fbpx

10 Lokasi Ni Paling Banyak Demand Bagi Kategori Rumah Teres Di Johor!

Hartanah jenis kediaman (rumah) datang dalam pelbagai rekaan dan jenis.

Berdasarkan citarasa dan juga kemampuan kewangan individu, ada yang tinggal di banglo atau rumah teres. Ada juga yang tinggal di hartanah kediaman di bangunan tinggi seperti apartment dan kondominium.

Antara jenis rumah yang paling biasa ditemui di Malaysia serta menjadi pilihan ramai adalah rumah teres.

Pada segmen Radar Hartanah yang lalu, team kami telah fokus kepada top 10 lokasi rumah teres berdasarkan transaksi di negeri Selangor.

Kali ini jom kita lihat dan fokus pada pasaran rumah teres di negeri Johor pula!

JUMLAH TRANSAKSI

Bagi pasaran jenis rumah teres pada tahun 2018, transaksi jual beli rumah teres yang dicatatkan di negeri Johor adalah sebanyak 6,983 transaksi.

Ini secara tidak langsung meletakkan negeri Johor di tempat kedua (selepas Selangor) daripada kesemua senarai pasaran rumah teres bagi negeri-negeri di Malaysia.

HARGA MEDIAN

Harga median bermaksud harga tengah daripada keseluruhan jumlah data transaksi yang direkodkan.

Bagi tahun 2018, data-data harga rumah teres negeri Johor mencatatkan harga median pada RM360,000. Manakala, harga median sekaki persegi (psf) yang dicatatkan adalah pada RM315 psf.

Jom kita lihat senarai tersebut.

TOP 10 LOKASI RUMAH TERES BERDASARKAN TRANSAKSI DI NEGERI JOHOR (JAN 2018 – DIS 2018)

#1 TAMAN BUKIT INDAH , ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 276
Harga median: RM560,000
Psf: RM467
Jenis: Freehold

#2 TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG

Bilangan transaksi: 184
Harga median: RM225,000
Psf: RM269
Jenis: Freehold

#3 TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG

Bilangan transaksi: 161
Harga median: RM300,000
Psf: RM289
Jenis: Freehold

#4 BANDAR PUTRA, KULAI

Bilangan transaksi: 140
Harga median: RM372,500
Psf: RM312
Jenis: Freehold

#5 TAMAN SETIA INDAH, TEBRAU

Bilangan transaksi: 134
Harga median: RM500,000
Psf: RM418
Jenis: Freehold

#6 TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI

Bilangan transaksi: 131
Harga median: RM310,000
Psf: RM397
Jenis: Freehold

#7 TAMAN JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU

Bilangan transaksi: 130
Harga median: RM350,000
Psf: RM364
Jenis: Freehold

#8 TAMAN PUTERI WANGSA, ULU TIRAM

Bilangan transaksi: 118
Harga median: RM347,500
Psf: RM348
Jenis: Freehold

#9 TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI

Bilangan transaksi: 109
Harga median: RM575,000
Psf: RM407
Jenis: Freehold, Leasehold

#10 TAMAN DAYA, TEBRAU

Bilangan transaksi: 109
Harga median: RM400,000
Psf: RM348
Jenis: Freehold

Anda seorang usahawan dan ingin mengembangkan empayar bisnes anda?

Terokai rahsia dan formula bagi meluaskan, mengembangkan dan menggandakan empayar bisnes anda melalui pelaburan hartanah!

Apakah formula itu?!

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (23 Mac 2019).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Johor.
3.3. Jenis: Teres.
3.5. Range harga: All prices.
3.6. Tempoh: Jan 2018 – Dis 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp