fbpx

Top 10 Lokasi Bagi Rumah Teres Bernilai Lebih RM1 Juta Di Selangor!

Pada masa kini, ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang masih mengadu kerana harga rumah yang mahal dan semakin meningkat.

Walaupun bekalan rumah dengan harga mampu milik dikatakan tidak memenuhi permintaan semasa, sebenarnya masih terdapat satu segmen aktif di dalam pasaran hartanah yang melibatkan transaksi jual beli rumah yang bernilai lebih RM1juta!

Golongan yang terlibat di dalam segmen ini masih mampu membeli rumah yang ditawarkan pada harga tersebut.

Berdasarkan data dari kajian yang dilakukan, harga median bagi rumah jenis teres intermediate (lot tengah) di seluruh negeri Selangor adalah RM450,000. (Harga median di sini bermaksud harga di kedudukan tengah dari keseluruhan senarai.)

Team Radar Hartanah oleh Pejuang Hartanah kali ini telah melakukan analisa untuk melihat top 10 lokasi rumah teres (berdasarkan transaksi jual beli) yang bernilai antara lebih RM1 juta hingga RM1.9 juta.

Daripada pemerhatian awal, team kami mendapati lokasi-loaksi ini adalah lebih tertumpu di kawasan yang melibatkan banyak pembeli dari kalangan bangsa Cina.

Lokasi-lokasi ini juga merupakan kawasan yang telah matang dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan booster-booster hartanah serta terdiri dari rumah teres jenis freehold.

Jom lihat senarai ini:

TOP 10 LOKASI RUMAH TERES (INTERMEDIATE) LEBIH RM1 JUTA DI SELANGOR:

#10 USJ HEIGHT, SUBANG JAYA.

Bilangan transaksi: 8.
Harga median: RM1,375,000.
Psf: RM497.
Jenis: Freehold.

#9 GLENMARIE INDUSTRIAL PARK, GLENMARIE.

Bilangan transaksi: 8.
Harga median: RM1,603,444.
Psf: RM549.
Jenis: Freehold.

#8 BANDAR PUTERI PUCHONG, PUCHONG.

Bilangan transaksi: 9.
Harga median: RM1,133,000.
Psf: RM550.
Jenis: Freehold.

#7 TAMAN PUTRA PRIMA, PUCHONG.

Bilangan transaksi: 12.
Harga median: RM1,248,000.
Psf: RM457.
Jenis: Freehold.

#6 SS22 & SS22A DAMANSARA JAYA, PJ.

Bilangan transaksi: 14.
Harga median: RM1,275,000.
Psf: RM747.
Jenis: Freehold.

#5 SS2, PJ.

Bilangan transaksi: 14.
Harga median: RM1,110,000.
Psf: RM595.
Jenis: Freehold.

#4 BANDAR KINRARA, PUCHONG.

Bilangan transaksi: 17.
Harga median: RM1,120,000.
Psf: RM588.
Jenis: Freehold.

#3 ARA DAMANSARA, PJ.

Bilangan transaksi: 17.
Harga median: RM1,225,000.
Psf: RM629.
Jenis: Freehold.

#2 BANDAR SRI DAMANSARA, PJ.

Bilangan transaksi: 19.
Harga median: RM1,100,000.
Psf: RM640.
Jenis: Freehold.

#1 BANDAR UTAMA, PJ.

Bilangan transaksi: 61.
Harga median: RM1,260,000.
Psf: RM663.
Jenis: Freehold.

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber rujukan:
1. NAPIC.
2. JPPH.
3. Brickz.my (Analisa 18 Februari 2019).
Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Selangor.
3.3. Jenis: Teres.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: RM1juta+.
3.6. Tempoh: Feb 2018 – Dis 2018.
Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp