , December 16 2018
Home / Kewangan / Tips Duit Dan Hartanah Bagi Yang Ada Anak

Tips Duit Dan Hartanah Bagi Yang Ada Anak

Tips ini khas untuk pasangan yang ada anak.

Ahyat telah dijemput sebagai #cikguhartanah dalam shooting video untuk salah satu portal terbesar rantau: PropertyGuru. Kali ini Ahyat bantu Nas dan Atitah utk susun #masterplanhartanah n beli #rumahpertama mereka. Ini antara tips yg Ahyat share. Harap dapat beri manfaat kepada anda.

1. UBAH MINDSET

Bila dah berkahwin, dah tak boleh lihat diri sebagai 2 individu berbeza. Mesti dah lihat sebagai satu team satu unit. Boleh combinekan income dan InsyaAllah keupayaan membeli rumah akan lebih kuat.

2. BINCANG PASAL DUIT

Bila dah jadi satu team, suami isteri mestilah berbincang pasal duit. Benda ni bukan satu perkara yang mudah. Malah benda ni lah yg jadi sebab utama pertengkaran dalam perkahwinan. Dah lah income tak berapa banyak dan expenses pulak terlebih banyak. So kapel kena sama kepala dalam hal ni

3. FAHAMI DSR

Ahyat diminta bantu Nas dan Atitah untuk perbaiki DSR Score mereka setelah menggunakan web tools terbaru PropertyGuru: Mortgage Pre Qualifier. Ahyat explain bahawa DSR ni ada 2 bahagian: part income dan part hutang. Inilah cara bank nak tengok berapa lagi pembiayaan yg kita boleh ambik.

4. JAGA HUTANG

Hutang-hutang yang dah ada tu kena jaga betul-betul. Maksudnye kena bayar in time. Jangan tak bayar. Kerana akan problem. Bagi Nas n Atitah mereka takde problems kerana memang tak suka kad kredit. Mereka hanya guna kad debit. Dan takde personal loan. So Ahyat nasihatkan pertahankan kesucian kewangan diri & keluarga. Sekarang tengah canteks. Jangan pulak nanti lepas ni terjebak pulak!

5. TAMBAH INCOME

Nas n Atitah kena cari jalan utk tambah income. Malangnye memang dah takde jalan lain kalau nak kuatkan lagi DSR Score n keupayaan beli rumah. Ahyat explain, kalau tambah income keluarga sebanyak RM 1,000, keupayaan beli rumah boleh bertambah sebanyak RM 200,000! Ini yg buat mereka terkejut.

6. SAYANG ANAK-ANAK

Takpe kalau sayang anak2. Memang kena sayang. Tapi kena fikir long term plan untuk diorang. Kalau spend berlebihan kat diorang nanti akan bagi kesan kat kemampuan kita bayar pembiayaan rumah kita.

7. BELI RUMAH SESUAI UNTUK ANAK

Kena bijak pilih lokasi rumah dekat dengan aktiviti anak-anak, sekolah dan aktiviti-aktiviti tambahan anak-anak. Boleh kurangkan masa stuck kat jalanraya. Nas n Atitah pula nak ramai anak, so dah kena rancang awal2 dah utk cari rumah yg sesuai.

Yang mana satu yang paling sesuai untuk anda amalkan terus dan kongsikan pandangan anda di bawah yer untuk sama-sama kita bincangkan.


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Pejuang Hartanah

Check Also

Teknik ‘killer’ langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 26 JUN 2018 (NUR SHARIEZA ISMAIL) SECARA umumnya, kebanyakan pembeli rumah …