fbpx

Top 10 Lokasi Rumah Banglo Di Malaysia Bagi Tahun 2018!

Untuk perkongsian Radar Hartanah kali ini, kita akan fokus kepada hartanah kediaman jenis banglo.

Selain daripada rumah teres yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pembeli hartanah di Malaysia, rumah jenis banglo menjadi pilihan kepada mereka yang ingin ‘upgrade’ hartanah sedia ada.

Faktor keluasan binaan dan ruang tanah bagi rumah jenis banglo yang lebih besar juga adalah sebab utama pembeli memilih hartanah jenis ini.

Selain itu, rumah banglo yang mempunyai jarak yang agak jauh antara satu unit dengan unit yang lain juga menjadikannya mempunyai lebih privasi.

Ini adalah sebabnya mengapa rumah jenis banglo sinonim sebagai lambang kemewahan.

JUMLAH TRANSAKSI

Data untuk tahun 2018, bagi tempoh Januari 2018 hingga Disember 2018, mencatatkan sebanyak 4,057 jumlah transaksi jual beli bagi rumah jenis banglo.

Sebagai perbandingan, bagi tempoh yang sama, jumlah transaksi bagi rumah teres (42,339 transaksi) dan rumah semi D (6,629 transaksi).

HARGA MEDIAN

Harga median (harga tengah) yang dicatatkan bagi rumah jenis banglo di Malaysia pada tahun 2018 pula adalah pada RM400,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM77 psf.

TOP 10 LOKASI RUMAH BANGLO DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2018 (JANUARI 2018 – DISEMBER 2018)

#1 DAMANSARA HEIGHTS (BUKIT DAMANSARA), KUALA LUMPUR

Bilangan transaksi: 27
Harga median: RM5,460,000
Harga Median Psf: RM650
Jenis pegangan: Freehold

#2 KAMPUNG RAJA, TERENGGANU

Bilangan transaksi: 20
Harga median: RM355,000
Harga Median Psf: RM57
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#3 MUKIM PASIR GANDA, KELANTAN

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM250,000
Harga Median Psf: RM44
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#4 TAMAN PAYA RUMPUT PERDANA, MELAKA

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM600,000
Harga Median Psf: RM137
Jenis pegangan: Freehold

#5 TAMAN SENIMAS, NEGERI SEMBILAN

Bilangan transaksi: 18
Harga median: RM376,969
Harga Median Psf: RM75
Jenis pegangan: Freehold

#6 BANDAR AKADEMIA, NEGERI SEMBILAN

Bilangan transaksi: 17
Harga median: RM380,000
Harga Median Psf: RM95
Jenis pegangan: Freehold

#7 TAMAN SENAWANG PERDANA, NEGERI SEMBILAN

Bilangan transaksi: 17
Harga median: RM750,000
Harga Median Psf: RM187
Jenis pegangan: Freehold

#8 KAMPONG SELAYANG BARU, SELANGOR

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM575,000
Harga Median Psf: RM142
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#9 PADANG LUAS, TERENGGANU

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM309,500
Harga Median Psf: RM58
Jenis pegangan: Freehold

#10 SS1 PETALING JAYA, SELANGOR

Bilangan transaksi: 15
Harga median: RM1,575,000
Harga Median Psf: RM290
Jenis pegangan: Freehold

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan dan gambar:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 19 April 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Jenis: Banglo
3.3. Range harga: Semua harga.
3.4. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp