#NasihatAhyat (Episod 11) : Pasangan Kelantan Anak Dua Ni Nak Buat Homestay Tapi…

Ramai orang sekarang cari duit tepi dengan buat homestay. Ada yang beli rumah sekarang semata-mata untuk itu. Dengar-dengar ramai untung buat homestay sampai beribu-ribu. Tapi ramai yang tak faham game homestay sebenarnya. Ramai akan terkejut dan tak sanggup buat lagi dah nanti.

NASIHAT AHYAT KEPADA COUPLE KELANTAN ANAK DUA YANG NAK BUAT HOMESTAY. KENA FIKIR DAN KAJI BETUL-BETUL DULU!

1. KENAPA HOMESTAY

First kita kena faham kenapa nak buat homestay? Kenapa tak sewa tahunan je. Kan lagi senang? Tapi sebab ramai yang nak buat homestay sekarang kerana rental income dah tak cukup nak cover loan bank.

2. APA TU HOMESTAY

So, homestay ni macam bisnes hotel kita sendiri laa. Ada orang panggil guest house, kat overseas panggil holiday lettings atau short stays. Ada yang panggil AirBnB, tapi sebenarnya itu hanyalah 1 daripada banyak lagi platform yang kita boleh guna untuk buat homestay business. Kita ada apartment, dan kita sewakan ikut per night. Tak sewa setahun terus macam biasa.

3. BETUL KE BOLEH UNTUNG?

Sama macam apa-apa bisnes, ada je yang untung dan ada je yang rugi. Ada orang jadi jutawan kerana bisnes makan, ada yang rugi kerana bisnes makan. Ada jadi jutawan buat bisnes kosmetik, ada yang rugi je. So, sama jugak macam bisnes homestay ni.

4. SOALAN-SOALAN AHYAT

Jadi pertama sekali, Ahyat explain kira-kira hartanah dulu. Berapa nak caj satu malam? Ada ke demand? Siapa nak uruskan? Siapa nak serah kunci? Siapa nak ambik kunci balik? Siapa nak cuci dan kemas? Siapa nak pergi kalau ada rosak dan problem? Berapa malam minimum nak break even untuk bayar loan and cover cost? Banyak tak apartment lain yang buat homestay jugak kat situ?

Banyak soalan kena tanya. Sebab couple Kelantan ni diorang dua-dua kerja. So, kena fikirkan benda-benda ni.

5. NASIHAT AHYAT

Sebelum nak buat apa-apa keputusan untuk beli rumah untuk apa-apa tujuan, kena study dulu. Rumah ni boleh jadi beban yang tak tertanggung nanti. Yang lebih menakutkan, beban ni boleh jadi penjara seumur hidup kerana melibatkan loan berpuluh tahun.

Bagi mereka yang nak buat homestay, tak ramai yang ada kesabaran dan kemahuan untuk uruskan bisnes hotel mikro sendiri. Bunyinya macam best, memang best sebenarnya. Sebab ramai yang buat untung, tapi realitinya homestay business ni kena work hard. Takda maknanya goyang kaki akan terus untung je.

6.DOA AHYAT

Ahyat berdoa, agar para pembaca PejuangHartanah.com akan lebih berhati-hati bila nak beli rumah dan juga bila nak berbisnes. Apa-apa plan mesti kaji dulu. Semoga Allah bantu kita semua buat keputusan yang bijak demi keluarga kita.

SELAMAT BERJUANG!

Anda pun buat bisnes macam pasangan di atas ni? Tak kiralah full time atau part time…

Tapi ada masalah kekangan kewangan?

Loan susah lulus? Duit tunai tak cukup nak kembangkan bisnes?  Bisnes dah bertahun tapi masih di tahap sama?

Ahyat ada satu jawapan untuk masalah ini : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini? Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

1 November 2017

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: