fbpx

Top 10 Lokasi Rumah Banglo Bernilai 3 Juta Di Malaysia Bagi Tahun 2020

Untuk perkongsian Radar Hartanah kali ini, kita akan fokus kepada hartanah kediaman jenis banglo.

Selain daripada rumah teres yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pembeli hartanah di Malaysia, rumah jenis banglo menjadi pilihan kepada mereka yang ingin ‘upgrade’ hartanah sedia ada.

Faktor keluasan binaan dan ruang tanah bagi rumah jenis banglo yang lebih besar juga adalah sebab utama pembeli memilih hartanah jenis ini.

Selain itu, rumah banglo yang mempunyai jarak yang agak jauh antara satu unit dengan unit yang lain juga menjadikannya mempunyai lebih privasi.

Ini adalah sebabnya mengapa rumah jenis banglo sinonim sebagai lambang kemewahan.

JUMLAH TRANSAKSI

Data untuk tahun 2020, bagi tempoh Julai 2019 hingga Jun 2020, mencatatkan sebanyak 59 jumlah transaksi jual beli bagi rumah jenis banglo.

HARGA MEDIAN

Harga median (harga tengah) yang dicatatkan bagi rumah jenis banglo di Malaysia pada tahun 2020 pula adalah pada RM3,369,539. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM395 psf.

TOP 10 LOKASI RUMAH BANGLO BERNILAI 3 JUTA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2020 (JULAI 2019 – JUN 2020)

#1 COUNTRY HEIGHTS, KAJANG

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM3,200,000
Harga Median Psf: RM188
Jenis pegangan: Freehold

#2 DAMANSARA HEIGHTS(BUKIT DAMANSARA)

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,650,000
Harga Median Psf: RM508
Jenis pegangan: Freehold

#3 BAYU HEIGHTS/ (GITA BAYU), KAJANG

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,000,000
Harga Median Psf: RM347
Jenis pegangan: Freehold

#4 AMBANG BOTANIC,KLANG

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,590,000
Harga Median Psf: RM478
Jenis pegangan: Freehold

#5 SETIA IMPIAN 5,SETIA ALAM

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,412,800
Harga Median Psf: RM412
Jenis pegangan: Freehold

#6 SS 19,SUBANG JAYA

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,025,000
Harga Median Psf: RM362
Jenis pegangan: Freehold

#7 USJ HEIGHTS,SUBANG JAYA

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,465,000
Harga Median Psf: RM412
Jenis pegangan: Freehold

#8 TAMAN TUN ABDUL RAZAK,ULU KELANG

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM3,000,000
Harga Median Psf: RM309
Jenis pegangan: Leasehold

#9 HORIZON HILL(NUSAJAYA),JOHOR

Bilangan transaksi: 1
Harga median: RM3,000,000
Harga Median Psf: RM239
Jenis pegangan: Freehold

#10 SBUKIT BANDARAYA, BANGSAR

Bilangan transaksi: 1
Harga median: RM3,400,000
Harga Median Psf: RM596
Jenis pegangan: Freehold

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan dan gambar:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 18 Ogos 2020).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Jenis: Banglo
3.3. Range harga: RM3 Juta.
3.4. Tempoh: Jul 2019 – Jun 2020.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp