fbpx

Top 10 Lokasi Bagi Rumah Teres Bernilai Lebih RM1 Juta Di Selangor Tahun 2020

Pada masa kini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengadu kerana harga rumah yang mahal dan semakin meningkat.

Walaupun bekalan rumah dengan harga mampu milik dikatakan tidak memenuhi permintaan semasa, sebenarnya masih terdapat satu segmen aktif di dalam pasaran hartanah yang melibatkan transaksi jual beli rumah yang bernilai lebih RM1juta!

Golongan yang terlibat di dalam segmen ini masih mampu membeli rumah yang ditawarkan pada harga tersebut.

Berdasarkan data dari kajian yang dilakukan, harga median bagi rumah jenis teres di seluruh negeri Selangor adalah RM1,205.000. (Harga median di sini bermaksud harga di kedudukan tengah dari keseluruhan senarai.) Manakala harga median bagi psf pula adalah 595psf.

Team Radar Hartanah oleh Pejuang Hartanah kali ini telah melakukan analisa untuk melihat top 10 lokasi rumah teres (berdasarkan transaksi jual beli) yang bernilai antara lebih RM1 juta hingga RM1.5 juta.

Daripada pemerhatian awal, team kami mendapati lokasi-loaksi ini adalah lebih tertumpu di kawasan Bandar Kinara dan Bandar Utama yang memang sudah dilengkapi dengan infrasuktur dan kemudahan awam.

Lokasi-lokasi ini juga merupakan kawasan yang telah matang dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan booster-booster hartanah serta terdiri dari rumah teres jenis freehold.

Jom lihat senarai ini:

TOP 10 LOKASI RUMAH TERES LEBIH RM1 JUTA DI SELANGOR:

#10 TAMAN PUTRA PRIMA, PUCHONG

Bilangan transaksi: 9
Harga median: RM1,248,000.
Psf: RM465.
Jenis: Freehold.

#9 ECO MAJESTIC, BANGI

Bilangan transaksi: 9
Harga median: RM1,053,000.
Psf: RM509.
Jenis: Freehold.

#8 BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM

Bilangan transaksi: 13
Harga median: RM1,212,000.
Psf: RM474.
Jenis: Freehold.

#7 BANDAR PUTERI PUCHONG, PUCHONG

Bilangan transaksi: 13
Harga median: RM1,100,000.
Psf: RM563.
Jenis: Freehold.

#6 SS22 & SS22A DAMANSARA JAYA, PJ.

Bilangan transaksi: 13.
Harga median: RM1,420,000.
Psf: RM836.
Jenis: Freehold.

 

#5 VALENCIA, SUNGAI BULOH

Bilangan transaksi: 14.
Harga median: RM1,485,000.
Psf: RM613.
Jenis: Freehold, Leasehold.

#4 SS 2 PETALING JAYA, PJ

Bilangan transaksi: 16.
Harga median: RM1,135,000.
Psf: RM836.
Jenis: Freehold.

#3 ARA DAMANSARA, ARA DAMANSARA.

Bilangan transaksi: 18.
Harga median: RM1,242,500.
Psf: RM659.
Jenis: Freehold.

#2 BANDAR UTAMA, BANDAR UTAMA.

Bilangan transaksi: 44.
Harga median: RM1,325,000.
Psf: RM669.
Jenis: Freehold.

#1 BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA.

Bilangan transaksi: 45.
Harga median: RM1,130,000.
Psf: RM600.
Jenis: Freehold.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp