fbpx

Top Lokasi Bagi Rumah Teres Bernilai Lebih RM1 Juta Di Johor!

Seperti yang anda semua sedia maklum, pada perkongsian Radar Hartanah yang lalu, data telah menunjukkan bahawa Johor merupakan negeri kedua paling banyak transaksi jual beli hartanah jenis kediaman di Malaysia, selepas negeri Selangor.

Kali ini, jom fokus kepada data yang melibatkan hartanah jenis rumah teres di Johor yang bernilai RM1juta dan ke atas.

JUMLAH TRANSAKSI

Bagi tempoh Januari 2018 hingga November 2018, negeri Johor mencatatkan keseluruhan transaksi jual beli hartanah kediaman sebanyak 8,652 transaksi.

Daripada jumlah itu, bagi segmen rumah teres yang bernilai RM1 juta dan ke atas, sebanyak 24 transaksi jual beli direkodkan.

HARGA MEDIAN

Harga median (harga tengah) bagi segmen ini pula dicatatkan pada RM1,100,000 manakala harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM494 psf.

TOP LOKASI RUMAH TERES BERNILAI LEBIH RM1 JUTA DI JOHOR (JANUARI 2018 – NOVEMBER 2018)

#8 TAMAN PUTERI WANGSA, ULU TIRAM

Bilangan transaksi: 1
Harga median: RM1,007,725
Harga Median Psf: RM534
Jenis pegangan: Freehold

#7 GLENMARIE HEIGHTS, TEBRAU

Bilangan transaksi: 1
Harga median: RM1,381,888
Harga Median Psf: RM595
Jenis pegangan: Freehold

#6 TAMAN NUSA BAYU, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 1
Harga median: RM1,000,000
Harga Median Psf: RM782
Jenis pegangan: Freehold

#5 SENIBONG COVE, PERMAS JAYA

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,440,000
Harga Median Psf: RM653
Jenis pegangan: Freehold

#4 HORIZON RESIDENCE @ BUKIT INDAH, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,070,000
Harga Median Psf: RM446
Jenis pegangan: Freehold

#3 EAST LEDANG, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM1,080,000
Harga Median Psf: RM387
Jenis pegangan: Freehold

#2 TAMAN SUTERA UTAMA, SKUDAI

Bilangan transaksi: 6
Harga median: RM1,388,000
Harga Median Psf: RM560
Jenis pegangan: Freehold

#1 HORIZON HILLS, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 8
Harga median: RM1,075,000
Harga Median Psf: RM492
Jenis pegangan: Freehold

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 7 Mac 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Johor.
3.3. Jenis: Terrace House.
3.4. Range harga: RM1juta+.
3.5. Tempoh: Jan 2018 – Nov 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp