fbpx

Yang Selepas Tu Kena Buat Sebelum!

[ NASIHAT AHYAT ]

Ramai buat kesilapan ini.. elakkan please!

Gembira nye seorang cikgu bila mendapat berita kejayaan anakanak murid yang lepas. Pasangan suami isteri ni jumpa Ahyat semula selepas setahun. Sekarang sedang merancang untuk membeli lagi tapi kali ini nak bina empayar hartanah dalam bisnes mereka.

1. Kisahnye, rumah yang mereka beli tu baru dapat kunci. Yang bestnye dah ada penyewa yang standby. Macam ni kan best. Supaya cashflow dapat chanteks terus.

2. Ramai akan mula cari penyewa hanya bila dapat kunci. Kat situ lah kesilapannye. Ye memang betul mencari penyewa tu benda yang kita buat selepas dapat kunci, tapi sebelum dapat kunci dah kena buat dah.

3. Kalau dah beli undercon, beberapa bulan sebelum dapat kunci tu dah boleh planning-planning dah untuk urusan penyewa. Malah time tu dah akan ada ejen-ejen hartanah yang mula contact kita. Bincang cepat-cepat dan pasang pukat awal-awal. Cari jalan supaya unit kita akan dipenuhkan dengan penyewa dulu. Part ni kena pandai-pandai buat ejen suka kita dan ejen suka kat unit kita.

4. So bayangkan kalau 300 unit dalam satu blok tu dapat kunci serentak. So agak2nye kenapa penyewa nak sewa unit kita dulu? Zaman sekarang dengan lambakan unit-unit high rise, kita nak kena bijak dalam hal ni. So apa nak buat? Kenalah spend sikit untuk cukupkan sifat unit kita supaya lebih mudah untuk disewa dulu. Tak perlu berlebihan. Tak supaya jadi luarbiasa daripada unit-unit lain yang kosong kerana pemiliknye kedekut dan tak fikir strategi sewa.

5. Untuk undercon, kita kena hati-hati dengan isu defect. Dari segi undang-undang dan klausa dalam perjanjian jual beli dengan pemaju, pemaju memang kena kotakan janji. Tapi kadang-kadang pemaju akan cari alasan bila owner atau pemyewa dah duduk. Asalkan kita takde buat major renovation, kalau ada leaking kalau ada defect-defect lain memang pemaju kena setelkan.

6. Untuk subsale dan lelong planning untuk exit plan bagus kita buat awal-awal. Sekurang2nye kita dah mintak askar2 ejen kita untuk carikan penyewa awal-awal. Atleast bila repair-repair atau renovation dah siap, penyewa dah boleh masuk terus.

7. Unit yang pasangan ni beli juga sangat strategik. Lokasi sibuk, ada MRT, dekat dengan tempat-tempat pekerjaan, fasiliti best. So ini jadi satu tarikan untuk penyewa. Plus, unit ni dekat dengan tempat tinggal mereka so mudah untuk nak uruskan hal-hal penyewa.

8. Sebelum nak masuk gelanggang hartanah, kita kena bersedia. Carilah ilmu secukupnye sebelum tersilap langkah. Tak susah mana pun hartanah ni. Tapi kalau taknak cari ilmu memang susah la kan!

Doakan Ahyat dapat bantu pasangan suami isteri ni bina empayar bisnes dan empayar hartanah mereka. Doakan pasangan suami isteri ni terus berjaya sebagai usahawan Islam yang akan bantu lebih ramai melalui bisnes mereka!

Sept 18,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp