fbpx

Top 10 Lokasi Hot Rumah Bajet Di Johor

EDISI RADAR HARTANAH pada kali ini, jom kita lihat rumah bajet bawah RM150K di Johor yang anda patut tahu! Ini berdasarkan jumlah transaksi untuk rumah jenis Teres tersebut & mengikut harga diantara RM110,000 hingga RM150,000. Berdasarkan data, lokasi paling banyak transaksi adalah di Pasir Gudang dan Batu Pahat.

JUMLAH TRANSAKSI

Hasil kepesatan negeri Johor dari segi ekonomi menyumbang ke arah perkembangan pasaran hartanah di negeri tersebut.

Berdasarkan data yang dicatatkan bagi tahun 2020 (Apr 2019 hingga Mar 2020), jumlah transaksi jual beli rumah jenis Teres, iaitu sebanyak 283 transaksi.

HARGA MEDIAN

Dari segi harga median (harga tengah) pula, rumah teres di negeri Johor berada pada harga RM125,000.

Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM167 psf.

Jom kita lihat senarai tempat hot hartanah kediaman jenis teres di negeri Johor berdasarkan jumlah transaksi pada tahun 2020.

#1 TAMAN KOTA MASAI (PASIR GUDANG)

Bilangan transaksi:15
Harga median: RM120,000
Harga Median Psf: RM179
Jenis pegangan: Freehold

#2 TAMAN AIR BIRU (PASIT GUDANG)

Bilangan transaksi: 13
Harga median: RM135,000
Harga Median Psf: RM174
Jenis pegangan: Leasehold

#3 TAMAN BUKIT FLORA (BATU PAHAT)

Bilangan transaksi: 8
Harga median: RM130,000
Harga Median Psf: RM172
Jenis pegangan: Freehold

#4 TAMAN SRI KLUANG (KLUANG)

Bilangan transaksi: 6
Harga median: RM127,500
Harga Median Psf: RM145
Jenis pegangan: Freehold

#5 TAMAN WAWASAN (SEDENAK)

Bilangan transaksi: 6
Harga median: RM135,000
Harga Median Psf: RM162
Jenis pegangan: Freehold

#6 TAMAN KOTA JAYA (KOTA TINGGI)

Bilangan transaksi: 5
Harga median: RM120,000
Harga Median Psf: RM195
Jenis pegangan: Freehold

#7 TAMAN JOHOR JAYA (JOHOR BAHRU)

Bilangan transaksi: 4
Harga median: RM110,000
Harga Median Psf: RM163
Jenis pegangan: Freehold

#8 TAMAN ANGGERIK TENGGARA (ULU SUNGAI JOHOR)

Bilangan transaksi: 4
Harga median: RM127,500
Harga Median Psf: RM155
Jenis pegangan: Leasehold

#9 TAMAN BARU UTAMA (JERAM BATU)

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM120,000
Harga Median Psf: RM204
Jenis pegangan: Freehold

#10 TAMAN PUTERI (KLUANG)

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM130,000
Harga Median Psf: RM149
Jenis pegangan: Freehold

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (15/07/2020).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residental
3.2. Negeri: Johor
3.3. Jenis: Teres
3.4. Tempoh: Apr 2019 – Mar 2020

 

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp