fbpx

Top 10 Lokasi Hartanah Jenis Kediaman Di Malaysia Bagi Tahun 2018!

Antara faktor penting di dalam hartanah adalah : LOKASI.

Antara perkara yang seringkali ditanya berkenaan hartanah juga adalah : LOKASI.

Sudah pasti anda juga ingin tahu, manakah lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan di dalam pasaran hartanah jenis kediaman di Malaysia, kan?

Bagi segmen Radar Hartanah kali ini, team Pejuang Hartanah ingin memberikan fokus kepada lokasi-lokasi ‘panas’ hartanah di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2018.

Lokasi-lokasi yang tersenarai ini adalah top 10 lokasi berdasarkan jumlah transaksi jual beli bagi tempoh Januari 2018 sehingga Disember 2018.

JUMLAH TRANSAKSI

Pasaran hartanah jenis kediaman di Malaysia bagi tempoh Januari 2018 sehingga Disember 2018 merekodkan sebanyak 71,212 transaksi jual beli.

Berbanding tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 97,545 transaksi jual beli, ini adalah penurunan sebanyak 26,333 jumlah transaksi.

HARGA MEDIAN

Harga median (harga tengah) bagi kesemua transaksi hartanah jenis kediaman di Malaysia pada tahun 2018 adalah pada RM300,000 manakala harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM272 psf.

LOKASI

Menariknya mengenai data tahun 2018 yang telah direkodkan ialah penguasaan dua buah negeri iaitu Johor dan Selangor di dalam senarai top 10 ini.

Ini jelas menunjukkan kedudukan ekonomi negeri-negeri terbabit yang stabil serta didorong oleh faktor-faktor lain seperti lokasi yang matang, permintaan terhadap hartanah yang tinggi dan lain-lain.

TOP 10 LOKASI HARTANAH JENIS KEDIAMAN DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2018

#1 TAMAN BUKIT INDAH, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 283
Harga median: RM568,000
Harga Median Psf: RM468
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#2 BUKIT SENTOSA, SERENDAH

Bilangan transaksi: 232
Harga median: RM205,000
Harga Median Psf: RM215
Jenis: Banglo dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#3 TAMAN SENTOSA, KLANG

Bilangan transaksi: 217
Harga median: RM310,000
Harga Median Psf: RM357
Jenis: Cluster House, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#4 TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG

Bilangan transaksi: 190
Harga median: RM235,000
Harga Median Psf: RM275
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#5 BANDAR KINRARA, PUCHONG

Bilangan transaksi: 188
Harga median: RM827,500
Harga Median Psf: RM550
Jenis: Banglo, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#6 BANDAR PUTRA, KULAI

Bilangan transaksi: 168
Harga median: RM395,000
Harga Median Psf: RM300
Jenis: Banglo, Cluster House, Town House, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#7 TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG

Bilangan transaksi: 163
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM288
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#8 BUKIT BERUNTUNG, SERENDAH

Bilangan transaksi: 156
Harga median: RM207,500
Harga Median Psf: RM216
Jenis: Banglo dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#9 TAMAN JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU

Bilangan transaksi: 137
Harga median: RM350,000
Harga Median Psf: RM357
Jenis: Banglo, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#10 TAMAN SETIA INDAH, TEBRAU

Bilangan transaksi: 135
Harga median: RM500,000
Harga Median Psf: RM418
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 19 Mac 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Setiap negeri.
3.3. Range harga: Semua harga.
3.4. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp