fbpx

5 Cabaran Bagi Orang Berniaga Dan Cara Hadapinya…

Pada masa kini, ramai yang sudah berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan sama ada sebagai sumber pendapatan utama atau sumber pendapatan tambahan (berniaga secara sambilan).

Sektor perniagaan yang dijalankan oleh para usahawan ini secara langsung mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan pendapatan dan aktiviti ekonomi negara.

Apabila menceburi bidang perniagaan dan bergelar seorang usahawan, masalah yang bakal korang hadapi pula adalah berbeza daripada masalah yang dihadapi oleh mereka yang hanya bekerja makan gaji.

Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini boleh diselesaikan sekiranya korang mempunyai ilmu yang cukup, tahu teknik dan selok-belok, serta bijak dalam menghadapinya.

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menjalankan perniagaan atau lebih dikenali sebagai usahawan ini?

5 CABARAN BAGI ORANG BERNIAGA DAN CARA HADAPINYA

1. CABARAN KEWANGAN

Ini adalah cabaran utama yang dihadapi oleh para usahawan.

Cabaran kewangan merangkumi perkara-perkara seperti masalah modal, masalah aliran tunai (cashflow), masalah bajet, masalah bayaran masuk, masalah pengurusan akaun, masalah pengurusan hutang dan kos-kos operasi syarikat serta kos-kos tambahan dan lain-lain.

Perniagaan yang mantap ialah perniagaan yang tiada masalah kebocoran duit. Setiap transaksi kewangan direkod dengan baik manakala laporan akaun syarikat sepadan.

Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, bagaimana korang nak pastikan perniagaan yang dijalankan itu masih bernyawa?

✅  Cara hadapi:

Lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan dengan secukupnya .
 Pisahkan antara kewangan perniagaan dengan kewangan peribadi.
★ Dapatkan bantuan mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan.
 Pastikan pendapatan dan untung mengatasi kos dan hutang perniagaan.
 Sediakan dana atau tabung kecemasan perniagaan sekiranya situasi mendesak.

2. CABARAN PERSAINGAN

Cabaran kedua yang sering dihadapi oleh para usahawan pula ialah cabaran persaingan.

Kadangkala, terdapat jenis perniagaan yang sama yang dijalankan oleh beberapa individu, lalu wujudnya persaingan.

So, ini akan membuatkan korang sukar untuk menyerlahkan perniagaan korang dan juga sukar untuk menarik pelanggan.

Ini belum lagi cabaran persaingan yang melibatkan mereka yang menggunakan jalan pintas dan teknik kotor.

✅  Cara hadapi:

 Amalkan persaingan sihat. Jalan pintas dan kotor bukan hanya menyalahi etika dan undang-undang, tetapi ia juga tidak kekal lama. Reputasi dan imej perniagaan juga bakal tercalar.
 Lakukan strategi pemasaran yang betul. Pasarkan perniagaan ikut kumpulan sasaran.
 Tekankan kepada penjenamaan perniagaan. Fikirkan perkara unik yang boleh jadi kunci dalam menyerlahkan perniagaan korang. Cari USP (Unique Selling Point).

3. CABARAN EMOSI

Cabaran nombor tiga ini lebih bersifat peribadi dan melibatkan diri korang sendiri sebenarnya.

Walaupun didorong oleh sikap profesionalisme dan semangat keusahawanan tinggi, namun korang masih tetap manusia biasa yang ada emosi dan perasaan.

Masalah-masalah perniagaan seperti rugi teruk, tiada pelanggan, untung sedikit dan sebagainya boleh membuatkan semangat korang pudar.

Maka, mulalah rasa hilang semangat dan tiada motivasi untuk meneruskan perniagaan.

✅  Cara hadapi:

 Kosongkan minda buat seketika. Kaji semula niat, tujuan dan matlamat korang tubuhkan perniagaan ini. Jika diiringi dengan tujuan yang betul, pasti akan beri korang kekuatan untuk teruskan perniagaan tersebut.
 Rapatkan diri dengan insan-insan yang positif dan berpengalaman. Ambil inspirasi daripada kisah dan ‘aura’ positif mereka.
 Hadiri kelas atau seminar perniagaan. Kebanyakan kelas ini mempunyai eleman dan unsur motivasi yang boleh membantu.

4. CABARAN SISTEM

Cabaran keempat pula melibatkan sistem perniagaan.

Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang sistematik.

Ada dua faktor utama yang mendorong sesebuah perniagaan itu untuk menjadi sistematik:
Faktor Sistem Pengurusan Dalaman.
Faktor Sistem Jaringan (Networking).

Faktor Sistem Pengurusan Dalaman

Faktor ini melibatkan pengurusan dalaman syarikat seperti pekerja, dokumen syarikat, kewangan dan juga lokasi sesuatu perniagaan itu. Bayangkan tanpa kewujudan sistem yang teratur, maka boleh terjadi kes pekerja syarikat bermasalah, rahsia dan dokumen syarikat terbongkar atau kewangan syarikat diseleweng dan sebagainya.

Faktor Sistem Jaringan (Networking)

Faktor ini pula ialah faktor luaran yang sama pentingnya juga seperti faktor yang pertama di atas. Networking ini penting kerana tiada perniagaan yang mampu berdiri dengan sendiri tanpa rantaian sokongan yang sistematik. Mereka ini adalah jemaah yang menjayakan perniagaan anda. Contohnya, pembekal, pemborong, rakan kongsi, penasihat-penasihat syarikat dan lain-lain.

✅  Cara hadapi:

 Wujudkan sistem pengurusan dalaman syarikat yang teratur, mudah diikuti dan mesra pekerja.
 Pastikan juga dokumentasi dan pengurusan kewangan adalah sistematik.
 Dapatkan lokasi perniagaan (jika perlukan pejabat) yang sesuai.
 Uruskan perkara berkaitan lokasi tersebut, seperti pengurusan bangunan dan lain-lain.
 Sertai kumpulan atau persatuan yang melibatkan para peniaga (usahawan) untuk bina networking.
 Sertai juga seminar perniagaan. Ini tempat yang bagus untuk bina networking.
 Kekalkan hubungan baik dengan jemaah networking itu.
 Tawarkan pertolongan atau tambah nilai secara bersama (mutual) antara diri korang dan networking yang dibina itu.

5. CABARAN PERTUMBUHAN

Cabaran perniagaan yang terakhir adalah cabaran yang melibatkan pertumbuhan syarikat.

Kadangkala, apabila perniagaan itu telah dijalankan setelah tempoh yang tertentu, korang akan dapati bahawa sukar untuk mengembangkan perniagaan tersebut kepada suatu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Sudah pasti korang tak mahu perniagaan yang dijalankan hanya bersifat statik dan tidak berubah selepas 10 atau 20 tahun ditubuhkan, betul tak?

Bayangkan syarikat lain semakin membesar, namun syarikat korang hanya dalam keadaan sama. Korang mesti tak mahu ini terjadi.

Jika kita lihat profile usahawan-usahawan yang berjaya, mereka ini kebanyakannya mempunyai portfolio perniagaan yang pelbagai.

Dalam erti kata lain, mereka mempunyai lebih daripada satu cabang perniagaan.

Sebagai contoh, usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri, pada peringkat awal telah memulakan langkah perniagaan di dalam bidang kosmetik.

Kini beliau mempunyai rangkaian portfolio perniagaan yang merangkumi kilang pengeluaran, pakaian, dan juga restoran yang secara langsung telah membantu beliau menghasilkan empayar perniagaan yang kukuh.

✅  Cara hadapi:

 Pelbagaikan portfolio perniagaan korang. Jangan tumpu hanya pada satu cabang perniagaan sahaja.
 Lakukan kajian jenis perniagaan baharu yang sesuai untuk korang.
 Laburkan keuntungan bagi menubuhkan perniagaan baharu itu.
 Pastikan perniagaan utama dan perniagaan yang seterusnya saling menyokong antara satu sama lain.
 Gabungkan portfolio perniagaan ini untuk wujudkan empayar perniagaan.

Semoga perkongsian artikel kali ini bermanfaat!

Tahukah anda hartanah adalah cara yang boleh ledakkan bisnes anda ke peringkat lebih tinggi?

Ahyat ingin memperkenalkan satu formula : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini?

Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bagaimana pula ia membantu KEJAYAAN bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Sumber rujukan:
1. Entrepreneur.com
2. Usahawan.com
3. Majalah Niaga
4. Majalah Labur

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp