fbpx

Top 10 Lokasi Shoplot Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu!

Untuk segmen Radar Hartanah kali ini, jom kita fokus pada senarai kawasan-kawasan yang paling banyak transaksi bagi kategori hartanah komersil jenis shoplot (rumah kedai). Tahun 2019 catatan menunjukkan pelbagai transaksi dari Johor, Selangor, Kelantan dan juga Penang. Dan keputusan dari carian Brickz mencatatkan Johor ditangga pertama dengan 33 transaksi dan Selangor di tangga ke-sepuluh dengan 15 transaksi!

HARGA MEDIAN

Bagi harga median (harga tengah) shoplot-shoplot di Seluruh Malaysia adalah pada RM688,500.

Manakala harga median sekaki persegi (psf) pula dicatatkan pada RM222 bagi setiap kaki persegi.

Jom kita teropong di mana lokasi paling panas dan paling banyak jumlah transaksi bagi hartanah jenis shoplot di seluruh Malaysia :

TOP 10 LOKASI SHOPLOT BAGI TEMPOH JAN 2019 – DIS 2019 DI SELURUH MALAYSIA

#1 TAMAN JOHOR JAYA

JOHOR BAHRU, JOHOR

Bilangan transaksi: 33
Harga median: RM1,000,000
Psf: RM391
Jenis: Freehold

 

#2 BANDAR PUTERI PUCHONG

PUCHONG, SELANGOR

Bilangan transaksi: 24
Harga median: RM1,940,000
Psf: RM498
Jenis: Freehold

 

#3 TAMAN PUTERI WANGSA

ULU TIRAM, JOHOR

Bilangan transaksi: 18
Harga median: RM454,000
Psf: RM157
Jenis: Freehold

 

#4 TAMAN UNGKU TUN AMINAH

SKUDAI, JOHOR

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM1,225,000
Psf: RM404
Jenis: Freehold

 

#5 LEMBAH SIREH/TESCO

KOTA BHARU, KELANTAN

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM700,000
Psf: RM155
Jenis: Leasehold

 

#6 SEKSYEN 25 SHAH ALAM

SHAH ALAM, SELANGOR

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM1,980,000
Psf: RM363
Jenis: Freehold

 

#7 PUTRA HEIGHTS

SUBANG JAYA, SELANGOR

Bilangan transaksi: 16
Harga median: RM1,361,444
Psf: RM379
Jenis: Freehold

 

#8 TAMAN SAMAGAGAH

PERMATANG PAUH, PENANG

Bilangan transaksi: 15
Harga median: RM495,000
Psf: RM193
Jenis: Freehold

 

#9 BANDAR BUKIT RAJA

KAPAR, SELANGOR

Bilangan transaksi: 15
Harga median: RM1,660,000
Psf: RM575
Jenis: Freehold

 

#8 SETIA MAYURI BROGA

SEMENYIH, SELANGOR

Bilangan transaksi: 15
Harga median: RM1,030,000
Psf: RM356
Jenis: Freehold

 

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (03/03/2020).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Commercial.
3.2. Negeri: Seluruh Malaysia
3.3. Jenis: Shoplot
3.4. Tempoh: Jan 2019 – Dis 2019

 

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp