fbpx

Top 10 Lokasi Rumah Teres Di Selangor! Nak Tahu Di Mana Paling Hot?

Pada perkongsian segmen Radar Hartanah yang lalu, team kami telah membuat analisa mengenai top 10 lokasi bagi rumah-rumah teres (intermediate) di Selangor yang berharga lebih RM1 juta.

Kali ini, jom kita fokus pada top 10 lokasi rumah-rumah teres (intermediate) di Selangor secara keseluruhannya.

Berdasarkan data yang dikumpulkan daripada kajian, sepanjang tempoh Januari 2018 hingga Disember 2018, negeri Selangor mencatatkan sebanyak 7,649 transaksi jual beli rumah teres. Diikuti dengan negeri Johor sebanyak 5,757 transaksi.

Team Radar Hartanah akan membuat analisa tentang rumah di negeri Johor pula pada masa akan datang.

Dengan jumlah transaksi tersebut, ini secara langsung meletakkan Selangor di kedudukan nombor satu sebagai negeri paling banyak mempunyai urusan transaksi jual beli rumah teres di Malaysia!

Harga Median.
Harga median (harga tengah) bagi keseluruhan senarai rumah-rumah teres (intermediate) di Selangor berada pada harga RM450,000.

Melalui maklumat menarik sebegini, sudah pasti korang ingin tahu senarai top 10 lokasi paling hot bagi rumah teres (intermediate) berdasarkan transaksi di Selangor, kan?

Team Radar Hartanah menyediakan laporan ini berdasarkan senarai lokasi di Selangor yang paling banyak transaksi.

Mari kita lihat.

TOP 10 LOKASI RUMAH TERES JENIS INTERMEDIATE (JAN 2018- DIS 2018) DI SELURUH SELANGOR

#10 ELMINA WEST, SHAH ALAM

Bilangan transaksi: 65
Harga median: RM680,000
Psf: RM405
Jenis: Freehold

#9 BANDAR MAHKOTA CHERAS

Bilangan transaksi: 65
Harga median: RM485,000
Psf: RM351
Jenis: Freehold

#8 BANDAR BARU SRI DAMANSARA

Bilangan transaksi: 68
Harga median: RM897,500
Psf: RM678
Jenis: Freehold

#7 TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM

Bilangan transaksi: 69
Harga median: RM300,000
Psf: RM317
Jenis: Freehold & Leasehold

#6 BANDAR BOTANIC, KLANG

Bilangan transaksi: 76
Harga median: RM620,000
Psf: RM401
Jenis: Freehold

#5 BANDAR PUTERI, KLANG

Bilangan transaksi: 77
Harga median: RM534,000
Psf: RM342
Jenis: Freehold

#4 BUKIT BERUNTUNG, RAWANG

Bilangan transaksi: 94
Harga median: RM200,000
Psf: RM214
Jenis: Freehold

#3 BANDAR KINRARA, PUCHONG

Bilangan transaksi: 125
Harga median: RM750,000
Psf: RM544
Jenis: Freehold

#2 BUKIT SENTOSA, RAWANG

Bilangan transaksi: 138
Harga median: RM200,000
Psf: RM217
Jenis: Freehold

#1 TAMAN SENTOSA, KLANG

Bilangan transaksi: 176
Harga median: RM300,000
Psf: RM359
Jenis: Freehold

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (22 Februari 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Selangor.
3.3. Jenis: Teres.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: All prices.
3.6. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp